Main Sponsor

Thursday, April 21, 2011

Jom belajar SQL Statement

SQL dari dulu aku suka SQL statement ni. Masa belajar dulu, SQL ni implement dalam apa ntah.. dah lupa.. tapi masa aku buat SQL ni, tutor tu nama dia Shafry, dia selalu kata aku tiru.. ntah bila masa aku tiru pun tatau..

ok la, bila dah keje kat unit pembangunan aplikasi ni, aku memang kena apply SQL ni. Di antaranya belajar sendiri dan juga belajar dari sifu2 yang terer. ok, jom kita godeh2 dulu ye SQL yang baru aku implement tadi.

1)SUM

SELECT SUM(A.BHGN_A+A.BHGN_B+A.BHGN_C+A.BHGN_D) AS TOTAL
FROM BP_JUMKESELURUHAN A
GROUP BY A.NOSTAF

= Statement ni nak buat kiraan setiap baris yang di groupkan oleh no staf. Di mana jumlah A + jumlah B + jumlah C + jumlah D sebagai jumlah keseluruhan.

2) Kira DATE (statement yang dah buat beberapa bulan lalu)
SELECT  TOTAL,
(TO_DATE(SYSDATE)- TO_DATE("DENDASTAF01"."DS01MSKEMAS") + 1 )AS Kirahari 
FROM BP_JUMKESELURUHAN A

= Statement ni pulak, nak kira jumlah hari.( (hari ini - hari sebelumnya ) + 1). Kenapa perlu tambah 1? supaya untuk mendapat jumlah hari yang betul.


untuk hari ni, saya paparkan 2 sahaja. dapat yang lebih advance, saya kongsi lagi. try la buat select dalam select, pasti menarik..


cow cin cau...

Thursday, April 7, 2011

Kerja Gila..

Minggu yang sungguh membebankan.. Dengan Sistem Pengiraan Beban Pensyarah yang mengong sampai makan aku dah tak menentu..

Semalam aku dapat email, bunyinya macam ni : "Semoga maklum balas ini dapat perhatian dari pihak puan dalam menghasilkan sistem yang lebih baik dan telus"

Saya tak dapat la nak kata apa, sebab :

a) semua requirement dapat dari pihak client. 
b) data di ambil dari pangkalan data. macammana boleh kata tak telus?? confius :p

ok, kalau kata nak sistem tu diperbaiki, boleh di terima sebab first time run dengan testing data dummy sebelum ini. sistem pulak dapat dalam masa sebulan yang lalu di mana pengiraan dan formula yang terlalu banyak. mungkin lepas seminggu data dimasukkan, kami akan perbaiki lagi sistem tersebut.

Jadi, fahami lah wahai lecturer-lecturer sekalian. bukan mudah menjadikan sistem itu perfect sebelum kita mengetahui kelemahannya..

Sekian..

Tuesday, March 29, 2011

Balik KL rupanya

mmm.. patutlah asyik nak balik KL je. Memang aku risaukan mak dan abah, separuh hati kata takde apa2 ok je.. separuh hati macam gundah gulana. Alhamdulillah, mak dan abah sihat walafiat, sebaliknya jiranku mak cik ita yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Allah lebih menyayanginya. 

Sehari sebelum kepulanganku, adik telefon mengatakan mak cik ita koma. Masa tu, jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Lepas tu, terus mata tak boleh tidur. Petang Jumaat tu, aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Seperti biasalah, mest sampai lewat punya. Bila dah sampai lewat, memang tak sempat nak melawatlah gamaknya.
Jadi, esoknya kami sekeluarga pergi melawat mak cik ita. Sayu, sedih dan pilu melihat keadaannya. Mak apatah lagi. Setiap kali berbicara, mak mengeluarkan air mata begitu juga setiap kali mendengar berita tentang kawan baiknya. 

Esoknya, hari Ahad (27/03/2011) aku tak ingat jam berapa. Qila anak mak cik ita telefon mengatakan maknya dah tenat. mak dan abah nak bersolat subuh, kononnya lepas tu nak terus ke hospital. Namun, panas tak sampai ke petang, mak cik ita menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira 10 minit selepas Qila telefon adik. Bemakna, mak cik ita menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa siapa-siapa di sisi. Tuhan lebih sayangkan arwah barangkali.

Air mata mak mengalir laju, begitu juga kami adik beradik. Kami semua tidak dapat menahan kesedihan yang teramat. Kami dah anggap mak cik ita sebahagian keluarga kami. Walaupun mulut dia laser, tapi hati dia baik. 

Satu perkara yang mak baru cerita, seminggu sebelum dia meniggal, dia cium mak sambil kata ' Nina, kita sayang awak, walaupun kadang2 gaduh, kita tetap kawan kan'. mak berseloroh pula, 'mastilah, kan kita kawan'. Lepas tu dia tanya, 'Ne, mana cawan awak, kita nak minumlah'. Lepas tu, mak ngan cik ita minum sama-sama. mak pelik, masa mak cik ita cium dia, dia ada terbau kapur barus. Tapi mak kurang pasti sebab mak ingat, uda(adikku) balik dari mana-mana pegang kapur barus. 

Hari sabtu tu lah kali terakhir aku melihat wajah mak cik ita. sebelum dia meninggal dan 3 bulan lepas iaitu bulan 12 selepas uda bertunang aku berborak dengan mak cik ita.
Di sini, aku doakan semoga arwah mak cik ita tenang di samping orang2 yang beriman dan bertakwa. Aamiinn.. Mak, mak jangan sedih-sedih ye.. kat PPR masih ramai lagi kawan mak walaupun tak lah serapat mak cik ita yang telah ku kenal lebih 20 tahun lalu.

Thursday, March 17, 2011

Harga rumah melambung-lambung

Tatkala semua harga barang contohnya minyak, barang asas, barang keperluan dan kehendak, harga rumah pun turut naik mendadak. Jangan kata kawasan bandar, kawasan kampung juga terkena tempiasnya. 

Orang kaya kata, apa nak heran, rumah kita boleh beli.. Orang luar kata, jom kita beli aset di Malaysia, Cuba tanya dikalangan orang sederhana dan miskin. Apa boleh buat. kita menyewa ajelah.. Tetapi setakat mana asyik nak menyewa. harga Rumah sewa sahaja pun melambung2.. 

Di parit raja contohnya, nak tengok 'rate' bawah RM150,000.00 bukan main susah. Semua developer berlumba-lumba menaikkan harga. Kalau kat pekan nun sana, tak main la nak bina rumah teres mampu milik, semua nak bina rumah berkembar. Harga rumah pula sekitar RM250,000.00 dan ke atas. Macam ni, pegawai pun tak mampu nak beli. bayangkan pegawai gred A yang baru 2, 3 tahun nak beli rumah, memang tak boleh nak beli harga sedemikian rupa. Bukan pegawai aje tau, kerani pun tak mampu nak beli rumah macam ni sampai bila-bila.

Di Britain, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm (saya lampirkan link akhbar kosmo hari ini), rumah yang cuma 2.1 meter dan luas 28.6 meter persegi sahaja di jual pada harga RM456,777.00. Memang lah rumah tu di kawasan bandar, tapi kalau aku pun tak mampu nak bernafas macam tu. Nak tengok ke rumah tu, ni dia..
.
Artikel ni, bukanlah nak menjatuhkan sesiapa, tetapi cuba lah take action supaya setiap rakyat Malaysia boleh beli rumah dengan kadar yang berpatutan. Jangan lah fikir nak buat keuntungan sahaja.

Kursus Joomla

Joomla! oh Joomla!..

Today is the last day to complete my Joomla! course which that means I have to learn more and more and more and to create my own website. Using Joomla! is the best way to develop your own website. Just using Wamp Server, create your database in PHPMyadmin and Installing Joomla! software then you can start to develop your own website. I'm thinking to play around with Joomla! which for me, it's very difficult to learn and install before.

------finished-----

Wednesday, March 16, 2011

Update My Blog

Hurmm.. lama betul tak update blog ni. Recently, terlalu banyak kerja urgent need to be done before this April. Hopefully, i can fullfill my clients need.

Lately, banyak sangat kejadian yang tidak diingini berlaku. Baru-baru ni gempa bumi di utara Jepun dan disusuli dengan kejadian Tsunami. Bukan fenomena alam tersebut sahaja yang berlaku, malahan terdapat radiasi akibat daripada letupan kilang nuklear di sana. Allahu Akhbar!! besarnya dugaanMu.

Sebelum kejadian ini berlaku, Christchurch di New Zealand juga digemparkan dengan kejadian gempa bumi yang dahsyat. Sungguh tak kusangka, negara yang cantik dan mendamaikan di landa fenomena sedemikian. Namun, bersyukur ku ke hadrat Ilahi kena musibah tidak melanda suadaraku yang menetap di sana.

Apa yang boleh aku simpulkan di sini, terdapat banyak faktor berlakunya kejadian ini. Antaranya, negara-nergara tersebut memang berada di lingkaran api pasifik. Faktor tu memang tak boleh nak di nafikan lagi. Selain itu, kita sebagai manusia perlulah mengingati Pencipta. Jangan lah lalai dan leka dengan suruhanNya.

Jadikanlah sesuatu perkara itu suatu iktibar yang boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua.. Aminn..

Thursday, December 9, 2010

Emak.. Mak.. Ummi..

Hari ni aku nak buat entri mengenai mak aku.. 

Aku, Along ngan Uda panggil EMAK dan kadang2 MAK aje.. tapi adik bongsu aku panggil dengan panggilan UMMI. 

Emak, seorang yang garang masa kitorang kecik2 tapi dah tak berapa nak garang sekarang. Garang mak memang bersebab. Mana taknya, anak2 memang nakal masa kecil kan. Mak juga seorang yang baik hati. Walaupun dia di caci, di hina dia tak pernah berdendam. Marah dia tak pernah lama. Bila terlampau geram dia akan menangis. 

Korang boleh tanya anak2 jagaan mak aku. Semua cakap Saaaaaaaaaaayaaaaaaaaaang Mak Ummi. Mak pun pernah jaga ramai anak saudara dia. Tak kiralah jaga kat rumah ke, sakit kat hospital ke.. Bila mak diorang jauh mak lah yang jaga. tapi ada juga segelintir yang tak mengenang di untung. aku lak yang geram.

Mak, kalau sedih mesti cerita kat kitorang. Meh aku nak cter. mak dulu bukan ATOK yang jaga.. Ulang suara, bukan ATOK yang jaga. tapi mak saudara dia yang jaga. walaupun masa kecil mak selalu di dera, tapi dia tak pernah merungut. sampai la dia di ambil semula di bawah jagaan atok. tapi, atok memang tak suka kat mak. buat lah baik macamana pun, atok tetap tak suka mak. sampai sekarang.. last2 aku yang berdendam kat atok. last aku jumpa dia masa along nak kawen. balik kampung nak hantar kad. ketuk2 bagi salam tak berjawab. jawapan yang aku dengar dari dalam apa tau.. "SIBUK AJE".. apa tak geram aku yang dengar. lepas tu uda sudin balik, buka kan pintu pastu baru dia keluar. mak hulur tangan, dia salam hujung jari jek.. aku rasa memang nak tempeleng aje atok aku.. takpe.. dah lama tu kitorang beredar. mak nangis dalam kete. tapi mak tetap tak berdendam. tetap juga jumpa ATOK KOLOT tu. aku je sampai hari ni takkan jejakkan kaki aku jumpa orang tua tu.

makTapi hari ni hari jadi mak.. Mak.. semoga umur mak berpanjangan dan dimurahkan rezeki. Mak doa nak pergi haji ngan abah harap dimakbulkan ALLAH. Semoga kegembiraan akan sentiasa bersama. AAMIIINN..