Main Sponsor

Monday, November 15, 2010

Melapangkan Minda di Waktu Rehat

Masuk hari ni, sukan kelab kat opis dah 2 minggu berjalan. untuk minggu ni, game chess baru bermula. dari jam 1 tgahari tadi, para ajk dah menyibukkan diri kat bilik meeting tu. sambil2 mengajar kami2 pemain muda.. eceh..eceh.. aka pemain amatur.. aku sebenarnya tak pernah la pulak bermain dengan masa. ni baru first time. jadi agak pelik la jugak.. hehehhe..

permainan tamat means masa tamat.. Aiya.. aku kalah main chess.. malu..malu.. kalo asben aku tau, mest gelak guling2.. takpe la.. kalah pun main suka2. adat bertanding. skang ni pulak lapar. nasib baik aku bawak spare roti Gardenia berperisa Vanilla. Lepas solat zohor aku sental roti. Hari ni lupa nak bawak air milo. Tak pela.. janji dapat juga aku mengisi perut daripada dia berkeroncong..

tadi, kakak kat opis ni balik jemput anaknya dan lalu kat parit raja.. dia kata, ramainya orang kat pasar.. aku lak pk, owh, hari ni hari Isnin (asyik sebut perkataan ni je).. sekali kakak tu cakap, eh, kan ke rabu ni Raya.. lor baru aku perasan patut lah ramai orang g pasar dan hari Rabu ni juga, Muhammad Hariz Afham bin Azman turn 1 year.

Esok suami ku balik, dah nak bersiap2 balik ke Labis. takpe, minggu ni juga aku nak balik ke KL.. KL>>> tunggu kehadiranku. lama dah tak balik ke sana. semakin rindu plak aku kat pasar malam jalan TAR. Apa la istimewa pasar malam jalan TAR ni.. oo.. banyak yang istimewanya. antaranya, Popia Basah  yang ummph.. menyengat.. sedap.. Nasi kerabu, alalalalal.. Alahai, kecur pulak air liur ku.. rasa nak menjejis2 air liur ni.. ehehhehhe.. keropok lekor yang rangup.. pendek kata.. semua makanan la yang ada kat situ.. semunya sedap.. Tapi aku tetap nak beli popia basah. itu aje keinginan ku buat masa ni. sabar ye.. sabar ye.. hari sabtu  pasti menjelma..

1 comment: