Main Sponsor

Monday, August 27, 2012

Raya 2012

Ahad : Raya pertama,
selepas tetamu pulang, kami bersiap2 untuk beraya di Kampung Pandan iaitu rumah Mak Ngah. Dalam planning pula, singgah di Rembau melawat adik aku yang beraya di rumah mertua. So, dia dapatlah bekal ketupat and so on tuh.. Ingat nak balik, sekali mak aku buat planning beraya kat umah mak cik kami di Kampung Awat. Kabatulan pulak dah maghrib, ingat nak singgah rumah Pak Andak nak solat jamak, sekali mereka nak keluar beraya. Selepas beraya di rumah Pak Andak di Batu Anam, Segamat  kami menuju ke rumah Mak Cik Saodah di Batu Lapan untuk melawat sebab beliau menghidapi sakit gout. Jam hampir pukul 9 mlm, kami pun beredar pulang semula ke KL dan berhenti di Petronas R&R Seremban untuk solat jamak. Sampai di KL jam dah melebihi 12 tgh malam.
Isnin : Raya ke-2,
planningnya lain, sekali tak pi mana2 pun sebab mak dah demam kena cirit-birit. Jadi kami hanya beraya di Lot 10. ngeh3x..
Selasa : Raya ke-3,
aku bersiap2 pulang ke Labis.. mestilah.. kena la beraya kat umah family husband.. sampai2 pun tak g mana, just rehat dan mengenyangkan perut bak ular sawa..
Rabu : Raya ke-4,
beraya ke rumah pok su husband di Yong Peng. Oleh kerana abang dia kerja, so lepas ke Yong Peng kami beraya di rumah Pak Ngahnya dan rumah mertua abang Usop di Felda Redong, Labis.
Khamis : Raya ke-5,
Beraya kat JB pulak. On the way ke JB, singgah JPO. aku memang tak membeli belah pun.. just jadi tukang bawak je. Mereka dah puas shopping, singgah beraya di rumah Abang Sukor dan kemudiannya ke rumah mak cik mereka.
Jumaat : Raya ke-6..
pergh, hari ni bosan gler.. tak de menda nak buat. ingat nak balik BP, sekali abah tepon kata nak menghantar sepupu bersanding. ok la.. stay lagi kat labis. malam dah lapar giler, makan kat kedai aje.. belanja kak midah, abang arip dan nadia.
Sabtu : Raya ke-7,
hari ni aku betul2 balik ke BP. abis, tunggu no tepon cousin tak sampai2. terus balik ke bp mengemas apa2 yang patut. Adik dari KL bawak mak dan abah nak ke JB.. selesai solat zohor, terus bertolak ke JPO. JPO lagi.. kali ni aku terpedaya.. aku beli jugak sling bag Fossil.. harga asal RM499 jatuh pada paras bawah RM200. husband aku pulak menyambar T-Shirt Timberland.. dah penat jalan2.. aku bawak diorang ke Dataran JB, makan stimboat. pergh.. sedap.. dapat jugak aku makan sebelum bersalin. yang tinggal kira2 sebulan lagi.
Ahad : Raya ke-8,
pi kenduri kawen anak cik nora dan melawat abin di hospital kerana dijangkiti denggi berdarah. sampai rumah terus masak.. lepas solat maghrib nak makan, sekali kak su soh beraya rumah dia. so makan la sikit nasi..

Selesai untuk raya minggu pertama.. minggu kedua pulak akan di post kemudian.. hehehehe