Main Sponsor

Monday, July 25, 2011

Nak Puasa Dah..

Tinggal 6 hari lagi nak masuk bulan puasa.. adeh.. mane nak sempat nih..

huhu.. nak cter, minggu depan ni patutnya nak lah balik KL. tapi macam tak boleh ajer. aku dah pun ditugaskan untuk menjahit langsir rumah. kenapa aku ditugaskan dengan projek tuh..?? sebab, suami aku dah pasangkan rail langsir. jadi, tak de alasan aku nak memonteng jahit langsir. lagipun dia dah janji nak jaga si kecik tuh. Kata suamiku, 'langsir buat lawa2 ye..' nampak lah macam rumah sikit.

hmm.. sepanjang 2 hari cuti yang lepas, aku dah kemas2 rumah. maklumlah, nak menyambut puasa. nant bulan puasa takde lah sibuk-sibuk nak kemas rumah.. ceh, alasan yang tak dapat di terima nih.. hehehheh... penat betul mengemas dari kain baju yang perlu digosok, dilipat, disusun, vacum rumah, kemas stor.. kemas stor tu yang tak tahan.. siap aje kemas stor, suami ku pun cek la.. tetiba keluar aje ayat : 'ha, cam ni lah baru cinta'.. kehkeh..

backdated ke hari sabtu :::: lepas bersarapan, kitorang pun keluar. nak cari rail lagsir.. dah pergi kat kedai tu, pilih type rail dan bayar deposit. then dia suruh balik dulu, dah siap baru telefon. pastu g la cari tape untuk buat langsir.. huh, terasa menyesal tak beli kat nagoya hari tu.. mahal betul kat parit raja (aku tak beli pun).. lepas makan tengahari kat kedai, kitorang pun balik la ke rumah. punggung tak panas lagi, kedai tu dah tepon soh amek rail langsir.. adoiyai.. keluar balik.. dah amek rail tuh, terus la ke air hitam g kedai langsir nak cari tape langsir.. last2 beli la juga sebab nant kena bebel.. petang tu, operasi menebuk dinding pun dilaksanakan. Siap keluarkan vacum lagi sebab takmo habuk dinding tu jatuh lantai. wah, hariz bukan main suka lagi tengok vacum.. operasi drill start aje, dia dah nangis.. la.. rupa2 nya si hariz ni takut dengan vacum.. terpaksa la aku bawak lari si kenit tu untuk hilangkan rasa takut dia.

malam tu aku masak simple aje.. masak sardin dan ayam goreng.. marvellous lah... ngam pukul 11.00 mata dah ngantuk dan ZZZZZZZZzzzzzzzzzz...

Ni aku nak bagi power tip :

1) sekiranya dak drill dinding, sediakan vacum. semasa drill, letakkan muncung vacum untuk menyedut habuk dinding. nescaya. anda takkan penat punya..
2) Aku makan sardin cap adabi.. Serius.. sedap dan tak hanyir
3) Lain kali, kalau dah nampak barang yang nak digunakan tu murah, beli... nant menyesal..

ok lah.. bye...

No comments:

Post a Comment