Main Sponsor

Friday, February 13, 2015

TGNA dan kisah ku di Pulau Melaka..

Salam pagi jumaat yang barakah. Pada 12/2/2015 jam 9.40 malam bersamaan malam jumaat, telah perginya seorang ulama yang ku kagumi. Kisah ini ku coretkan agar ia tidak diluputkan dari lipatan sejarahku.

Bermulanya tamat darjah 6, aku di hantar oleh abahku ke sekolah itu. Aku memang ingin menjejakkan kaki ke al azhar dengan cara belajar di sini.

Namun bukan kisah ini aku ingin kongsikan. Tapi kisah aku bersama TGNA. Oleh kerana ibu bapa jauh di Kuala Lumpur, aku terpaksa menetap di asrama di mana, asrama adalah bersebelahan dengan rumah ayah ziz.

Setiap petang, aku selalu mengintai dari atas asrama melihat beliau pulang dari kerja. Kadangkala, pada setiap petang rabu, aku akan menghantar air untuk mendapatkan air penawar. Maklumlah, pelajar.. air penawar nak rajin belajar. Hehhe..

Kalau pergi kedai dan terserempak dengan beliau, mesti aku ucapkan assalamualaikum ayah ziz. Salam selalu di balas dengan keadaan dia menunduk dan mengangguk. Serius, dia selalu jaga pokok bunga keliling rumah dia, tapi dia tak pernah mendogak waima kami memberi salam pun tidak pernah di dongakkan muka.

Maklumlah, siapa tak bangga boleh jumpa pembesar hari2. Macam tu lah aku pada ketika dahulu. Kadang-kadang, tak sah mengintai dari balik dinding masjid sebab nak tengok ayah ziz.

Kalau time dia membaca quran.. aku suka.. tapi bila time solat, aku selalu culas. Sebab bacaan agak panjang.

Pernah satu ketika, aku tak balik raya haji. Kami di panggil anak allahyarham iaitu kak lah untuk raya di rumah beliau. First time raya di rumah ayah ziz tau.

Apa lagi ye.. sebenarnya banyak sangat kisah aku di sana. Tapi untuk kenangan ini, aku tampal sahaja di sini supaya ia tidak hilang.

Semoga, rohnya dicucuri rahmat Allah.. Al faatihah..