Main Sponsor

Tuesday, June 10, 2014

Kematian yang di abadikan

Hmm... lama tak update blog ni. Penuh betul jadual la tahun ni.. dengan kerja, berniaga, anak-anak..

Minggu ni aku mendapat berita sedih.. Aku kehilangan seorang bapa saudara yang paling baik hati.. Bapa saudara yang selalu menyokong kami ketika kami berada di dalam kesusahan.. Walaupun dia bukan orang yang berada, tetapi budi pekertinya tiada tandingan. Ketika kami dilanda zaman ******, dia lah yang banyak menyokong kami dari belakang.

Begini ceritanya, hari Sabtu lalu 7/6/2014, seperti biasa aku ke BP Mall.. Biasalah hari minggu. Jam 12tengahari, aku mendapat wassap dari kakak ku. macam pelik je bunyinya. Aku tanya kenapa dan kakak ku menerangkan bapa saudaraku telah meninggal.. Jenazah bapa saudaraku akan tiba di Segamat dan akan dikebumikan lepas waktu Asar. Sebenarnya, aku dah tahu yang beliau dimasukkan di Hospital PPUM namun tidak berkesempatan untuk ziarah kerana aku berada di Batu Pahat.

Selesai urusan ku, aku bergegas pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang yang perlu di bawa pulang ke kampung.. Aku tiba di Segamat dekat-dekat waktu Asar tetapi jenazah belum sampai pada ketika itu. Aku pun menunggu sehingga jam 6 lebih kerana terdapat kesesakan teruk di Highway Plus.

Sesampai sahaja jenazah, terus di bawa masuk ke dalam rumah. Jenazah di beri penghormatan dan aku melihat air muka jenazah.. MasyaAllah.. mukanya macam kembali muda.. Selepas itu, jenazah di solatkan dan terus di bawa ke kubur untuk disemadikan. Sungguh, aku tak pernah tengok urusan jenazah secepat itu. Malah, jenazah beliau amat ringan pada mata kasar aku kerana aku tidak nampak mereka mengangkat dengan bersusah payah.

Sebaik sampai aku sampai di kubur, aku duduk di dalam kereta sahaja, jenazah telah dikambuskan. Urusan jenazah selesai jam 7.30petang. Aku mencoretkan di sini bukan kerana apa-apa, tetapi aku ingin mengingati semula kenangan bersama beliau..

Bersemadilah Pak Andak di alam sana. Semoga Pak Andak berada di kalangan umat-umat yang soleh...

Tuesday, October 22, 2013

Akhirnya..

Kenapa akhirnya??? takde apa la.. saja je nak bubuh tajuk tu.. sebenarnya dah lama tak post dalam blog.. jari ni rindu aje nak menaip.. tapi keje banyak.. cuti pun banyak.. sebulan dua ni memang bz ngan keje.. semua nak lancar sistem.. semua nak guna sistem.. semua nak cepat.. semua semua la.. haish.. bohsan.. tapi best..

eh, dah bosan boleh pulak di kata best.. nak tau sebab apa best??? sebab, dalam pada aku buat sistem yang aku tak pakar codingnya, akhirnya, sistem tu dah pun kitorang buat test run.. tahniah kepada buadk PPD sebab terpilih untuk menggunakan sistem kami secara online.. first batch.. harap2 takde masalah.. rasanya dah masuk 2 minggu sistem tu running.. sekarang tengah tengok progress.. ye.. mungkin akan ada masalah.. biasa lah.. kita pun tak tau apa masalah selagi kita tak test kepada umum..

semalam powerbuilder aku dah merajuk sampai aku configure semua EAServer aku.. pui.. rupa2nya bukan pasal setting.. server test yang problem.. hehehhe.. wat malu aje.. 

esok aku ada meeting pulak dengan bendahari.. tu pun nak guna sistem jugak.. eTravel katanya.. aku buat part web.. masih ada lagi yang nak kena buat ni.. biasalah.. kita relax dulu.. esok baru lah kelam kabut.. heheheh... actually, dah dekat 70% kot untuk web ni.. tu yang aku wat donno je.. sebab tinggal nak update data dalam cuti.. huhuh.. 

eh, tadi aku kata banyak cuti kan.. hahahh... dah lepas cuti ngan raya haji, lepas raya haji aku el, anak aku muntah2.. hari jumaat aku mc sebab aku lak dah demam gara2 muntah2 kat opis.. semalam hari isnin, half day pulak, pengasuh anak2 cirit-birit.. hmmm... takpe la.. nak buat camne.. 

ok lah.. aku nak sambung buat keje.. byeee...

Monday, September 2, 2013

Oh, yeah!! Sangat Bertuah..

Alhamdulillah, rezeki bulan Syawal.

Hari khamis lepas bertungkus lumus aku buat report nntuk bos. maklumlah.. hari jumaat dah nak cuti.. cuti balik KL katanya.. Sebenarnya, aku balik KL ada tujuan.. Hubby aku ada dinner kat KL.. so, lepas keje hari khamis tu kitorang cincau la.. malam tu sampai je KL, gi survey tempat.. punya lah excited nak g ke mines wellness resort tu, sekali.. hmm.. berapa kali main u-turn.. apa la punya jalan.. asyik salah je.. dah la kalau salah u-turn jauh2.. hmm.. takpe la..

esoknya, aku ada agenda sendiri.. ada orang order Amway.. alang2 dah kat kl, aku amek je order COD.. petang tu husband aku g dinner.. aku call tak jawab.. tetiba dia hantar msg, tu tunjuk gambar tu.. owh.. dapat lucky draw.. Samsung Trend.. balik2 terus aje nak tukarkan sim card aku.. tq husband.. hadiahkan tepon ni.. sangat appriciate.. maklumlah.. aku selalu pakai yg second aje.. nak beli, aku rasa lebih baik beli benda yang lagi berfaedah.

hari sabtu pulak, aku ada open house di the royale chulan.. anjuran kakak sekolah aku dulu.. namanya Azma.. pergh.. makannya sangat best.. dari malaysian cusine ke western ke eastern.. banyak nya la menu.. aku tertanya2 jugak masa masuk dewan tu.. betul ke ni majlis kak ma.. tup2, maisa terpa aku.. eh.. lama tak jumpa minah tu.. pastu aku jumpa kak ma.. tangkap gambar bagai then aku jumpa kak fazah.. eh, mana yang lain2.. aku tak nampak pun.. rupa2nya they all sampai lepas aku balik.. hmmm.. melepas jumpa kawan2.. takpe.. yg penting happy..
mana la si hariz ni.. hilang mana ntah..

hari ahad, aku terpaksa keluar rumah tergesa2.. hubby nak pergi nikah sepupu.. walaupun aku kurang mengenali sepupu2 dia, tapi aku layankan jugak la sebab dapat jumpa ipar duai yang lain.. plus, lepas balik dari majlis tu, aku nak singgah umah adik aku.. tengok anak dia.. ui.. tembamnya.. tak sempat nak snap gambar.. ia lah.. orang dah nak balik baru dia bangun.. hmmm.. malam tadi kan man u vs liverpool.. huhhuuh.. tak dapek la husband aku nak tengok favourite football team dia liverpool. hehehhe.. punya terkejar2.. last2 dapat la tengok 5 saat terakhir di trafik light dekat kedai mamak.. sadis aje.. hehhe.. ok la.. nak sambung keje.. tu la.. idea tak mari.. idea come to me..

Friday, August 2, 2013

Bulan Puasa dah nak abis dah oi..

mmm.. bulan puasa dah nak abis dah.. amalan aku pulak camana.. ala kadar aje.. hmmm.. hari ini hari Jumaat.. maknanya.. tinggal 5 hari je lagi nak raya.. aku pulak masih lagi kerja seperti biasa.. malas nak cuti awal2.. kalau cuti awal, nant kena naik kerja awal jugak.. heheheh.. 

puasa lom lagi abis, dah fikir pasal raya ek..aku tak sangka tahun ni raya dah berempat.. syukur alhamdulillah.. 

dari pagi sampai ke petang ni aku sibuk buat dokumen.. huh.. maklumlah, auditor nak audit pembangunan sistem.. penat betul minggu ni. petang tadi kejap aku layan lagu ni.. 'KALAU AKU KAYA' Awie Rafael feat Altimet.. layan betul tengok video nya.. tinggi imaginasi.. syabas.. sekali dengar terus cari kat youtube.. heheheh...


Layan la ye.. sangat best..

Kalau aku kaya.. hari hari hari raya,
bil2 jiran tetangga, aku belanja segala..

Thursday, July 11, 2013

Terkena lagi..

seminggu sebelum 7/7/2013 (tak ingat harinya)

Jalan2 sebab nak cari barang.. kali ni adalah kali kedua aku terkena.. aku beli rak nak kemaskan barang2 dalam stor. minggu sebelum tu, harga dalam katalog adalah rm169. tetapi di rak telah terpapar harga promosi rm130. so aku ambil tanpa banyak soal. sampai di kaunter scan dan harga adalah rm169. refer staf dan staf berkenaan cakap rm169.. takkan mata aku nak tipu tuannya. sah2 promosi untuk rak 5 tier. takpe, sebab husband aku tak kasi masuk dalam. aku nak aje ambil gambar promosi tu.

Ahad 7/7/2013 (terkena kali ketiga)
Aku pergi lagi dengan harapan nak beli rak lagi. dah pergi giant tapi takde.. so last choice kat situ jugak. (survey tempat lain tak). harga di rak rm169 tapi tiada promosi.. ok aku ambil la jugak.. sampai di kaunter harga jadi rm209. giler vangang.. kaunter minta refer customer service. sementara husband aku nak beratur, aku lari masuk dalam dan ambil gambar harganya.. ni dia..
bukti aku beli dengan harga tu. gambar di ambil selepas bayar dan sebelum refer customer service
husband aku dah bagi tau customer service, dan dia minta dalam orang cek kan. GUEST WHAT?????. diorang tukar harga kat rak serta merta jadi rm209 dan siap tunjuk kat aku harga rm209. aku pun kata ni gambar aku baru je ambil tadi.. dan aku tak boleh minta harga rm169. sedangkan masa aku bayar harga di rak adalah seperti dalam gambar. taubat la aku. pasni aku aku banned pasaraya tu.. 

Hari terakhir sebelum puasa 2013

Belum terlambat nak ucap 'SELAMAT BERPUASA KEPADA PEMBACA BLOG INI' tentu sekali untuk aku juga..

huhu.. syahdu rasanya sebab aku sambut first day puasa sorang2.. i mean tanpa husband dan tanpa parents dan adik-beradik.. sambut ngan anak2 pulak jadi kecoh.. gler, betul kali ni.. aku memang dah agak.. arggghhh.. time tu la rasa nak menjerit.. ada ke time2 nak masak malam gas habis. dah la peniaga gas g solat terawih.. mana nak cari gas.. 

aku tepon husband aku, dia soh minta tolong kakak sebelah.. dengan malunya aku pun tepon..arrgggh.. tong gas kosong ada la.. last2 aku tepaksa minta kakak tu masak air.. masuk dalam termos.. sudahnya, dia ajak makan kat umah dia.. Alhamdulillah, kenyang aku malam tu. makan pun dah dekat pukul 10 malam.. hadoi la.. napa la gas ni buat hal time malam.. napa la tak siang.. untuk sahur terpaksalah aku beli, pesan ngan husband kakak sebelah. nasib la dia bukak kedai makan.. Sakai betul la puasa tahun ni..

hari ni layan pengguna2 sistem aku.. patut la ramai yang telefon. rupanya esok tarikh tutup.. ok la.. dah banya juga pengguna yang key in beban.. aku harap2 takde la major problem. just minta update staf yang tak dapat hantar, cam ne cara kira dan ok la.. rasanya dah ok kot sistem ni.. takde la aku takut bila setiap kali sistem beban ni di buka... cuma aku nak berterima kasih kepada programmer yang membantu.. en zainuddin, pn, saeimah dan kak pza sa yang membantu ketika aku bersalin..

ok la.. aku nak update table.. nak buat kira2 dalam eclaim.. dah macam opd pulak aku ni..


Thursday, June 20, 2013

MOST LOVELY PARTNER..

Introducing my most important person in my life.. 

Pantai Air Papan, Mersing.

I met him since 2003. Yes, from 1 piece of paper, I knew you.. I call you friend and later on we decided to know each other. U came to my house to introduce yourself, but yet you brought your family and make decision to get engaged.
Now, we have been married for 4 years and 5 months with 2 kids. I live with lots of love and happy with my family.
To Azman Ramli, thanks for being my lovely husband and lovely dad to your kids.