Main Sponsor

Wednesday, May 20, 2015

Nasi Kerabu Yall...

Hari Selasa 19/05/2015 jam 6 petang..

Aku teringin nak makan nasi kerabu 'WARNA BIRU' yang aku buat sendiri. Dah lama aku gugel resepi, tiba-tiba member bagi bunga telang.. huh, apa lagi.. balik keje masuk dapur la..

Huh, jenuh beb... aku masak nasi ni 2 jam setengah. mana taknya, bahan banyak. dah la puasa. dapat makan pun jam 8.30 malam.. hehehhe..


Nasi Kerabu Biru 2pax
1) 5 kuntum bunga telang
2) Beras basmathi 1.5 pot kecik
3) Air ikut sukatan masak nasi, tapi jangan lebih air
4) Sehelai daun pandan
5) 2 helai daun limau purut
6) Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Aku lebur semua kecuali garam (restkan 10 minit)
2) Masak macam biasa dan bubuh garam
3) Dekat-dekat nak masak, keluarkan bunga
--------------------------------------------------------------------------------------------
Serunding Ikan dan Kelapa (yang ni aku tak tau untuk berapa pax.. Sebab dapat banyak)
1) Kelapa separuh biji
2) Ikan kembung 2 ekor yang sedang
3) 5 ulas bawang kecil
4) 2 batang serai 
5) Gula
6) Garam

Cara-cara :
1) Sangai kelapa jangan sampai hangus dan ketepikan
2) Rebus ikan, keluarkan isi dan ketepikan
3) Tumbuk bawang dan serai (aku blend kering guna hand blender)
4) Ikan rebus tadi, sangai dahulu (masa sangai, hancur-hancurkan ikan). Agak nak kering masukkan bawang dan serai yang ditumbuk. Masukkan garam dan gula. Rasa la sedap atau tak. Dah kering sikit, baru masukkan kelapa yang di sangai tadi.
(ini guna cara aku tau. aku sangai semua supaya serunding ni tahan lama)
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sambal Nasi Kerabu
1) Cili kering dalam 10 tangkai
2) 2 biji bawang kecil
3) 1 biji bawang besar 
4) 2 ulas bawang putih
5) Santan pekat
6) Air
7) Asam keping, aku guna yang kecil
8) 2 batang serai
9) 3 sudu besar budu
10) Gula
11) Garam

Cara-cara :
1) Blend bahan 1,2,3,4 dan tumis sehingga naik minyak
2) Masukkan santan pekat, kacau dan masukkan air dan kacau lagi
3) Masukkan serai dan asam keping, kacau lagi
4) Masukkan budu dan gula sedikit. Rasa dahulu, kalau dah masin tak perlu letak garam. Kalau tak, harus lah letak garam. Dah rasa sedap dan pekat, tutup api.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan lain
1) Ikan goreng
2) Keropok ikan 
3) Telur asin
4) Ulam-ulaman (Daun kesum, bunga kantan, kobis dan kacang panjang)
5) Nak buat sambal cili pun boleh

Sunday, March 22, 2015

Cuti-cuti Malaysia (Langkawi 2015)

Assalamualaikum,

lama benar tak bercerita kat sini. Melangkau tahun rasanya. Seronok rasanya dapat bercuti dengan keluarga tatkala bersama. Maklumlah, kami ni duduk asing-asing, jadi percutian ni, aku perlu rancang sebaik mungkin.

Sebenarnya, dah banyak kali aku rancang nak ke Langkawi, tapi ada aje halangannya. Suatu hari, aku nak beli gelang, aku dah book, nak bayar dah pun. Tiba-tiba tokey tu cakap, runner dah ambil (pada aku, tokey tu sangat tak amanah. dah janji nak jual, tapi bagi pada orang lain). Untuk mengubati hati yang duka lara (cheh....), aku pun apa lagi, masuk la website MAS. tekan, punya tekan, punya tekan, akhirnya aku dapat keizinan suami untuk book tiket. Aku pun mula la cari musim cuti sekolah (eh, almaklumlah, anak dah 6 tahun. mana boleh cuti suka2).

Seminggu sebelum ke Langkawi tu, aku dah siap2 beli apa-apa barang yang nak di bawa. Banyak jugak la beli, baju baru, seluar baru, selipar baru (pendek kata semua nak beli.. tapi beli yang murah2 je la.. buat apa beli mahal-mahal).

Aku pulang ke KL pada hari khamis, sebaik sahaja pulang dari kerja. husband pulak, dah cuti dari hari rabu lagi. Hari Jumaat dah tiba. Jam 4.30pagi aku dah terjaga, maklumlah tak pernah naik kapal terbang. Tak tau nak check in semua bagai. rasa kelakar pun ada.. semua bangun pagi, semua mandi pagi kecuali syahmi. eee.. geram betul, boleh pulak melalak tak mo mandi pagi, akhirnya, siram aje ngan air dan tak gosok gigi. siap-siapkan budak2, dan abah ngan mak ready nak hantar ke airport. aku pun apa lagi, g kaunter information la.. nak tau serba serbi..

Siap check in barang, aku pun merayau dalam tu sebelum berlepas. satu bab dah selesai. ni bab naik kapal terbang. wah, teruja aku, waalupun dah banyak kali pergi langkawi, pergi dengan orang tersayang tak pernah sekali.. syahmi buat hal lagi dalam kapal terbang.. mengamuk pasal apa tak tau, tapi nak tumpahkan susu.. haisyh.. bidak ni memang tau.. takpe.. masa ni nampak masih hero. start kapal terbang nak berlepas, mula la esisod ketakutan dia. dah lah pi duduk ngan ayah, tak mahu langsung pulak tu lepas. diam aje.. hariz pulak macam biasa. budak yang sangat berani. semua benda tak takut. aku kongsi gambar dah sampai airport langkawi.


Sesampai kat Langkawi, aku terus ambil kereta. apa lagi.. makan lah.. siap je makan tujuan utama nak beli belah, tapi cancel. aku terus ajak husband aku g naik cable car. aku tak berhenti di tengah2 sebab nak terus menuju puncak. sampai je kat puncak, husband aku nak g naik jambatan gantung tu.. mula2 tak kisah la sebab ingat dekat. rupa2nya jauh. dah la kena bayar rm5, kena mendaki lagi.. huhu.. fengsan kau.. turun ke oriental village, aku naik kete kuda. tak pernah tau naik kuda.. hehehhe.. balik dari oriental village. aku terus check in bilik. nasib bilik tu best. budak2 memang pengsan dah, sejak dalam kereta menuju ke bilik. nasib la nak.. nama pun jalan2.


petang tu pulak, aku siap2 nak  cari lokasi underwater world. esoknya ada agenda lain. ok, dah tau tempatnya, aku g beli belah la.. sampai malam kau.. bukan apa, pusing situ, pusing sini, cari itu, cari ini, makan masa.. apa je aku dapat..

TARAAAA...........................

pastu pulak aku g sini, syahmi takut ngan helang tu.


balik tu... zzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ..

hari sabtu, aku g island hopping.. ke tasik dayang bunting, eagle feeding dan pulan beras basah. tak tau nak cerita apa.. sebab, memang best.....

 
 
 
 
 

selesai island hoping, aku ke under water world. banyak hidupan laut yang tak pernah aku tengok. bentnya sebab ada penguin. lagipun, tempatnya sangat selesa. sebab ada kawasan terbuka dan ada kawasan tertutup. tak la lemas sangat. gambar bawah tu... Syahmi takut dengan ikan besar tu.


balik tu, sekali lagi anak2 ku pengsan. heheheh.. penat sangat.. dalam jam 4, aku dah berhajat nak tengok raptai LIMA15. siap2 parking port sebelah airport.. pergh.. tunggu2 tak muncul2.. eeee... sakit hati kita tau..

tak pe lah.. aku ajak husband aku pusing satu langkawi. tengok pantai pasir hitam
, pantai kok, on the way...dapat masuk kolam air panas (sebenarnya malu jugak.. ada ke g rendam kaki masuk kat dalam kolam depan tu. rasa2 tak panas kaki.. rupa2nya, kolam air panas ada kat belakang.. pergh.. nasib takde orang kat situ masa tu..hehheheh). kat sini takde gambar.. lupa plak..
last sekali baru aku jumpa idaman suri. aku teringat, mak kata, rumah adik di abelakang tu aje. jadi aku singgah rumah mak sedara. jadi tak la singgah idaman suri dan juga kompleks HiG. malam tu mrayau di pekan kuah.. dan balik untuk zzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZ...

Agak lambat keluar bilik sebab tunggu anak2 bangun. makanya jam 9 baru kelaur cari sarapan. siap sarapan aku ajak husband g beras terbakar dan beli souviner untuk anak2 saudara. destinasi terakhir kami di Pulau Langkawi adalah Makam Mahsuri. Masuk RM10 dewasa dan RM5 untuk kanak2.. pada aku agak mahal. mungkin juga sebab cuti sekolah. belanja gambar sikit..



bergegas g airport untuk checkin tiket. tinggal beg kat marrybrown airport (abang nuek kan ada). pastu keluar lagi g tengok raptai LIMA15.
 last sekali kalut.. sebab terlambat checkin beg.. hahahhaha.. padan muka... nasib sempat.. jam 3.20petang, aku berlepas pulang ke KL. Tamatlah sudah Cuti-cuti Malaysia ku tercinta.. Bye-bye Langkawi.. semoga berjumpa lagi..



Friday, February 13, 2015

TGNA dan kisah ku di Pulau Melaka..

Salam pagi jumaat yang barakah. Pada 12/2/2015 jam 9.40 malam bersamaan malam jumaat, telah perginya seorang ulama yang ku kagumi. Kisah ini ku coretkan agar ia tidak diluputkan dari lipatan sejarahku.

Bermulanya tamat darjah 6, aku di hantar oleh abahku ke sekolah itu. Aku memang ingin menjejakkan kaki ke al azhar dengan cara belajar di sini.

Namun bukan kisah ini aku ingin kongsikan. Tapi kisah aku bersama TGNA. Oleh kerana ibu bapa jauh di Kuala Lumpur, aku terpaksa menetap di asrama di mana, asrama adalah bersebelahan dengan rumah ayah ziz.

Setiap petang, aku selalu mengintai dari atas asrama melihat beliau pulang dari kerja. Kadangkala, pada setiap petang rabu, aku akan menghantar air untuk mendapatkan air penawar. Maklumlah, pelajar.. air penawar nak rajin belajar. Hehhe..

Kalau pergi kedai dan terserempak dengan beliau, mesti aku ucapkan assalamualaikum ayah ziz. Salam selalu di balas dengan keadaan dia menunduk dan mengangguk. Serius, dia selalu jaga pokok bunga keliling rumah dia, tapi dia tak pernah mendogak waima kami memberi salam pun tidak pernah di dongakkan muka.

Maklumlah, siapa tak bangga boleh jumpa pembesar hari2. Macam tu lah aku pada ketika dahulu. Kadang-kadang, tak sah mengintai dari balik dinding masjid sebab nak tengok ayah ziz.

Kalau time dia membaca quran.. aku suka.. tapi bila time solat, aku selalu culas. Sebab bacaan agak panjang.

Pernah satu ketika, aku tak balik raya haji. Kami di panggil anak allahyarham iaitu kak lah untuk raya di rumah beliau. First time raya di rumah ayah ziz tau.

Apa lagi ye.. sebenarnya banyak sangat kisah aku di sana. Tapi untuk kenangan ini, aku tampal sahaja di sini supaya ia tidak hilang.

Semoga, rohnya dicucuri rahmat Allah.. Al faatihah..