Main Sponsor

Monday, May 14, 2012

Break Pad

Adakah anda tahu??? Apakah yang anda paham??

Sebenarnya tajuk aku memang ada kaitan dengan kereta dan break pad.. seminggu yang lepas, keretaku berbunyi.. musykilnya, ia berbunyi pada bahagian tayar hadapan sebelah pemandu. adakala, ia akan berbunyi dan adakalanya tidak.. kebetulan, kereta personaku, memang ku bawa ke tempat kerja.. sebelum pada tu, memang tak berbunyi.. kalau setakat berbunyi kat jalan raya, aku takde masalah.. tak rasa malu pun.. tapi, bila berlaku di dalam kawasan tempat kerja, heee... malu seyh.. cepat2 aku perhatikan tayar keretaku.. aku dengar betul2 bunyi datang dari mana dan aku main dengan break kaki.. aku dapat rasakan ianya memang ada kaitan dengan break.. cuma aku tak tau nak cakap ape?? break pad?? break disk?? break.. break.. break.. hehehhe.. tapi memang aku pasti.. maklumlah.. aku kan pernah repair kereta sendiri, tapi bahagian enjin.. lagi pula aku anak mekanik.. so, memang aku ada belajar sikit2 dengan bapaku..

kebetulan pulak, sebelum hantar bengkel aku telefon abah nak tau apa punca.. abah cakap pun macam break pad.. so, hari Jumaat lepas, aku pergi ke bengkel yang biasa aku pergi. Ramai pulak orang kat situ. aku pun beralih ke kedai tayar Silverstone kat depan taman rumah aku. aku ingat nak minta pandangan orang lain, sekali orang lain pulak yang test kete aku.. aku memang tak suka ngan budak tu sebab dia macam malas la.. tau nak untung aje.. 

lepas dia test, dia kata takde apa2 masalah.. dia soh pulak aku g proton service.. gler.. bapak jauh proton tu.. malas betul nak cek.. ten, aku balik rumah.. rehat2 jap.. tapi aku kuar awal sebelum nak g keje tu.. aku g bengkel kereta tu semula.. taukeh tu soh aku drive masuk ke dalam bengkel, dan hanya pusingkan tayar. Terus kata camni.. 'break pad dah habis ni'.. eh, betul tekaan aku.. pastu dia terus la ganti.. 

Skarang dah tak berbunyi lagi.. bahaya ooo... bila break pad habis.. kalau dalam hujan break boleh tak makan.. boleh langgar kereta depan.... ni aku selitkan 2 keping gambar yang sempat aku snap..

Ni tayar yang dah buka..

Ni lah break pad yang dah haus.. nipis tu.. yang baru memang tebal dari ni..

No comments:

Post a Comment