Main Sponsor

Thursday, March 17, 2011

Harga rumah melambung-lambung

Tatkala semua harga barang contohnya minyak, barang asas, barang keperluan dan kehendak, harga rumah pun turut naik mendadak. Jangan kata kawasan bandar, kawasan kampung juga terkena tempiasnya. 

Orang kaya kata, apa nak heran, rumah kita boleh beli.. Orang luar kata, jom kita beli aset di Malaysia, Cuba tanya dikalangan orang sederhana dan miskin. Apa boleh buat. kita menyewa ajelah.. Tetapi setakat mana asyik nak menyewa. harga Rumah sewa sahaja pun melambung2.. 

Di parit raja contohnya, nak tengok 'rate' bawah RM150,000.00 bukan main susah. Semua developer berlumba-lumba menaikkan harga. Kalau kat pekan nun sana, tak main la nak bina rumah teres mampu milik, semua nak bina rumah berkembar. Harga rumah pula sekitar RM250,000.00 dan ke atas. Macam ni, pegawai pun tak mampu nak beli. bayangkan pegawai gred A yang baru 2, 3 tahun nak beli rumah, memang tak boleh nak beli harga sedemikian rupa. Bukan pegawai aje tau, kerani pun tak mampu nak beli rumah macam ni sampai bila-bila.

Di Britain, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm (saya lampirkan link akhbar kosmo hari ini), rumah yang cuma 2.1 meter dan luas 28.6 meter persegi sahaja di jual pada harga RM456,777.00. Memang lah rumah tu di kawasan bandar, tapi kalau aku pun tak mampu nak bernafas macam tu. Nak tengok ke rumah tu, ni dia..
.
Artikel ni, bukanlah nak menjatuhkan sesiapa, tetapi cuba lah take action supaya setiap rakyat Malaysia boleh beli rumah dengan kadar yang berpatutan. Jangan lah fikir nak buat keuntungan sahaja.

No comments:

Post a Comment