Main Sponsor

Tuesday, June 10, 2014

Kematian yang di abadikan

Hmm... lama tak update blog ni. Penuh betul jadual la tahun ni.. dengan kerja, berniaga, anak-anak..

Minggu ni aku mendapat berita sedih.. Aku kehilangan seorang bapa saudara yang paling baik hati.. Bapa saudara yang selalu menyokong kami ketika kami berada di dalam kesusahan.. Walaupun dia bukan orang yang berada, tetapi budi pekertinya tiada tandingan. Ketika kami dilanda zaman ******, dia lah yang banyak menyokong kami dari belakang.

Begini ceritanya, hari Sabtu lalu 7/6/2014, seperti biasa aku ke BP Mall.. Biasalah hari minggu. Jam 12tengahari, aku mendapat wassap dari kakak ku. macam pelik je bunyinya. Aku tanya kenapa dan kakak ku menerangkan bapa saudaraku telah meninggal.. Jenazah bapa saudaraku akan tiba di Segamat dan akan dikebumikan lepas waktu Asar. Sebenarnya, aku dah tahu yang beliau dimasukkan di Hospital PPUM namun tidak berkesempatan untuk ziarah kerana aku berada di Batu Pahat.

Selesai urusan ku, aku bergegas pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang yang perlu di bawa pulang ke kampung.. Aku tiba di Segamat dekat-dekat waktu Asar tetapi jenazah belum sampai pada ketika itu. Aku pun menunggu sehingga jam 6 lebih kerana terdapat kesesakan teruk di Highway Plus.

Sesampai sahaja jenazah, terus di bawa masuk ke dalam rumah. Jenazah di beri penghormatan dan aku melihat air muka jenazah.. MasyaAllah.. mukanya macam kembali muda.. Selepas itu, jenazah di solatkan dan terus di bawa ke kubur untuk disemadikan. Sungguh, aku tak pernah tengok urusan jenazah secepat itu. Malah, jenazah beliau amat ringan pada mata kasar aku kerana aku tidak nampak mereka mengangkat dengan bersusah payah.

Sebaik sampai aku sampai di kubur, aku duduk di dalam kereta sahaja, jenazah telah dikambuskan. Urusan jenazah selesai jam 7.30petang. Aku mencoretkan di sini bukan kerana apa-apa, tetapi aku ingin mengingati semula kenangan bersama beliau..

Bersemadilah Pak Andak di alam sana. Semoga Pak Andak berada di kalangan umat-umat yang soleh...