Main Sponsor

Thursday, August 4, 2011

Halal

Macam2 sekarang ni.. semua benda pun macam dah tak selamat dan tak halal.. baik makanan, minuman, pakaian.. bak kata orang dari hujung rambut sampai hujung kaki, semua nak kena jaga.. agak pelik perkara ni berlaku di negara Islam.. Kenapa lah mereka ni zalim sangat sampai tak hiraukan status halal..
Terkini, pengusaha kek lapis Sarawak di arahkan untuk menyamak perniagaan mereka kerana menggunakan butter jenama 'Golden Churn'. Kes butter ni dah lama berleluasa.. tapi aku tengok, ada juga pasaraya jual menda ni.. adakah mereka tidak corncern hal-hal berkaitan halal haram ni..cek sini yerk.. http://www.tiffinbiru.com/2011/08/kali-ni-memang-sahharamhuhu.html
Lagi kes yang berlaku di Perlis. Ada pulak peniaga Bazar Ramadhan jual sosej dan kepingan ayam yang ada DNA Babi.. Hai lah, macam mana tu. Kenapa lah, nak untung mudah, pegi lak beli barang dengan modal yang murah dan datangnya dari Thailand pulak tu..
Sekarang ni, serius, aku memang berpandukan halal Malaysia, melainkan beli ikan ke, sayur ke kat pasar..hahhahah.. ikan ngan sayur kat pasar mane de tanda halal..
Kesimpulannya, carilah yang halal, kerana yang halal itu fardhu.. jadi darah daging kita..