Main Sponsor

Monday, August 24, 2009

masuk hari ni dah 3 hari puasa. harap2 puasa tahun ni penuh. pergh.. tapi semalam la hari yang paling memenatkan. padahal bukan buat ape kerja pun. selebihnya banyak berehat. tapi, subhanallah..penatnya sampai nak jalan pun rasa macam nak mengensot. nak duduk lagi la termengah2. bile baring pun terasa salah.. aduiyai.. tapi aku gagahkan jugak memasak.. semalam aku masak mee goreng. mee ni memang first time aku masak.. heeehehe.. aku pun telefon la mak aku camne cara nak buat mee goreng yang dia masak dan suami aku suka sangat.. addict betul dia ngan mee goreng mak buat. Alhamdulillah.. bila tiba berbuka puasa.. perh.. marvellous.. memang semua cukup rasa.. opps.. masakan ku tidak dipengaruhi ajinomoto.. itu la kata orang. kalo nak masak kena ikhlas. nak2 time berpuasa, nak rasa takut batal lak puasa. jadi, ikhlaskanlah diri ketika memasak, baik untuk ibubapa, suami, anak2 dan adik beradik. sure makanan tu akan sedap.. semalam aku tepon mak, adik yang memasak kat umah.. mak kata adik masak pun sedap, lagi la masak daging asam rebus.. kecur betul air liur aku.. huhu..

Tuesday, August 18, 2009

upload gambar..

hmm.. ni gambar aku masa konvo uthm ke-8. tahun lepas aku join group ftmm jual bunga. tahun ni aku memerah tenaga berjuang untuk kelab STICTH (office club). maklum, kelab kena pandai2 tambah duit untuk lebih maju dan yang penting boleh makan2.. hehhe.. aku biasa la kena edit gambar sebabnya semasa berlangsungnya konvokesyen, aku dah masuk 5 bulan lebih.

seronok sebenarnya join studio gambar ni. memula macam takut jugak nak join. tapi bila dah join memang seronok. tahun ni macam untung besar. sebab pesaing tak ramai. lagipun, bahagian pemasaran memainkan peranan yang penting sebab dapat 'provoke' orang untuk ambil pakej yang berharga rm50 dan rm60. tahniah kepada rakan-rakan dan terima kasih kepada en rais sebab bagi join studio gambar ni. All the best..

Wednesday, August 5, 2009

mmm.. sepanjang bulan julai, selain dari pergerakan, mc + cuti penuh dalam rekod. Ya Allah.. tak pernah aku cuti sebanyak ni dalam sebulan. tapi nak buat macamana, dah dapat demam yang berterusan + batuk + selsema.. tak boleh nak buat apa lagi dah. sepanjang dua minggu ni, ramai yang demam + batuk + selsema. aku anggarkan sebab makan bayak buah-buahan tempatan kot.

pada asalnya, aku melantak buah rambutan kepunyaan pakcik belakang rumah. dah dia yang soh makan. makan tu makan la jugak, tapi berpada-pada. dalam pada makan berpada2 tu, aku kena jugak batuk2.. huhu.. seksa betul.. sakit perut aku. teruk jugak la batuk sebab berterusan sejak dari BTN lagi sampai ke hari ni. mmm... pastu demam mula la demam yang kejap menggigil2, panas, berpeluh2 pastu ok then datang balik.. last sekali hari Selasa lepas aku pergi jugak berubat di Darussyifa (pusat perubatan islam). alhamdulillah.. ade sedikit gangguan. lepas berubat tu, ustaz minta amalkan surah alfatihah, ayat kursi dan 4 kul.. so sekarang ni memamng aku dan suami amalkan bacaan ayat2 tersebut. yang herannya, kat mane pulak aku merayap sampai ade benda2 tersangkut pulak kat aku ni.

KL
dalam hati ni terasa KL dah melambai2 soh balik. tapi bulan ni macam tak boleh balik. minggu ni pun tak boleh cuti sebab konvo. aku pulak terlibat dengan fotografi STICH. minggu lagi satu pun kena balik Labis sebab ade kenduri. nampak gayanya, kalo macam ni , aku kena balik dekat2 nak puasa. itupun kalo la dapat balik. aku harap jugak suami aku dapat keje kat batu pahat. haru sungguh.

mmm.. nampak gayanya, terlepas la aku nak makan udang galah. mak beli sampai 6 kilo kat sarawak. aku ngan along sponsor tiket ngan hotel untuk dorang berdua2 kat sana. tak tenang aje fikiran mak tu ingat kat aku sepanjang berada di sana. heheh.. maklumlah.. masa dia nak berangkat ke sarawak, aku demam teruk. hampir jugak lah dia nak batalkan penerbangan dia. huhu.. nak jugak tengok gambar2 menarik yang diambil kat sarawak. bangga jugak la aku sebab dapat jugak hantar mak ngan abah g jalan2 walaupun hanya dalam negara. tapi ok jugak apa, daripada g jalan kat luar negara, tapi bukan anak yang sponsor, sebaliknya pinjam duit saudara mara. tapi buat2 macam muka tak malu. hehhehe..

lepas ni, aku memang nak berbakti kepada kedua orang tua aku. kesian kat dorang. selama ni sibuk membanting keringat nak membesarkan kitorang adik beradik. sejak dah tua2 ni je dapat berjalan. biarlah org nak kata ape pun. yang penting tak menggunakan duit org lain.

ok lah.. aku nak sambung kerja ni. lain kali boleh sambung lagi. nak upload gambar kalo dapat. caucincau..