Tinggal 6 hari lagi nak masuk bulan puasa.. adeh.. mane nak sempat nih..
huhu.. nak cter, minggu depan ni patutnya nak lah balik KL. tapi macam tak boleh ajer. aku dah pun ditugaskan untuk menjahit langsir rumah. kenapa aku ditugaskan dengan projek tuh..?? sebab, suami aku dah pasangkan rail langsir. jadi, tak de alasan aku nak memonteng jahit langsir. lagipun dia dah janji nak jaga si kecik tuh. Kata suamiku, 'langsir buat lawa2 ye..' nampak lah macam rumah sikit.
hmm.. sepanjang 2 hari cuti yang lepas, aku dah kemas2 rumah. maklumlah, nak menyambut puasa. nant bulan puasa takde lah sibuk-sibuk nak kemas rumah.. ceh, alasan yang tak dapat di terima nih.. hehehheh... penat betul mengemas dari kain baju yang perlu digosok, dilipat, disusun, vacum rumah, kemas stor.. kemas stor tu yang tak tahan.. siap aje kemas stor, suami ku pun cek la.. tetiba keluar aje ayat : 'ha, cam ni lah baru cinta'.. kehkeh..
backdated ke hari sabtu :::: lepas bersarapan, kitorang pun keluar. nak cari rail lagsir.. dah pergi kat kedai tu, pilih type rail dan bayar deposit. then dia suruh balik dulu, dah siap baru telefon. pastu g la cari tape untuk buat langsir.. huh, terasa menyesal tak beli kat nagoya hari tu.. mahal betul kat parit raja (aku tak beli pun).. lepas makan tengahari kat kedai, kitorang pun balik la ke rumah. punggung tak panas lagi, kedai tu dah tepon soh amek rail langsir.. adoiyai.. keluar balik.. dah amek rail tuh, terus la ke air hitam g kedai langsir nak cari tape langsir.. last2 beli la juga sebab nant kena bebel.. petang tu, operasi menebuk dinding pun dilaksanakan. Siap keluarkan vacum lagi sebab takmo habuk dinding tu jatuh lantai. wah, hariz bukan main suka lagi tengok vacum.. operasi drill start aje, dia dah nangis.. la.. rupa2 nya si hariz ni takut dengan vacum.. terpaksa la aku bawak lari si kenit tu untuk hilangkan rasa takut dia.
malam tu aku masak simple aje.. masak sardin dan ayam goreng.. marvellous lah... ngam pukul 11.00 mata dah ngantuk dan ZZZZZZZZzzzzzzzzzz...
Ni aku nak bagi power tip :
1) sekiranya dak drill dinding, sediakan vacum. semasa drill, letakkan muncung vacum untuk menyedut habuk dinding. nescaya. anda takkan penat punya..
2) Aku makan sardin cap adabi.. Serius.. sedap dan tak hanyir
3) Lain kali, kalau dah nampak barang yang nak digunakan tu murah, beli... nant menyesal..
ok lah.. bye...
Main Sponsor
Monday, July 25, 2011
Thursday, July 21, 2011
RAM
RAM - RANDOM ACCESS MEMORY
Kali ni aku nak citer pasal RAM. Hmm.. dulu masa belajar, aku memang expert pasal perkakasan komputer. cter lah ape pun, aku mesti cari punya lah pasal bab2 komputer ni.
Semalam, aku tengah wat keje, sambil2 surf internet.. biasalah, cari bahan berita nak wat gosip.. hehehhe, takde lah.. dorang soh tutup komputer. aku ingat kenapalah.. rupa2 nya nak kena upgrade RAM dari 1 GB kepada 3 GB. Pergh.. besar tu, lepas ni aku fikir, laju lah sikit komputer ni. Bukan ape.. susah betul la bila nak 'run'kan sistem dengan komputer lembab tahap gaban.. (actually takde lah lembab sangat pun macam siput)
Dah la C drive tinggal 1.85G. Agak2 korang kan, ape la yang boleh ngan 1 Gb tu. Nasib la, Drive D masih banyak lagi.. Hai lah, kalo tau dulu, baik2 aku install mende2 lain kat D.. takde la susah sangat aku nak Defrag komputer ni..
Kali ni aku nak citer pasal RAM. Hmm.. dulu masa belajar, aku memang expert pasal perkakasan komputer. cter lah ape pun, aku mesti cari punya lah pasal bab2 komputer ni.
Semalam, aku tengah wat keje, sambil2 surf internet.. biasalah, cari bahan berita nak wat gosip.. hehehhe, takde lah.. dorang soh tutup komputer. aku ingat kenapalah.. rupa2 nya nak kena upgrade RAM dari 1 GB kepada 3 GB. Pergh.. besar tu, lepas ni aku fikir, laju lah sikit komputer ni. Bukan ape.. susah betul la bila nak 'run'kan sistem dengan komputer lembab tahap gaban.. (actually takde lah lembab sangat pun macam siput)
Dah la C drive tinggal 1.85G. Agak2 korang kan, ape la yang boleh ngan 1 Gb tu. Nasib la, Drive D masih banyak lagi.. Hai lah, kalo tau dulu, baik2 aku install mende2 lain kat D.. takde la susah sangat aku nak Defrag komputer ni..
Wednesday, July 6, 2011
Lapar la..
mm.. lapar la.. waktu rehat cam gini, biasanya aku balik umah.. ni malas lak rasnya nak balik.. perut ni cam kosong je.. padahal tadi aku dah makan nasi lemak.. mmm, ingat nak bedal mc d.. tapi aduiyai.. jauh lak kesana.. jap tadi baru je bedal biskut wheat krunch muchys.. boleh la.. 4 keping tu rasa la jugak kelegaannya..
mmm.. tadi kawan aku msg kat facebook.. kawan aku masa kat utm dulu.. kitorang lain blok, lain kelas.. tapi kitorang tetap kawan..ni aku nak promote perniagaan kawan aku tu.. korang boleh la bukak brochure tu, tengok2 la hamper tu ye.. kalau nak tempah senag aje.. call kat nombor yang dia kasi dalam pamplet tu ye..
best jugak meniaga ni kan.. aku ni pun masih dalam perncangan nak mulakan perniagaan kawan aku.. bisness nya akan dimulakan selepas bulan 8 tahun ni la.. InsyaAllah.. tak sabar rasnya nak berniaga ni.. dalam masa yang sama aku tak leh la abaikan kerja opis.. skarang ni masa terlalu pack.. banyak keja la katakan.. ok la.. nak beli makanan.. bye...
Wednesday, June 29, 2011
Hariz Dah Kena Air Panas..
Hari tu aku cuti.. dan hari selepas gaji.. dengan kebenaran suamiku, aku pun berjalan sekitar Parit Raja.. biasalah, nak jalan kena ada duit.. aku pun melangkah ke bank dan tarus menuju ke kedai buku.. dah belek2 apa yang ada kat kedai buku tu, aku belikan hariz buku mewarna, colour pencil dan buku 'Mama, Saya Lapar' nukilan Wardina.. aku nak sangat cari buku tu sebab nak tau jugak kenapa kanak2 tak mahu makan juga solution untuk Hariz supaya nak makan, dan makan makanan berkhasiat. Lepas keluar dari kedai buku, aku pun terus ke bank yang lain untuk membuat tabungan dan terus menuju ke Wellward, pasaraya besar kat parit raja ni.. dah, jalan2 aku pun balik.. bagi hariz minum susu dan tidur sebab dia dah ngantuk..
aku pun start la memasak.. tak masak apa pun, just masak bubur yang aku baca dalam buku wardina tu jugak masak mi megi cara sendiri.. tak masuk pun rencah megi tu.. ok la.. hariz pun bagun tidur, aku paksa dia makan walaupun dia makan dalam kuantiti yang sedikit, aku puas hati.. petang tu, suamiku buat kerja kat Kulai dan terus balik ke Batu Pahat, so, aku pun masak yang simple aje.. ayam goreng dan nasi, kononnya nak makan ngan kicap dan cili.
Nak dijadikan cerita, dah puas hariz bermain ngan ayah dia, aku pun mandi. maklumlah, dah petang nak masuk waktu maghrib. masa aku mandi, ayah dia buatkan susu dan hariz pun minum la susu tu.. lepas mandi dan dah siap2 nak tgu maghrib, aku pun tanya hariz.. "hariz nak makan?". pastu, dia mengangguk. aku pun apa lagi, aku terus panaskan bubur. malas aku nak lambat2 panaskan bubur, aku pun ambil air panas dalam heater jug (yang sentiasa on) letak dalam cawan dan tuang dalam periuk.. salah aku jugak, ada pulak sikit dalam cawan tu, aku letak atas meja. hariz meluru capai cawan dan minum. Aku terus tepis.. tapi malangnya, air tu dah melecurkan dagu dan dada dia.. apa aku boleh buat???
Aku dalam keadaan panik, terus masuk bilik air dan capai colgate. aku sapu dalam mulut dan keseluruhan tempat yang kena air panas tu. aku pulak dah lupa ayat Nabi Ibrahim kena bakar. Aku telefon abah ku yang berada di KL dan tanya ayat tu. abah ku ajar dan aku baca ayat tu tiup kat tempat yang kena air panas. berkali2 aku baca ayat tu supaya anakku tidak terasa kesakitan.
Aku terus bagi minum susu badan dengan harapan dan yakin dalam mulut anakku akan sembuh. selesai suamiku solat maghrib, kami terus keluar rumah nak pergi klinik. On the way ke klinik, aku singgah farmasi, cari gel aloe vera dan kami bernasib baik, gel tu ada. Aku terus sapu gel tu dan terus ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Sebaik sampai di rumah, ubat segera diberikan supaya Hariz boleh berehat dan tidur untuk menghilangkan kesakitan. sebelum abah ngan mak sampai dari KL, Hariz dah terjaga dan bermain seperti biasa cuma dia tak mahu minum susu dan makan.
Alhamdulillah, selepas 5 hari kejadian, luka Hariz kian pulih. cuma memerlukan masa untuk kulit recover sepenuhnya.. Selepas kejadian ni berlaku, Hariz tak serik lagi.. Main juga kat dapur.. mmm...
![]() |
| Luka di dagu dan dada |
Orang kata, lepas terkena air panas :
1) lalukan air yang banyak kat kawasan tersebut. yang ni aku tak tau sebab memang aku guna colgate setiap kali terkena air panas atau minyak panas atau benda2 yang panas
2) simpan lah gel aloe vera di rumah sebagai ubat penyembuh ketika kecemasan. gel aloe vera pun elok untuk kulit. (dulu, masa bujang memang aku akan pastikan adanya produk ni kat rumah, normally aku guna aloe vera de bella. mak aku pernah terpijak kuih yang baru je dikeluarkan dari pengukus. dan terus letak gel ni.. alhamdulillah, beberapa jam lepas tu, memang takde kesan langsung tapi kena juga baca ayar Nabi Ibrahim)
3) Bacalah ayat Nabi Ibrahim dengan yakin supaya panas sakit tu hilang. InsyaAllah di perkenankan..
'Qul na yaa narukunni, bardan wassalaman 'ala ibrahim'
maksudnya : Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! "
4) Bawalah berjumpa doktor sekiranya melecur bukan seperti biasa..
Wednesday, June 22, 2011
Birtday Present..
![]() |
| Spiro TM |
Mmm.. ok tak tepon ni.. actually, ni tepon baru aku. tepon sempena birthday yang ke- tettttt... hehheh.. umur rahsia.. janji muda macam remaja.
Birthday aku jatuh pada hari Sabtu 25/6, tapi aku dapat hadiah ni pada 17/6 lagi. ni la hadiah dari kakak ku yang tersayang.. aku panggil dia Along.. asalnya, mak dan abah aku serta Along datang umah sebab nak bagi barang bawak balik dari vietnam ngan nak jumpa cucu tersayang. sampai kat Pagoh, Along mula la rambang mata kat kedai tepon tu.. mmm... sekali dibelinya tepon tu untuk aku. Thank u la ye Along.. banyak dah barang awak kasi.. camne ek nak balas.. tak pe.. InsyaAllah.. tak lama lagi je.. nant ku belikan untuk semua adik-beradik ye..
mak abah pulak belikan aku 3 pasang baju kurung.. semuanya dah siap pasang manik.. cantik2. pandai dorang pilih. untuk hariz dapat sepasang kasut kulit dan untuk asben aku lak, dapat sehelai baju T-Shirt dan kasut sukan. mmm.. malangnya, kasut tu tak muat pulak.. ngam2, muat untuk aku.. hehehe...
oh ya..
Esoknya, kitorang pergi melepakkan diri kat Melaka.. best wo.. sempat la naik Menara Taming Sari dan cruise Melaka.. ni dia gambar kitorang jalan2.. naik cruise memang puas. Bayar Dalam RM10 tapi naik cruise sampai setengah jam.. pergh..
marvellous lah..
![]() | |
| Tengah tunggu turn naik Manara Taming Sari |
![]() |
| Mak dan Abah depan kapal |
![]() |
| Aku dan Suamiku dalam cruise |
![]() |
| Sampai tdo2 naik cruise tu sambil pegang ayam togel.. nampak tak kat tangan tu.. |
![]() |
| Along beraksi menggunakan Camera phone yang baru |
ok lah.. ni dah masuk waktu kerja.. jadi kena la kerja.. bye...
Wednesday, June 8, 2011
Photo Editor
Hai, hari ni saya nak kongsi penggunaan photo editor yang tak perlu anda install dalam pc. Just gunakan internet sebagai source nak buka.. itu sahaja. Ini pautannya : http://pixlr.com/editor/
Saya cuba menggunakan perisian ni tadi. Oh, ya. Perisian ini sama je macam kita gunakan Photoshop. Interface pun sangat menarik dan rasanya amat mudah digunakan. Kat sini saya 'paste' kan gambar yang telah saya edit untuk tatapan korang semua. Tak lah cantik, tapi boleh la..
ok tak???
so, anda boleh la mencuba perisian online ni.. bye...
Friday, June 3, 2011
Duit??
Duit! Duit! Duit!
Huuuiyai.. kalau la aku banyak duit..
Hari ni tebaca kisah di suratkhabar, lebai yang menipu orang dengan buat skim cepat kaya tu.. ramai juga yang tertipu termasuk la artis-artis.. Iya la kan.. Artis pun manusia juga..
Kisahnya, pekerja lebai ni hantar duit kepada pelabur-pelabur di Sarawak. Duit tu pulak bawak dalam beg yang letak dalam plastik aje. Gila betul la.. Bawak sampai beratus-ratus ribu.
Siap boleh tidur beralaskan duit tu..
Kalau la aku, duit aku tak bagi campak-campak, buat alas tidur pun aku tak.. Rezeki beb..
Kalau aku banyak duit.. Best kan..
Subscribe to:
Posts (Atom)










