Main Sponsor

Wednesday, June 29, 2011

Hariz Dah Kena Air Panas..

Hari tu aku cuti.. dan hari selepas gaji.. dengan kebenaran suamiku, aku pun berjalan sekitar Parit  Raja.. biasalah, nak jalan kena ada duit.. aku pun melangkah ke bank dan tarus menuju ke kedai buku.. dah belek2 apa yang ada kat kedai buku tu, aku belikan hariz buku mewarna, colour pencil dan buku 'Mama, Saya Lapar' nukilan Wardina.. aku nak sangat cari buku tu sebab nak tau jugak kenapa kanak2 tak mahu makan juga solution untuk Hariz supaya nak makan, dan makan makanan berkhasiat. Lepas keluar dari kedai buku, aku pun terus ke bank yang lain untuk membuat tabungan dan terus menuju ke Wellward, pasaraya besar kat parit raja ni.. dah, jalan2 aku pun balik.. bagi hariz minum susu dan tidur sebab dia dah ngantuk..
aku pun start la memasak.. tak masak apa pun, just masak bubur yang aku baca dalam buku wardina tu jugak masak mi megi cara sendiri.. tak masuk pun rencah megi tu.. ok la.. hariz pun bagun tidur, aku paksa dia makan walaupun dia makan dalam kuantiti yang sedikit, aku puas hati.. petang tu, suamiku buat kerja kat Kulai dan terus balik ke Batu Pahat, so, aku pun masak yang simple aje.. ayam goreng dan nasi, kononnya nak makan ngan kicap dan cili. 
Nak dijadikan cerita, dah puas hariz bermain ngan ayah dia, aku pun mandi. maklumlah, dah petang nak masuk waktu maghrib. masa aku mandi, ayah dia buatkan susu dan hariz pun minum la susu tu.. lepas mandi dan dah siap2 nak tgu maghrib, aku pun tanya hariz.. "hariz nak makan?". pastu, dia mengangguk. aku pun apa lagi, aku terus panaskan bubur. malas aku nak lambat2 panaskan bubur, aku pun ambil air panas dalam heater jug (yang sentiasa on) letak dalam cawan dan tuang dalam periuk.. salah aku jugak, ada pulak sikit dalam cawan tu, aku letak atas meja. hariz meluru capai cawan dan minum. Aku terus tepis.. tapi malangnya, air tu dah melecurkan dagu dan dada dia.. apa aku boleh buat???
Aku dalam keadaan panik, terus masuk bilik air dan capai colgate. aku sapu dalam mulut dan keseluruhan tempat yang kena air panas tu. aku pulak dah lupa ayat Nabi Ibrahim kena bakar. Aku telefon abah ku yang berada di KL dan tanya ayat tu. abah ku ajar dan aku baca ayat tu tiup kat tempat yang kena air panas. berkali2 aku baca ayat tu supaya anakku tidak terasa kesakitan.
Aku terus bagi minum susu badan dengan harapan dan yakin dalam mulut anakku akan sembuh. selesai suamiku solat maghrib, kami terus keluar rumah nak pergi klinik. On the way  ke klinik, aku singgah farmasi, cari gel aloe vera dan kami bernasib baik, gel tu ada. Aku terus sapu gel tu dan terus ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Sebaik sampai di rumah, ubat segera diberikan supaya Hariz boleh berehat dan tidur untuk menghilangkan kesakitan. sebelum abah ngan mak sampai dari KL, Hariz dah terjaga dan bermain seperti biasa cuma dia tak mahu minum susu dan makan. 
Alhamdulillah, selepas 5 hari kejadian, luka Hariz kian pulih. cuma memerlukan masa untuk kulit recover sepenuhnya.. Selepas kejadian ni berlaku, Hariz tak serik lagi.. Main juga kat dapur.. mmm...
Luka di dagu dan dada
Orang kata, lepas terkena air panas : 

1) lalukan air yang banyak kat kawasan tersebut. yang ni aku tak tau sebab memang aku guna colgate setiap kali terkena air panas atau minyak panas atau benda2 yang panas
2) simpan lah gel aloe vera di rumah sebagai ubat penyembuh ketika kecemasan. gel aloe vera pun elok untuk kulit. (dulu, masa bujang memang aku akan pastikan adanya produk ni kat rumah, normally aku guna aloe vera de bella. mak aku pernah terpijak kuih yang baru je dikeluarkan dari pengukus. dan terus letak gel ni.. alhamdulillah, beberapa jam lepas tu, memang takde kesan langsung tapi kena juga baca ayar Nabi Ibrahim)
3) Bacalah ayat Nabi Ibrahim dengan yakin supaya panas sakit tu hilang. InsyaAllah di perkenankan..
'Qul na yaa narukunni, bardan wassalaman 'ala ibrahim' 
maksudnya : Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! "
4) Bawalah berjumpa doktor sekiranya melecur bukan seperti biasa..

1 comment:

  1. Semoga Hariz cepat sembuh. thanks share ayat tu. dulu saya pernah gak tertumpah air panas.kat perut lagi. seksanya.

    ReplyDelete