Main Sponsor

Sunday, March 22, 2015

Cuti-cuti Malaysia (Langkawi 2015)

Assalamualaikum,

lama benar tak bercerita kat sini. Melangkau tahun rasanya. Seronok rasanya dapat bercuti dengan keluarga tatkala bersama. Maklumlah, kami ni duduk asing-asing, jadi percutian ni, aku perlu rancang sebaik mungkin.

Sebenarnya, dah banyak kali aku rancang nak ke Langkawi, tapi ada aje halangannya. Suatu hari, aku nak beli gelang, aku dah book, nak bayar dah pun. Tiba-tiba tokey tu cakap, runner dah ambil (pada aku, tokey tu sangat tak amanah. dah janji nak jual, tapi bagi pada orang lain). Untuk mengubati hati yang duka lara (cheh....), aku pun apa lagi, masuk la website MAS. tekan, punya tekan, punya tekan, akhirnya aku dapat keizinan suami untuk book tiket. Aku pun mula la cari musim cuti sekolah (eh, almaklumlah, anak dah 6 tahun. mana boleh cuti suka2).

Seminggu sebelum ke Langkawi tu, aku dah siap2 beli apa-apa barang yang nak di bawa. Banyak jugak la beli, baju baru, seluar baru, selipar baru (pendek kata semua nak beli.. tapi beli yang murah2 je la.. buat apa beli mahal-mahal).

Aku pulang ke KL pada hari khamis, sebaik sahaja pulang dari kerja. husband pulak, dah cuti dari hari rabu lagi. Hari Jumaat dah tiba. Jam 4.30pagi aku dah terjaga, maklumlah tak pernah naik kapal terbang. Tak tau nak check in semua bagai. rasa kelakar pun ada.. semua bangun pagi, semua mandi pagi kecuali syahmi. eee.. geram betul, boleh pulak melalak tak mo mandi pagi, akhirnya, siram aje ngan air dan tak gosok gigi. siap-siapkan budak2, dan abah ngan mak ready nak hantar ke airport. aku pun apa lagi, g kaunter information la.. nak tau serba serbi..

Siap check in barang, aku pun merayau dalam tu sebelum berlepas. satu bab dah selesai. ni bab naik kapal terbang. wah, teruja aku, waalupun dah banyak kali pergi langkawi, pergi dengan orang tersayang tak pernah sekali.. syahmi buat hal lagi dalam kapal terbang.. mengamuk pasal apa tak tau, tapi nak tumpahkan susu.. haisyh.. bidak ni memang tau.. takpe.. masa ni nampak masih hero. start kapal terbang nak berlepas, mula la esisod ketakutan dia. dah lah pi duduk ngan ayah, tak mahu langsung pulak tu lepas. diam aje.. hariz pulak macam biasa. budak yang sangat berani. semua benda tak takut. aku kongsi gambar dah sampai airport langkawi.


Sesampai kat Langkawi, aku terus ambil kereta. apa lagi.. makan lah.. siap je makan tujuan utama nak beli belah, tapi cancel. aku terus ajak husband aku g naik cable car. aku tak berhenti di tengah2 sebab nak terus menuju puncak. sampai je kat puncak, husband aku nak g naik jambatan gantung tu.. mula2 tak kisah la sebab ingat dekat. rupa2nya jauh. dah la kena bayar rm5, kena mendaki lagi.. huhu.. fengsan kau.. turun ke oriental village, aku naik kete kuda. tak pernah tau naik kuda.. hehehhe.. balik dari oriental village. aku terus check in bilik. nasib bilik tu best. budak2 memang pengsan dah, sejak dalam kereta menuju ke bilik. nasib la nak.. nama pun jalan2.


petang tu pulak, aku siap2 nak  cari lokasi underwater world. esoknya ada agenda lain. ok, dah tau tempatnya, aku g beli belah la.. sampai malam kau.. bukan apa, pusing situ, pusing sini, cari itu, cari ini, makan masa.. apa je aku dapat..

TARAAAA...........................

pastu pulak aku g sini, syahmi takut ngan helang tu.


balik tu... zzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ..

hari sabtu, aku g island hopping.. ke tasik dayang bunting, eagle feeding dan pulan beras basah. tak tau nak cerita apa.. sebab, memang best.....

 
 
 
 
 

selesai island hoping, aku ke under water world. banyak hidupan laut yang tak pernah aku tengok. bentnya sebab ada penguin. lagipun, tempatnya sangat selesa. sebab ada kawasan terbuka dan ada kawasan tertutup. tak la lemas sangat. gambar bawah tu... Syahmi takut dengan ikan besar tu.


balik tu, sekali lagi anak2 ku pengsan. heheheh.. penat sangat.. dalam jam 4, aku dah berhajat nak tengok raptai LIMA15. siap2 parking port sebelah airport.. pergh.. tunggu2 tak muncul2.. eeee... sakit hati kita tau..

tak pe lah.. aku ajak husband aku pusing satu langkawi. tengok pantai pasir hitam
, pantai kok, on the way...dapat masuk kolam air panas (sebenarnya malu jugak.. ada ke g rendam kaki masuk kat dalam kolam depan tu. rasa2 tak panas kaki.. rupa2nya, kolam air panas ada kat belakang.. pergh.. nasib takde orang kat situ masa tu..hehheheh). kat sini takde gambar.. lupa plak..
last sekali baru aku jumpa idaman suri. aku teringat, mak kata, rumah adik di abelakang tu aje. jadi aku singgah rumah mak sedara. jadi tak la singgah idaman suri dan juga kompleks HiG. malam tu mrayau di pekan kuah.. dan balik untuk zzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZ...

Agak lambat keluar bilik sebab tunggu anak2 bangun. makanya jam 9 baru kelaur cari sarapan. siap sarapan aku ajak husband g beras terbakar dan beli souviner untuk anak2 saudara. destinasi terakhir kami di Pulau Langkawi adalah Makam Mahsuri. Masuk RM10 dewasa dan RM5 untuk kanak2.. pada aku agak mahal. mungkin juga sebab cuti sekolah. belanja gambar sikit..



bergegas g airport untuk checkin tiket. tinggal beg kat marrybrown airport (abang nuek kan ada). pastu keluar lagi g tengok raptai LIMA15.
 last sekali kalut.. sebab terlambat checkin beg.. hahahhaha.. padan muka... nasib sempat.. jam 3.20petang, aku berlepas pulang ke KL. Tamatlah sudah Cuti-cuti Malaysia ku tercinta.. Bye-bye Langkawi.. semoga berjumpa lagi..