Main Sponsor

Thursday, March 5, 2009

Futsal..

Dari hari Isnin sampai Rabu aku ada match futsal.. biasalah aku mesti dalam group G(PTM & FPTek). Aku memang takde pengalaman main futsal ni. Tambah2 lagi aku memang rasa futsal tak sesuai untuk dijadikan 'game' bagi perempuan atau wanita.. Boleh dikatakan aku ni anti ngan sukan nih. Tapi disebabkan tiada pemain dari FPTek dan hanya seorang shj wakil dari kalangan mereka (sebabnya ramai g sambung belajar) jadi PTM perlu menambah ahli pasukan supaya cukup untuk bertanding. Disebabkan masih terdapat kekosongan dan disebabkan kesian, aku pun terima lah lamaran ketua pasukan. hehheheh... sebenarnya aku nak jadi pemain gantian sahaja.. (macam bola jaring aku memang reserve jek).. tapi disebabkan pada hari pertama hanya 5 org sahaja yang turun pada separuh masa pertama, so aku la kena main.. main punya main, rupanya seronok jugak main futsal ni.. Tetiba mind setting aku dah bertukar bahawa permainan futsal ini memang nagus untuk dipertandingkan. Tapi biasa la.. semua pemian dari group aku sorang pun tak tau pasal sukan ni.. sepak bola pun macam kelakar.. so pada hari pertama group aku kalah dengan mata 0-1 kepada Group dari CAD + bla + bla...

So, besoknya lawan lagi.. kali ni permainan dah mula ganas.. sebabnya dah tau jugak cara2 main.. tak sampai separuh masa pertama mata aku kena bola. nasib aku pakai spekbaru.. kihkihkih.. aku bernasib baik sebab spek aku tak lunyai, cuma cermin dia jatuh dari landasan. ada sedikit kecederaan yang dialami pada kelopak mata (lebam dan luka kecil). Memula kena tuh, macam nak termasuk biji mata kat dalam mata.. pastu, aku terpaksa keluar sebab tak confident tak pakai spek. takut plak tak nampak bola.. aku diganti dengan kak Aely.. Tapi masih jugak kalah 0 - 3 kepada pasukan diterajui Alumni + Canselori + bla + bla..

Hari ketiga pulak. hari ni main agak ganas.. aku la main ganas.. sebabnya dah berapa kali asyik berlanggar ngan org aje.. baik dari pasukan sendiri mahupun pihak lawan. yang tak bestnya, aku biasala, dari kecik lari memang susah nak brek. tambah2 guna kasut murah. Jadinya aku pun terlanggar la 'goal keeper' pasukan lawan. 'Gedebush' aku jatuh atas badan dia. Adat la permainan.. boleh siap marah lagi.. keluar padang pun marah lagi.. Wei, kalo nak main profesional la beb.. marah2 baik tak yah main. "macam org kampung". uwek.. blah lah.. aku main lagi. berapa kali percubaan tak jugak bolos 'goal' lawan. Akhirnya group aku kalah lagi.. kehkehkeh.. takpe.. kalah bergaya.. 0 - 1 kepada pasukan diterajui FTMM + Bendahari + Perpustakaan + bla..

takpe la, ni tahun pertama sukan futsal diwujudkan dikalangan staf wanita. lain kali korang tunggu group G. masa tuh kitorang dah bersedia untuk menang..

Ni aku nak tunggu sukan 100meter. aku nak tengok boleh tak aku challenge zaman kegemilangan aku macam masa kecik2 dulu.. ehheheh... ni pun puas aku pujuk suami aku supaya benarkan aku masuk sukan 100 meter ni.. ok la.. bertemu lagi ye.. bye..