Main Sponsor

Tuesday, March 29, 2011

Balik KL rupanya

mmm.. patutlah asyik nak balik KL je. Memang aku risaukan mak dan abah, separuh hati kata takde apa2 ok je.. separuh hati macam gundah gulana. Alhamdulillah, mak dan abah sihat walafiat, sebaliknya jiranku mak cik ita yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Allah lebih menyayanginya. 

Sehari sebelum kepulanganku, adik telefon mengatakan mak cik ita koma. Masa tu, jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Lepas tu, terus mata tak boleh tidur. Petang Jumaat tu, aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Seperti biasalah, mest sampai lewat punya. Bila dah sampai lewat, memang tak sempat nak melawatlah gamaknya.
Jadi, esoknya kami sekeluarga pergi melawat mak cik ita. Sayu, sedih dan pilu melihat keadaannya. Mak apatah lagi. Setiap kali berbicara, mak mengeluarkan air mata begitu juga setiap kali mendengar berita tentang kawan baiknya. 

Esoknya, hari Ahad (27/03/2011) aku tak ingat jam berapa. Qila anak mak cik ita telefon mengatakan maknya dah tenat. mak dan abah nak bersolat subuh, kononnya lepas tu nak terus ke hospital. Namun, panas tak sampai ke petang, mak cik ita menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira 10 minit selepas Qila telefon adik. Bemakna, mak cik ita menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa siapa-siapa di sisi. Tuhan lebih sayangkan arwah barangkali.

Air mata mak mengalir laju, begitu juga kami adik beradik. Kami semua tidak dapat menahan kesedihan yang teramat. Kami dah anggap mak cik ita sebahagian keluarga kami. Walaupun mulut dia laser, tapi hati dia baik. 

Satu perkara yang mak baru cerita, seminggu sebelum dia meniggal, dia cium mak sambil kata ' Nina, kita sayang awak, walaupun kadang2 gaduh, kita tetap kawan kan'. mak berseloroh pula, 'mastilah, kan kita kawan'. Lepas tu dia tanya, 'Ne, mana cawan awak, kita nak minumlah'. Lepas tu, mak ngan cik ita minum sama-sama. mak pelik, masa mak cik ita cium dia, dia ada terbau kapur barus. Tapi mak kurang pasti sebab mak ingat, uda(adikku) balik dari mana-mana pegang kapur barus. 

Hari sabtu tu lah kali terakhir aku melihat wajah mak cik ita. sebelum dia meninggal dan 3 bulan lepas iaitu bulan 12 selepas uda bertunang aku berborak dengan mak cik ita.
Di sini, aku doakan semoga arwah mak cik ita tenang di samping orang2 yang beriman dan bertakwa. Aamiinn.. Mak, mak jangan sedih-sedih ye.. kat PPR masih ramai lagi kawan mak walaupun tak lah serapat mak cik ita yang telah ku kenal lebih 20 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment