Main Sponsor

Wednesday, May 20, 2015

Nasi Kerabu Yall...

Hari Selasa 19/05/2015 jam 6 petang..

Aku teringin nak makan nasi kerabu 'WARNA BIRU' yang aku buat sendiri. Dah lama aku gugel resepi, tiba-tiba member bagi bunga telang.. huh, apa lagi.. balik keje masuk dapur la..

Huh, jenuh beb... aku masak nasi ni 2 jam setengah. mana taknya, bahan banyak. dah la puasa. dapat makan pun jam 8.30 malam.. hehehhe..


Nasi Kerabu Biru 2pax
1) 5 kuntum bunga telang
2) Beras basmathi 1.5 pot kecik
3) Air ikut sukatan masak nasi, tapi jangan lebih air
4) Sehelai daun pandan
5) 2 helai daun limau purut
6) Garam secukup rasa

Cara-cara:
1) Aku lebur semua kecuali garam (restkan 10 minit)
2) Masak macam biasa dan bubuh garam
3) Dekat-dekat nak masak, keluarkan bunga
--------------------------------------------------------------------------------------------
Serunding Ikan dan Kelapa (yang ni aku tak tau untuk berapa pax.. Sebab dapat banyak)
1) Kelapa separuh biji
2) Ikan kembung 2 ekor yang sedang
3) 5 ulas bawang kecil
4) 2 batang serai 
5) Gula
6) Garam

Cara-cara :
1) Sangai kelapa jangan sampai hangus dan ketepikan
2) Rebus ikan, keluarkan isi dan ketepikan
3) Tumbuk bawang dan serai (aku blend kering guna hand blender)
4) Ikan rebus tadi, sangai dahulu (masa sangai, hancur-hancurkan ikan). Agak nak kering masukkan bawang dan serai yang ditumbuk. Masukkan garam dan gula. Rasa la sedap atau tak. Dah kering sikit, baru masukkan kelapa yang di sangai tadi.
(ini guna cara aku tau. aku sangai semua supaya serunding ni tahan lama)
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sambal Nasi Kerabu
1) Cili kering dalam 10 tangkai
2) 2 biji bawang kecil
3) 1 biji bawang besar 
4) 2 ulas bawang putih
5) Santan pekat
6) Air
7) Asam keping, aku guna yang kecil
8) 2 batang serai
9) 3 sudu besar budu
10) Gula
11) Garam

Cara-cara :
1) Blend bahan 1,2,3,4 dan tumis sehingga naik minyak
2) Masukkan santan pekat, kacau dan masukkan air dan kacau lagi
3) Masukkan serai dan asam keping, kacau lagi
4) Masukkan budu dan gula sedikit. Rasa dahulu, kalau dah masin tak perlu letak garam. Kalau tak, harus lah letak garam. Dah rasa sedap dan pekat, tutup api.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan lain
1) Ikan goreng
2) Keropok ikan 
3) Telur asin
4) Ulam-ulaman (Daun kesum, bunga kantan, kobis dan kacang panjang)
5) Nak buat sambal cili pun boleh

Sunday, March 22, 2015

Cuti-cuti Malaysia (Langkawi 2015)

Assalamualaikum,

lama benar tak bercerita kat sini. Melangkau tahun rasanya. Seronok rasanya dapat bercuti dengan keluarga tatkala bersama. Maklumlah, kami ni duduk asing-asing, jadi percutian ni, aku perlu rancang sebaik mungkin.

Sebenarnya, dah banyak kali aku rancang nak ke Langkawi, tapi ada aje halangannya. Suatu hari, aku nak beli gelang, aku dah book, nak bayar dah pun. Tiba-tiba tokey tu cakap, runner dah ambil (pada aku, tokey tu sangat tak amanah. dah janji nak jual, tapi bagi pada orang lain). Untuk mengubati hati yang duka lara (cheh....), aku pun apa lagi, masuk la website MAS. tekan, punya tekan, punya tekan, akhirnya aku dapat keizinan suami untuk book tiket. Aku pun mula la cari musim cuti sekolah (eh, almaklumlah, anak dah 6 tahun. mana boleh cuti suka2).

Seminggu sebelum ke Langkawi tu, aku dah siap2 beli apa-apa barang yang nak di bawa. Banyak jugak la beli, baju baru, seluar baru, selipar baru (pendek kata semua nak beli.. tapi beli yang murah2 je la.. buat apa beli mahal-mahal).

Aku pulang ke KL pada hari khamis, sebaik sahaja pulang dari kerja. husband pulak, dah cuti dari hari rabu lagi. Hari Jumaat dah tiba. Jam 4.30pagi aku dah terjaga, maklumlah tak pernah naik kapal terbang. Tak tau nak check in semua bagai. rasa kelakar pun ada.. semua bangun pagi, semua mandi pagi kecuali syahmi. eee.. geram betul, boleh pulak melalak tak mo mandi pagi, akhirnya, siram aje ngan air dan tak gosok gigi. siap-siapkan budak2, dan abah ngan mak ready nak hantar ke airport. aku pun apa lagi, g kaunter information la.. nak tau serba serbi..

Siap check in barang, aku pun merayau dalam tu sebelum berlepas. satu bab dah selesai. ni bab naik kapal terbang. wah, teruja aku, waalupun dah banyak kali pergi langkawi, pergi dengan orang tersayang tak pernah sekali.. syahmi buat hal lagi dalam kapal terbang.. mengamuk pasal apa tak tau, tapi nak tumpahkan susu.. haisyh.. bidak ni memang tau.. takpe.. masa ni nampak masih hero. start kapal terbang nak berlepas, mula la esisod ketakutan dia. dah lah pi duduk ngan ayah, tak mahu langsung pulak tu lepas. diam aje.. hariz pulak macam biasa. budak yang sangat berani. semua benda tak takut. aku kongsi gambar dah sampai airport langkawi.


Sesampai kat Langkawi, aku terus ambil kereta. apa lagi.. makan lah.. siap je makan tujuan utama nak beli belah, tapi cancel. aku terus ajak husband aku g naik cable car. aku tak berhenti di tengah2 sebab nak terus menuju puncak. sampai je kat puncak, husband aku nak g naik jambatan gantung tu.. mula2 tak kisah la sebab ingat dekat. rupa2nya jauh. dah la kena bayar rm5, kena mendaki lagi.. huhu.. fengsan kau.. turun ke oriental village, aku naik kete kuda. tak pernah tau naik kuda.. hehehhe.. balik dari oriental village. aku terus check in bilik. nasib bilik tu best. budak2 memang pengsan dah, sejak dalam kereta menuju ke bilik. nasib la nak.. nama pun jalan2.


petang tu pulak, aku siap2 nak  cari lokasi underwater world. esoknya ada agenda lain. ok, dah tau tempatnya, aku g beli belah la.. sampai malam kau.. bukan apa, pusing situ, pusing sini, cari itu, cari ini, makan masa.. apa je aku dapat..

TARAAAA...........................

pastu pulak aku g sini, syahmi takut ngan helang tu.


balik tu... zzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ..

hari sabtu, aku g island hopping.. ke tasik dayang bunting, eagle feeding dan pulan beras basah. tak tau nak cerita apa.. sebab, memang best.....

 
 
 
 
 

selesai island hoping, aku ke under water world. banyak hidupan laut yang tak pernah aku tengok. bentnya sebab ada penguin. lagipun, tempatnya sangat selesa. sebab ada kawasan terbuka dan ada kawasan tertutup. tak la lemas sangat. gambar bawah tu... Syahmi takut dengan ikan besar tu.


balik tu, sekali lagi anak2 ku pengsan. heheheh.. penat sangat.. dalam jam 4, aku dah berhajat nak tengok raptai LIMA15. siap2 parking port sebelah airport.. pergh.. tunggu2 tak muncul2.. eeee... sakit hati kita tau..

tak pe lah.. aku ajak husband aku pusing satu langkawi. tengok pantai pasir hitam
, pantai kok, on the way...dapat masuk kolam air panas (sebenarnya malu jugak.. ada ke g rendam kaki masuk kat dalam kolam depan tu. rasa2 tak panas kaki.. rupa2nya, kolam air panas ada kat belakang.. pergh.. nasib takde orang kat situ masa tu..hehheheh). kat sini takde gambar.. lupa plak..
last sekali baru aku jumpa idaman suri. aku teringat, mak kata, rumah adik di abelakang tu aje. jadi aku singgah rumah mak sedara. jadi tak la singgah idaman suri dan juga kompleks HiG. malam tu mrayau di pekan kuah.. dan balik untuk zzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZ...

Agak lambat keluar bilik sebab tunggu anak2 bangun. makanya jam 9 baru kelaur cari sarapan. siap sarapan aku ajak husband g beras terbakar dan beli souviner untuk anak2 saudara. destinasi terakhir kami di Pulau Langkawi adalah Makam Mahsuri. Masuk RM10 dewasa dan RM5 untuk kanak2.. pada aku agak mahal. mungkin juga sebab cuti sekolah. belanja gambar sikit..



bergegas g airport untuk checkin tiket. tinggal beg kat marrybrown airport (abang nuek kan ada). pastu keluar lagi g tengok raptai LIMA15.
 last sekali kalut.. sebab terlambat checkin beg.. hahahhaha.. padan muka... nasib sempat.. jam 3.20petang, aku berlepas pulang ke KL. Tamatlah sudah Cuti-cuti Malaysia ku tercinta.. Bye-bye Langkawi.. semoga berjumpa lagi..



Friday, February 13, 2015

TGNA dan kisah ku di Pulau Melaka..

Salam pagi jumaat yang barakah. Pada 12/2/2015 jam 9.40 malam bersamaan malam jumaat, telah perginya seorang ulama yang ku kagumi. Kisah ini ku coretkan agar ia tidak diluputkan dari lipatan sejarahku.

Bermulanya tamat darjah 6, aku di hantar oleh abahku ke sekolah itu. Aku memang ingin menjejakkan kaki ke al azhar dengan cara belajar di sini.

Namun bukan kisah ini aku ingin kongsikan. Tapi kisah aku bersama TGNA. Oleh kerana ibu bapa jauh di Kuala Lumpur, aku terpaksa menetap di asrama di mana, asrama adalah bersebelahan dengan rumah ayah ziz.

Setiap petang, aku selalu mengintai dari atas asrama melihat beliau pulang dari kerja. Kadangkala, pada setiap petang rabu, aku akan menghantar air untuk mendapatkan air penawar. Maklumlah, pelajar.. air penawar nak rajin belajar. Hehhe..

Kalau pergi kedai dan terserempak dengan beliau, mesti aku ucapkan assalamualaikum ayah ziz. Salam selalu di balas dengan keadaan dia menunduk dan mengangguk. Serius, dia selalu jaga pokok bunga keliling rumah dia, tapi dia tak pernah mendogak waima kami memberi salam pun tidak pernah di dongakkan muka.

Maklumlah, siapa tak bangga boleh jumpa pembesar hari2. Macam tu lah aku pada ketika dahulu. Kadang-kadang, tak sah mengintai dari balik dinding masjid sebab nak tengok ayah ziz.

Kalau time dia membaca quran.. aku suka.. tapi bila time solat, aku selalu culas. Sebab bacaan agak panjang.

Pernah satu ketika, aku tak balik raya haji. Kami di panggil anak allahyarham iaitu kak lah untuk raya di rumah beliau. First time raya di rumah ayah ziz tau.

Apa lagi ye.. sebenarnya banyak sangat kisah aku di sana. Tapi untuk kenangan ini, aku tampal sahaja di sini supaya ia tidak hilang.

Semoga, rohnya dicucuri rahmat Allah.. Al faatihah..

Thursday, July 10, 2014

Hari ini dalam sejarah

Hari ini memang dalam sejarah.. aku takut.. aku sedih.. 

pagi tadi macam biasa, sebelum pergi kerja.. aku akan menghantar syahmi ke rumah pengasuh dan seterusnya hantar hariz ke sekolah.. keluar sahaja dari parking, aku terus la memandu ke rumah pengasuh.. tak jauh mana pun.. lepas selekoh rumah aku tu, memang jalan clear.. tak de apa2.. tiba2 aku rasa tayar belakang macam langgar sesuatu.. sungguh, aku bayangkan aku langgar kayu.. sampai di rumah pengasuh, aku berhenti, aku palingkan muka ke kiri.. aku lihat seekor kucing menggelepar.. aku ingatkan kucing tu kena gatal2.. nampak macam merah dan memang aku tak sangka itu adalah darah..

tiba2 ada budak ni, dia teriak. la.. kucing aku.. lantas dia jerit kat aku.. 'Akak, kenapa akak langgar kucing saya?'.. aku terpinga2.. aku ke yang salah? mana lah aku nak tahu kucing tu lintas bila2.. dah memang jalan clear.. aku ckp kat budak tu.. 'Sumpah, masa lalu jalan clear, mana ada kucing lintas'.. lagipun, kalau kena, mest aku perasan.. ni langsung tak perasan. 

aku pulak jenis, kalau kucing lalu, aku akan berhenti sampai jalan clear. even semalam, lori seberang sana, unser seberang sini, jalan sempit, aku sanggup undur, patah balik lalu jalan lain.. takkan la sampai hati aku nak langgar kucing tu.. 

last sekali, aku minta maaf kat tuan rumah. dah benda nak jadi.. qada' qadar takdir Allah. Ajal kucing tu memang tertulis kena langgar, dan takdir aku pulak.. orang yang melanggar kucing tu sampai mati.. arrrggghh... sedihh...aku terkesan sampai sekarang.. cuma tak nangis sebab bukan kucing aku..

dah la few weeks ni aku memang hangin ngan kucing.. ada sekor kucing ni asyik berak aje depan umah, mula2 dalam longkang, lepas tu di cirit2 depan rumah, pagi nak g kerja kat tepi dinding (tengahari balik basuh), petang berak lagi dekat2 dengan tempat dia berak pagi (dah basuh lagi).. agaknya memang petanda aku kot nak langgar kucing.. mmmm.. 

kepada peminat kucing.. aku bukan tak suka kucing.. kucing adalah binatang kesayangan aku.. aku pernah bela 20 ekor kucing.. jadi janganlah kata aku ni zalim hokey..

Monday, July 7, 2014

Nasi Tomato

Ramadhan ke-8.. Aku terpinga2 nak masak apa.. puas la dok memikir tapi tak jumpa2 ilham.. balik je keje.. aku seperti biasa ambil terus anak dari pengasuh.. sampai rumah rehat kejap, then tanya husband, hari ni nak masak apa ye?? dia pun dengan senangnya bagi cadangan suruh masak ayam masak merah.. Aku cakap ayam masak merah nak makan ngan nasi putih? alahai, macam tak sesuai.. jadi, aku pun bagi la cadangan nak masak nasi tomato..

mmm.. sedapkan bunyinya.. memang sedap pun.. aku yang masak.. mestilah sedap.. heheheh... 

Masakan untuk 2 orang - 3 orang

Nasi Tomato 
- Beras Faiza (aku salah beli. ingat beras basmathi, kena2 beras herba)(rendam dalam 1+1/2 pot dalam 5-10minit) toskan
- 4 sekawan (biasanya aku akan letak satu batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 bunga cengkih, 1 buah pelaga) biasa memang ganjil
- hiris bawang besar 1/4 biji 
- hiris bawang putih 2 biji 
- sos tomato 3 sudu besar
- tomato puree 1+1/2 sudu besar
- 2 biji tomato di dadu
- susu cair 1/2 pot cawan beras
- air 1+1/2 pot cawan beras
- garam secukup rasa
- daun pandan sehelai

Cara memasak : 
- tumis 4 sekawan bersama bawang putih dan bawang besar, dah naik bau, masukkan beras kacau lebih kurang 2 minit.
- masukkan sos tomato, tomato puree, tomato, susu cair, air, garam dan daun pandan.
- kacau2 dan masak seperti biasa

Ayam Masak Merah
- Ayam goreng dalam 3 ketul potong2 nampak banyak (kena masak cam ni, sebab untuk sekali hadap)
- Cili kering terpulang ye sebab dah blend (aku selalu potong cili kering, basuh, rebus, basuh, blend dengan minyak sikit, garam sikit. nak masak tinggal ambil aje)
- Bwang besar pun dah blend siap2 (tak tau anggaran, main bubuh aje)
- Bawang kecil pun dah blend siap2 (tak tau anggaran, main bubuh aje)
- Bawang putih pun dah blend siap2 (tak tau anggaran, main bubuh aje)
- Halia 1/2 inci
- 1 biji tomato di dadu
- sos tomato3 sudu
- air sedikit
- garam 
- gula secukup rasa

Cara memasak : 
- tumis semua jenis bawang + halia + cili kering (tumis sampai terbit minyak)
- masukkan tomato + tomato sos (tumis lagi)
- letak garam + gula + letak air sikit untuk nampak banyak kuah
- masukkan ayam goreng 
- kacau2 dan selesai masukkan la kacang peas ke apa ke..

tada... dah siap.. lupa nak snap dengan papadom. atas nasi tu boleh la hias ngan tabur bawang goreng..

Thursday, July 3, 2014

Hari ke-5 Ramadhan 1435H

Arrggh.. baru segar biji mata ni.. masa buat kerja punya lah ngantuk. ni semua gara2 aku betulkan skrip sistem lama2..(skrip bodoh) maklumlah, masa belajar dulu bidangnya lain. bila start keje kat sini, aku kena buat sistem dan coding bagai..(perkara yang paling aku benci nak buat).. pada aku, bila sentuh bab sistem, itu lah perkara terkahir yang aku akan buat.. tengoklah apa dah jadi.. apa yang aku benci, semua aku dapat.. serius.. semuanya tak terjangkau dek akal aku.. iyalah.. jodoh, ajal maut semua ketentuan Allah.. lain kali, jangan benci2, nant itulah yang kita dapat..

apa nak buat ye petang ni.. kalau weekdays aje, aku memang tinggal dengan anak2. jadinya, aku makan apa yang ada aje.. dah dua hari tak membeli.. semua jiran yang kasi.. aku ngap aje bila tiba waktu berbuka.. kesian kat anak2.. takpe la, janji aku masak juga untuk diorang walaupun ringkas..

hari ni aku balik keje jam 3.30petang.. yahooo.. ada masa nak kemas rumah. dah siap2 kemas rumah baru plan nak ambil budak2 kat rumah pengasuh.. 

Menu berbuka??? apa ek nak makan hari ni.. sebenarnya, aku teragak nak masak nasi arab khabsa.. aku sukaaaaaaaaaaa sangat.. dah berapa hari belek2 resepi, tapi tak jadi jugak apa yang nak dibuat.. hahhaah.. ok, kita tengok faktor kerajinan dulu. kalau dah jadi.. aku nak post kat blog ni.. weeeheeee.. 

ok lah.. nak berehat.. ni kan waktu rehat.. bye.. 

Tuesday, July 1, 2014

Bila tiba bulan puasa..

mmm.. tinggal 5 minit je nak coret kisah puasa kali ni..

Jap eh, belum masuk kisah puasa.. kita cerita kisah hari khamis pasal JDT.. Apalah malang aku tak tau kisah bola.. Malam sebelum tu, ada member tanya kat wasaap grup opis, berapa dah gol JDT..? aku pun tak ambil pusing. lepas tu aku dah tak tengok wassap, aku ajar anak aku keje sekolah..

pagi khamis.. siap2 nak ke opis, dah mandikan anak nak ke sekolah dan dah tukarkan lampin anak nak hantar ke pengasuh.. almaklumlah, suami jauh.. hukhukhuk.. (sedih, ahahha, jauhlah sangat). Aku pun keluar lah rumah, dah buka pintu kereta tiba2 jiran aku tegur.. 'Maz, hari ni cuti'.. aku pulak dengan muka blur tanya balik, cuti kenapa?? iyalah, tak ribut, tak apa, tetiba cuti.. 'Malam tadi JDT menang'. Dalam hati aku, eh, iya ke?? aku pun mula la call member, cal sekolah.. last2 aku masuk balik rumah mandikan si bongsu, dan terus keluar sarapan.. gara-gara tengah geram..

mm.. kawan2.. apa rasa puasa tahun ni ye.. mula2 macam tak percaya je dah masuk bulan Ramadhan. 4 hari cuti aku tak balik KL.. sedihkan.. tak dapat puasa pertama ngan family.. tapi takpe.. dapat sambut first day puasa ngan husband pun dah ok..

puasa hari pertama.. aku dah nekad.. nak masak rendang.. bahan dah siap. tinggal lebur je petang tu.. Siap2 aku ke Amway, nak beli barang customer.. balik tu nampak la mee rojak.. aku dalam kereta, husband aku g beli rojak.. aku cakap beli 2.. cewah.. maklumlah ingat harga RM2 atau RM3.. akua tanya husband melalui cermin(memang tak dengar, cuma guna bahasa isyarat). aku tanya RM2 atau RM3, dia pulak ingat aku tanya nak beli 2 atau 3.. Pastu dia bagi isyarat.. 2 jari.. aku ni ingatkan RM2.. wah, sangat murah.. dah siap beli husband aku masuk kereta.. tau tak dia cakap apa.. RM4.50.. Mak aih.. terkejut aku.. hehehh.. pengajaran tu..

Oh ya.. masa kat Amway, au beli kurma.. Sedap tau..

hehheh, promote sikit.. ok lah.. aku nak sambung kerja.. bye..