Main Sponsor

Friday, November 5, 2010

HATI

petang tadi takde menda nak buat. hari ni plak cuti.. jadi aku dok depan TV dok menekan TV3. Rancangan HALAQAH jam 5 petang. Tajuk hari ni penyakit hati kalau akau tak silap la. Penonton bertanya : apakah punca penyakit hati ni berlaku? so ustaz tu jawab la.. penyakit hati ni terlalu banyak puncanya. salah satu punca dan yang paling asas adalah ianya berlaku kerana kita terlalu jauh dengan Sang Pencipta Allah SWT. kalau kita nak ubat hati kita, kita kena kembali kepada Allah SWT.
Ada pertanyaan lagi : kali ni penonton bertanya macam mana cara kita untuk menjauhkan dari termakan benda2 yang haram like dadah, rokok and etc. so, ustaz pun jawab. Allah telah memberi pelbagai nikmat kepada kita dan salah satu nya adalah binatang yang mengeluarkan sejenis cecair benama MADU. carilah madu lebah yang benar2 asli. buat solat hajat dan bersama2 doa di madu tersebut minta pada Allah SWT yang kita tidak mahu menyentuh benda2 tersebut, baca Al-Fatihah dan selawat, kemudian makan la madu tu. InsyaAllah, ia akan menjadi penyembuh kepada kita.
ada lagi banyak soalan2 yang diajukan, tapi aku paling ingat soalan kat atas. satu lagi, kita ni selalu je makan kat kedai. jadi berhati2 lah. kalau makanan yang kita makan dan kita terjumpa rambut atau kuku di dalamnya, ia adalah santau. tetapi jika rambut itu terjatuh dalam makanan adalah terkecuali. ustaz tu cakap lagi, kuku adalah santau gred A+.

jazakallah.. sekian..

No comments:

Post a Comment