Main Sponsor

Wednesday, October 20, 2010

Hari ni aku cuti...

Hai lah.. dalam bulan ni dah 2 hari aku cuti. cuti plak tinggal 12 hari mungkin termasuk cuti ganti konvo. malam tadi aku tak dapat tidur dengan lena. agaknya Hariz tak sedap badan. pagi tadi pun aku dah bagi dia makan ubat demam dan selsema.
Hari ni aku buat sedikit blog walking untuk projek aku.. http://manzshop.blogspot.com/. Marilah singgah wahai kawan2 blogger ku. kot2 la berkenan di hati.
Sejak tinggal berdua ni pulak, aku dah buntu nak masak ape. paling2 malas aku buat ayam goreng kunyit. eheehheheh.. abis da tatau nak makan ape. makan yang simple pun sedap jugak kan. kadang2 aku ada juga layari blog dapur tanpa sempadan. tapi tak pernahnya nak buat. sekadar menjeguk, salin resepi lepas tu terperap aje.
Ni nak cerita sikit. minggu lepas aku pegi hospital batu pahat. nak buat appoinmet mengenai operation. mmm.. ni tengah dalam perjalanan, tetiba aku dengar bunyi bising.. kejap tu aku tukar gear 4.. wah tu la merempit sangat. pastu dah tak berbunyi.. jap lagi aku masukkan gear 5 balik, kejap lagi dia berbunyi. dah 3 kali jadi camtu, aku terus bawak gear 4 aje sampai la hospital. lepas aku dah buat appoinment tu, aku pun balik.. owh baru aku perasan yang gear 5 aku ada problem. sekarang ni, kalau aku nak bawak kereta either guna gear 5 sambil pegang gear atau masuk sampai gear 4 aje. KORANG, ada cadangan tak?
ok la. nak p berehat jap. penat la.. nant si hariz dah bagun aku tak dapat nak rest.. ada karang dia main kat tangga atau tarik tikar getah..

Monday, October 11, 2010

Hari ini hari Isnin

mmm.. memang la hari ni hari Isnin. kenapa lak ngan hari Isnin?

mulai hari ni, suami aku mula bekerja di JB.. sedih sangat.. nangis2 aku nak lepaskan dia. iye la.. dah selesa2 kami hidup di batu pahat, dia pulak ditawarkan bekerja kat sana. kalau la tak kerana gaji yang kecil, tak maunya dia kerja kat sana. jadi, mulai hari ni juga, aku akan membesarkan hariz dan seminggu sekali suami aku akan balik ke rumah.

oh ye.. hari ni aku bekerja.. tapi... aku bukan dok kat opis, sebaliknya aku di studio gambar PTM. masuk kali ni, dah 2 kali aku join studio gambar ni. seronok sangat walaupun hanya dapat sehelai baju. untuk studio gambar kali ini, aku masih di bahagian editing picture, sekali sekala buat marketing. owh.. rupa2nya macam ni keadaan studio gambar. sebelum ni memang tak dapat bayangkan keadaannya.

ok lah. semalam pulak aku tunggu2 jugak smallville, sekali majlis perkahwinan sheikh muzaffar pulak dihidangkan secara live. tengoklah jugak tv. aku bagi tau suami aku, ntah2 bang ngah fuad datang tak kat perkahwinan ni. kan diaorang tu kawan baik. sekali tuh suami aku kata, eh, tu bang ngah kan.. aku tgk, betul la kata aku. rupa2nya dia jadi pengapit..

heee.. ok la.. penat dah.. nak tgu graduan keluar dewan k.. daaa...