Main Sponsor

Friday, May 4, 2012

Why must I put the Blog Archive in the middle of page???

Y?? Y?? Y??? and YYYYYYYYYYY???

Here is my reason.. when I go to others blog, sometimes I also read the achive section.. When the archive section is on at top, there is no reason i have to scroll down the mouse. When the arhive section is at the bottom of pages, lazy mood comes and it makes me close the blog. 

From my short opinion, bloggers must put the very best features at top or at the middle of the pages if the they want others to read their article. That's the main point i've learn from others blog.. thanks..

Monday, April 30, 2012

Musang Pandan

Hari ni hari Isnin.. ramai ofiicemate aku bercuti dan ada yang MC.. cuti pun ada sebab, sebabnya esok adalah 1 Mei iaitu Hari Pekerja.. jadi, diorang boleh rehat di rumah sepanjang 4 hari.. pergh.. Aku?? kenapa aku tak ambil cuti?? Cuti aku dah tinggal 23 hari.. kan ke kenduri adik aku, aku dah ambil seminggu.. hehehhe.. jadi kalau setakat cuti satu hari, malas la nak ambil cuti.. baik aku simpan cuti, boleh carry forward dan juga buat menambah GCR..
Ok tentang Musang Pandan ni kan.. aku masuk aje office, tiba2 terbau pandan yang cukup semerbak.. then, aku terpandang kan beberapa calit di atas lantai.. aku sangka taik kucing.. rupanya taik Musang.. then aku masuk office, tengok lampu office dah tercabut. bilik bos berselerak, bilik yang lagi satu pulak screen monitor terbalik dan telefon dah jatuh ke lantai.. masuk bilik stor lagi la.. nasib partition2 kami tidak banyak yang terusik.. one of my officemate said, it was Musang Pandan punya angkara. that's why opis aku bau pandan yang sangat kuat. Ni musang tu sedang tidur di dalam bilik stor. Orang kata musang bangun pada waktu malam dan tidur di siang hari.. mmm, elok sanagt lah tu, tapi mana nya pak guard..??? kami dah telefon, but until now, belum nampak banyang.. please la datang awal.. karang dia keluar tak pasal2 bersepah lagi opis ni.
Sekarang aku nak cter pasal kakak kat opis aku.. kesian kakak tu.. kami berempat sama2 preggy, tapi baby dia tak kuat. selepas 3 bulan, baby dia stop proses dan jantung tak berdenyut. dah dua minggu baru dia tahu anak di dalam kandungan dah pun meninggal.. Innalillah.. risau aku.. kat sini dan dalam tahun ni, dah dua kes berlaku anak meninggal. aduhai.. sedihnya.. tak pe la.. apa pun Allah maha mengetahui segalanya.. semoga mereka tabah dalam mengharungi kehidupan..
aku ni tak de kamera nak ambil gambar musang tu.. nant dah ada gambarnya aku upload k.. skarang dia tengah sedap tdur.. kena ganggu sikit, di bagi bau pandan.. hadoiyai....

Friday, April 20, 2012

Bercuti di KL (yang sebenarnya adek kawen)

last 2 weeks, aku amek holiday for 1 week. holiday bukan sebab nak enjoice.. tapi sebab adek aku kawen. sdari kakak aku kawen sampai aku kawen dan sampai lah turn adek yang ketiga aku memang ambil cuti seminggu sebelum untuk tolong apa2 yang patut.

kalo adik lelai yang kawen, tak la berat sangat kerjanya. tapi bila majlis kat umah aku tu, baru bermula keesibukannya.. aku jahit langsir pada hari sebelum berlangsungnya majlis kat umah aku.. means, hari sabtu aku jahit, malam tu siap terus gantung.. satu hari juga la.. rugi tak ambil gambar langsir tu.. tak la lawa sangat, but actually, bagus untuk aku insan yang tak pernah belajar menjahit langsir.. hanya menanam minat sahaja..

bukan itu sahaja kerja aku, tapi banyak lagi.. tak payah la nak taip kat sini, sebab pada hari berlangsungnya majlis kat umah aku, aku cuma turun sekejap sahaja sebab penat pembawakan budak.. hehehhehheh... mak aku siap sound, kalo dah tak larat, tak payah la buat.. dan nasib juga along menggajikan pekerja pembersihan di penjara..

Along pun banyak menolong, dari segi pembelian beras yang di ambil di kelantan, urusan khemah dari penjara dan sebagainya..

Adik pulak tolong la apa2 yang patut.. yang selebihnya abah dan mak.. aku memang salute kawan2 mak dan abah yang sanggup membantu dari awal sampai akhir.. kawan2 Uda jugak banyak membantu.. dorang la yang basuh periuk.. sampai habis.. asben aku banyak membantu sebelum majlis berlangsung dan sesudah majlis, manakala abang ipar aku pulak tolong semasa majlis dan sesudah majlis..

Memang best orang2 kat situ.. kalau kenduri semua bantu membantu. Tu pasal mak aku sanggu[ tak datang umah aku kalo kawan2 dia buat kenduri.. katanya, kawan2 dia dah banyak bantu, jadi apabila kawan2 buat kenduri, dia pun sama membantu..

Tak lupa tukang masak, pak cik Leman yang memasak untuk kenduri.. terima kasih..

Ni la, potret majlis di N9 dan Kuala Lumpur..

kami berempat plus adik ipar

Alaong, Abg Taufiq dan hakimi hakimot

Hariz dah giginya

Selepas akad

Abah, mak bersama besan

Ewah... macam perantin baru

Berarak di N9 bersama kawan2 mak dan abah juga family abah

huh, tak boleh lepas dari pak udanya..

pelamin cantik.. cuma agak tinggi sampai nampak bumbung khemah.. hehheh.. sebenarnya tak pandai amek gambar..
Sampai sini sahaja.. nant sambung lagi.. nak balik rumah..

Wednesday, March 7, 2012

Bola-bola Api..

Pagi tadi on the way gi keje.. aku layan Sinar then tukar Suria.. tetiba dj pasang lagu nana dan achik spin.. lagu apa ntah tajuknya.. yang aku tau lirik dia ada bunyi gini.. 'bola-bola api'.. 
aduiyai.. pagi2 aku dah tersenyum2 bila dengar lagu ni.. nak gelak guling2 tak boleh, sebab tengah bawak kete.. 
Sebenarnya aku teringat masa aku belajar dulu.. masa tu, belajar grafik.. lecturer soh buat koding yang akan menghasilkan lukisan apabila sistem run.. 
Aku??? macam biasa, moga dok kl, aku lukis gambar pemandangan kl.. siap ada klcc, kl tower, bulan dan sebagainyalah.. jenuh jugak nak mengira x dan y dalam pc..
Then tiba lah masa untuk demo kat lecturer. ok, lecturer jalan dari satu pc ke satu pc.. tiba la sebelah aku.. ada kakak tu.. kelakar betul.. dia lukis dua biji bola kaler oren.. pastu lecturer tanya, ni apa?? dia pun jawab la 'Bola-bola Api'.. kah2.. aku gelak betul.. sampai hari ni aku teringat insiden tu. macam2 peel masa belajar kan.. teringat zaman belajar.. sangat indah moment itu..

Monday, March 5, 2012

AKU MARAH..

iye.. aku marah.. hari ni aku marah sebab aku dah lewat 3 minit gara2 membontoti VIOS putih tu.. +++hujan yang lebat dan jammed tetiba kat parit raja.. ok fine, bab lewat bukan aku sengaja.. aku dah keluar rumah jam 7.40 and i confirmed with 5 kilometers from home to work, i'm not gonna be late.. hari ni aku cilok jalan masuk kat taman ape ntah, keluar taman rona. lalu traffic light masuk parit daun then keluar ikut taman siswa jaya.. then aku pancung lori tu sebab lori tu lambat gerak.. aku cilok depan dia.. masuk kawasan kilang fujitsu jam 7.58.. terus menuju ke uthm with kereta yang terhegeh2.. then aku lewat 3 minit..
tapi aku lagi marah apabila orang nak cakap tak pasal2 tanpa tanya aku?? ko ada ke kat situ?? ko kawan baik dia kan.. tentulah ko percaya bulat2 cakap dia.. setahun 1 kerja je pun dah KECOH macam buat 10 kerja.. DAMN la org itu.. aku dah lama tak mau berdendam.. tapi bila aku kena lagi.. aku rasa MARAH yang amat.. ok la.. aku kan junior, so kena hormat senior.. CAM GITU BOLE KEW.. 
dah la.. aku dah tak marah.. tadi beli makanan.. nasi sebungkus, ayam goreng 1, begedil1, kuah lemak nangka campur milo bungkus rm4.50.. aku terkedu.. sebab awal2 aku dah MENTION.. 'Kak milo ais bungkus satu'...  hehehheheh...

Thursday, February 9, 2012

Cerita Balik KL.. berapa banyak da post pasal cerita??

Huahuahua.. orang balik kampung, aku balik KL.. korang ada ke?? hehehheh.... Cuti CNY tahun ni, aku ambil cuti direct.. patutnya sampai hari Selasa je.. tapi disebabkan company asben aku bagi dia cuti sampai hari Khamis, jadi kami mengambil cuti seminggu.. 
Bermula dari hari Sabtu petang pulang ke Labis sebab malam hari Ahad tu ada kenduri Aqiqah anak Abg Jijan. Balik ke Labis dapat belajar buat kuah kacang dal ngan mak usu. Hari Isnin lebih kurang jam 11 pagi aku pun berangkat pulang ke KL.. meninggalkan keje2 kat dapur.. hehheheh.. aku dah tolong kemas la sikit2.. tak baik tau..
Beraya di rumah Wendy
Sampai je kat KL petang tu, kitorang pi beraya kat umah kawan baik kakak aku.. Wendy namanya.. pergh, dapat la sorang RM10.. Tapi mak, abah dan Along dapat RM50.. wah.. heaven nya... Malam pulak kitorang g TESCO, adik la.. nak cari bahan buat spaghetti.. makannnn aje kejenya..
Bersama rakan karib Rozita dan Salila
Esoknya dah Selasa.. Aku gi jumpa kawan2 sekolah menengah.. Sape??? Rozita dan Salila la.. jumpa pun tak lama sebab lebih kurang jam 4 petang aku ingat nak ajak mak dan abah g Aquaria.. sekali mak dan abah tak mo pergi.. jadi, terpaksalah aku pergi sekeluarga bawak si adik debab sebab nak dapat DISKAUN.. hehehheheh... ada jugak gunanya.. diakan kerja kat petronas, harus lah dapat DISKAUN..
Seperti biasa, malam tak buat apa2.. penat dan melepak jugak..Hari Rabu.. aku buat ape ek.. jap.. agak lupa nih.. ingat nak ke rumah imah, tapi imah pulak ada kelas menjahit petang tu.. karang penat pulak dia... malam tu Along datang, bawa kami ke Restoran SABA di Cyberjaya.. sedap seyh.. makan nasi Arab..
Dalam 'Cable Car'

Berlatarbelakangkan Piranha
Hari Khamis ni la hari yang paling mencabar.. mak aku kata nak ajar potong baju.. kalau potong baju pada hari disunatkan potong kuku, InsyaAllah, baju akan selesa dipakai.. Jadi selepas mengemas, aku pun belajar potng baju.. tak lama, sampai jam 11 je lebih kurang.. pastu nak g hantar jahit tepi, kedai jahit tutup lagi.. Jadi asben aku ambil keputusan bawa kami ke GENTING yang asalnya nak pergi ke BUKIT TINGGI.. so kami naik 'CABEL CAR' aje.. Bukan main seronok Hariz dapat naik 'CABLE CAR'.. tapi masyaAllah.. ramainya umat manusia.. aduhai.. len kali moralnya, jangan pergi waktu2 cuti.. membazir tenaga dan waktu.. nak tunggu naik 'CABLE CAR' satu hal, nak makan pun satu hal.. sudahnya naik atas tu g makan aje.. tak sempat nak pusing2.. ada la 2 post aje gambar Hariz kat atas tu.. Nak pergi ke Starwberry Park pun tak jumpa jalan.. 
First World Hotel
Hari Jumaat.. petang tu aku g umah kakak ipar aku.. saje je lepak kat sana.. dapat lah makan popia basah.. pergh.. sedapnya.. TQ abg G.. kak LEEZA plak belanja KFC.. mm.. suka la asben ku dapat makan KFC.. Hariz?? mmm, tak payah.. apa ntah yang dia suka makan.. Malam tu plak kami pergi pula ke I-CITY.. Panaslah.. parking pun jauh.. cuma banyak tempat untuk bergambar..
I-City bersama SWAN
Hari Sabtu, mak ajak Azman ke Jalan TAR, nak cari barang kawen Uda.. tapi kena tunggu mak balik dari surau.. mmm... tunggu punya tunggu, last2 aku, Azman dan Along kuar cari bahan nak buat Red Velvet.. malangnya, semua kedai bahan2 buat kek tutup.. dari Chow Kit sampai ke Taman Midah dan sampai la ke Leisure Mall.. last2 kami pergi ke Giant tepi Highway exit 703 tu beli barang Hariz.. habis cerita. Red Velvet tak jadi, apa pun tak jadi.. sudah nya balik rumah makan BIG APPLE.. sudahnya mak g Jalan TAR dengan abah naik motor.. nasib naik motor, kalau naik kete.. hmmm.. jammed le jawabnya.. ada raptai HARI WILAYAH.. Malam tu pulak ingat nak p rumah abang Azman kat Sungai Buloh, tapi tak jadi sebab dia dah janji nak jumpa kawan dia.. so, aku lepak aje la kat rumah.. layan MERLIN season 4.. aku perasan MERLIN tu cam Shahril.. dah la kat opis aku ade Rozita Che Wan, Bruse Willis, Aqasha.. dan terbaru Merlin.. huahuahua.. 
Ahad pulak, kemas2 balik ke BP..esoknya nak kerja.. hehheheh...

Monday, January 16, 2012

Impian..Impian..Impian.. dan tahun 2012

Biasa orang akan kata impian akan menjadi kenyataan.. sekarang aku nak kata 'Impian aku bakal jadi kenyataan'.. I hope so... 
Cerita mengenai impian.. siapa2 pun mempunyai impian.. cuma impian itu menjadi kenyataan atau sebaliknya.. Cerita mengenai cita2 pula.. siapa2 pun mempunyai cita2.. tapi kalau sekadar berangan, cita2 tidak menjadi kenyataan.. Cerita menganai wishlist pula.. dalam wishlist aku memang nak beli rumah.. cuma impian nak beli rumah di sekian- sekian tempat tidak menjadi kenyataan.. ha.. cam ne tu.. pelik dengarnya kan.. 
Sebenarnya, aku memang ada impian nak memiliki rumah, cuma tempat yang aku tak penah nak duduk tu lah tempat yang aku beli.. banyak juga perselisihan pendapat dan perbincangan serta bertanyakan pendapat orang lain..dan kata putusnya sabtu 24/12/2011 aku booking rumah, dan Sabtu 7/1/2012 tarikh tanda tangani perjanjian dengan lawyer.. next step, perlu isi borang dengan perbendaharaan.. leceh ke tak ye..??
hmm.. aku update kat sini bukan nak menunjuk.. cuma untuk diari aku nanti.. dah tua2 tengok balik blog.. owhh, begini rupanya sekian-sekian cerita.. hehehhe...
Tahun ni, banyak juga sistem baru yang nak kena develop. lagi2 penambahbaikan SMStaf.. camne ye.. pening juga nak settle.. mana satu nak jalan dulu ni.. arrrggghhhh....

  1. Sistem Permohonan Latihan Industri Online - ni, satu hape pun lom buat. maklumlah baru dapat task.. yang ni pun kena reconstruct balik totally guna Codeigniter..
  2. Sistem Permohonan MPP Online - aku kena belajar codeigniter.. so far, interface dah nampak ciri2 nya..
    sambungan dari tajuk 'Tahun 2012'
  3. E-Claim - ni buat dalam Powerbuilder je pun dah ok..
  4. Permohonan Peperiksaan Kompetensi - Ketuanya orang lain, jadi menunggu arahan. tapi bila dah ada SBPA, masih valid ke peperiksaan kompetensi.. rasanya tidak kan.. YEAYYYY!!!!!....
  5. International Office System - Eay.. apa benda ni..???
  6. Penambahbaikan SMStaf - banyak ni tau.. Modul pengiraan PCB dah la kata urgent.. dan modul apakebenda ntah lagi satu.. lupa seyh... haru aku..
Ok la, tu aje nak update..