Main Sponsor

Monday, May 14, 2012

Break Pad

Adakah anda tahu??? Apakah yang anda paham??

Sebenarnya tajuk aku memang ada kaitan dengan kereta dan break pad.. seminggu yang lepas, keretaku berbunyi.. musykilnya, ia berbunyi pada bahagian tayar hadapan sebelah pemandu. adakala, ia akan berbunyi dan adakalanya tidak.. kebetulan, kereta personaku, memang ku bawa ke tempat kerja.. sebelum pada tu, memang tak berbunyi.. kalau setakat berbunyi kat jalan raya, aku takde masalah.. tak rasa malu pun.. tapi, bila berlaku di dalam kawasan tempat kerja, heee... malu seyh.. cepat2 aku perhatikan tayar keretaku.. aku dengar betul2 bunyi datang dari mana dan aku main dengan break kaki.. aku dapat rasakan ianya memang ada kaitan dengan break.. cuma aku tak tau nak cakap ape?? break pad?? break disk?? break.. break.. break.. hehehhe.. tapi memang aku pasti.. maklumlah.. aku kan pernah repair kereta sendiri, tapi bahagian enjin.. lagi pula aku anak mekanik.. so, memang aku ada belajar sikit2 dengan bapaku..

kebetulan pulak, sebelum hantar bengkel aku telefon abah nak tau apa punca.. abah cakap pun macam break pad.. so, hari Jumaat lepas, aku pergi ke bengkel yang biasa aku pergi. Ramai pulak orang kat situ. aku pun beralih ke kedai tayar Silverstone kat depan taman rumah aku. aku ingat nak minta pandangan orang lain, sekali orang lain pulak yang test kete aku.. aku memang tak suka ngan budak tu sebab dia macam malas la.. tau nak untung aje.. 

lepas dia test, dia kata takde apa2 masalah.. dia soh pulak aku g proton service.. gler.. bapak jauh proton tu.. malas betul nak cek.. ten, aku balik rumah.. rehat2 jap.. tapi aku kuar awal sebelum nak g keje tu.. aku g bengkel kereta tu semula.. taukeh tu soh aku drive masuk ke dalam bengkel, dan hanya pusingkan tayar. Terus kata camni.. 'break pad dah habis ni'.. eh, betul tekaan aku.. pastu dia terus la ganti.. 

Skarang dah tak berbunyi lagi.. bahaya ooo... bila break pad habis.. kalau dalam hujan break boleh tak makan.. boleh langgar kereta depan.... ni aku selitkan 2 keping gambar yang sempat aku snap..

Ni tayar yang dah buka..

Ni lah break pad yang dah haus.. nipis tu.. yang baru memang tebal dari ni..

Monday, May 7, 2012

Cuti2 yang memenatkan..

owh dah jadi sikit2.. atas bantuan diri sendiri..


Owh, di atas saya kepilkan gambar sistem yang sedang saya develop untuk client di sini.. agak susah juga sebab perlu belajar sendirian juga hasil bantuan template maini, shahril, kak rozie, kak pza dan juga en azam, selain kak pza sebagai tenaga pengajar juga kak rozie sekiranya terdapat masalah dari segi coding. Agak panik juga bila kena buat codeigniter sebab memang tak tau apa2.. walaupun dah belajar, tapi bengapnya.. aduhai.. maklumlah, 4 tahun guna powerbuilder, memang tak mahu langsung buat web.. bila dah terkena, perlu paksakan diri belajar buat web.

hmm... hari Sabtu lepas, family day opis aku. untuk kali ni, aku memang bertuah sebab dapat cabutan nombor bertuah.. ok la.. walaupun hanya mendapat hamper, tapi aku puas hati.. untuk doorgift peserta yang hadir, aku dapat rechargeable torchlight. mula2 macam syahdu jugak.. last2.. rasa macam best pulak dapat hadiah tu..

Semalam hari Ahad, kebetulan di carrefour ada sale.. Aku nak beli pampers si Hariz.. Pampers tdo malam.. kata suamiku.. 'kita pergi kejap aje.. tak lama. dah beli kita balik rumah'. Aku pun bertungkus lumus buat sarapan pagi dan masak makanan tengahari.. Dah la lauk ikan bawal masak kari.. Takpe, ingat nant sampai aje rumah boleh terus makan.. ok lah..Kebetulan, aku cerita dengan suami aku pasal Mee Bandung.. Kataku, mee bandung batu pahat tak sedap, sebab dia letak kacang, kalau nak beli mee bandung, beli yang muar punya, garenti sedap.. Then, aku cakap la nak belajar buat mee bandung.. iya lah, asyik2 asam pedas, asyik2 kari.. tu aje la yang aku reti buat.. then, suami ku kata, 'ala, senang aje buat mee bandung tu'. Tiba2 dia terus ajak aku gi Muar.. dia kata salah aku sebab sebut pasal mee bandung. tak pasal2 dia mengidam.. huahuahua.. adoi la.. Abis yang aku masak tu nak buat apa... Last2, jadi santapan makan malam.. itu pun ada lagi lebih sebab dia suruh bakar daging kambing yang beli kat careefour.. Banyak nya makan.. Yang paling syahdu, masa makan mee bandung aku ada juga tanya dia pasal Mee Siput?? dia kata, masa kecik2 rajin juga g beli mee siput.. maknanya, aku la yang jakun sebab baru first time makan. tu pun sebab aku keje kat batu pahat. kalo tidak memang tak kenal mee siput.. ok lah, berbalik pada cerita tadi.. aku nak ke tandas, kebatulan ada orang jual mee siput, dan aku tak de duit kecik. Suami aku suggest beli mee siput.. tapi aku tak beli pun.. so, lepas aku keluar tandas, aku pun tiba2 teringat yang Hariz tak makan lagi. Lastas aku beli satu mee siput.. Yang aku ni pun mengong beli satu.. Huhu, sekali dah naik kete, aku cakap aku beli mee siput satu untuk Hariz.. adoi la.. rupanya suamiku teragak pulak nak makan mee siput.. hmmm... Terpaksa la dia kongsi ngan si Hariz makan mee tu.. takpe.. lain kali, kalo aku g Sg Mas lagi, mau ku beli banyak2.. ha, biar seronok makan dua beranak tu.. hehhehe


Friday, May 4, 2012

Why must I put the Blog Archive in the middle of page???

Y?? Y?? Y??? and YYYYYYYYYYY???

Here is my reason.. when I go to others blog, sometimes I also read the achive section.. When the archive section is on at top, there is no reason i have to scroll down the mouse. When the arhive section is at the bottom of pages, lazy mood comes and it makes me close the blog. 

From my short opinion, bloggers must put the very best features at top or at the middle of the pages if the they want others to read their article. That's the main point i've learn from others blog.. thanks..