Main Sponsor

Thursday, March 5, 2009

Futsal..

Dari hari Isnin sampai Rabu aku ada match futsal.. biasalah aku mesti dalam group G(PTM & FPTek). Aku memang takde pengalaman main futsal ni. Tambah2 lagi aku memang rasa futsal tak sesuai untuk dijadikan 'game' bagi perempuan atau wanita.. Boleh dikatakan aku ni anti ngan sukan nih. Tapi disebabkan tiada pemain dari FPTek dan hanya seorang shj wakil dari kalangan mereka (sebabnya ramai g sambung belajar) jadi PTM perlu menambah ahli pasukan supaya cukup untuk bertanding. Disebabkan masih terdapat kekosongan dan disebabkan kesian, aku pun terima lah lamaran ketua pasukan. hehheheh... sebenarnya aku nak jadi pemain gantian sahaja.. (macam bola jaring aku memang reserve jek).. tapi disebabkan pada hari pertama hanya 5 org sahaja yang turun pada separuh masa pertama, so aku la kena main.. main punya main, rupanya seronok jugak main futsal ni.. Tetiba mind setting aku dah bertukar bahawa permainan futsal ini memang nagus untuk dipertandingkan. Tapi biasa la.. semua pemian dari group aku sorang pun tak tau pasal sukan ni.. sepak bola pun macam kelakar.. so pada hari pertama group aku kalah dengan mata 0-1 kepada Group dari CAD + bla + bla...

So, besoknya lawan lagi.. kali ni permainan dah mula ganas.. sebabnya dah tau jugak cara2 main.. tak sampai separuh masa pertama mata aku kena bola. nasib aku pakai spekbaru.. kihkihkih.. aku bernasib baik sebab spek aku tak lunyai, cuma cermin dia jatuh dari landasan. ada sedikit kecederaan yang dialami pada kelopak mata (lebam dan luka kecil). Memula kena tuh, macam nak termasuk biji mata kat dalam mata.. pastu, aku terpaksa keluar sebab tak confident tak pakai spek. takut plak tak nampak bola.. aku diganti dengan kak Aely.. Tapi masih jugak kalah 0 - 3 kepada pasukan diterajui Alumni + Canselori + bla + bla..

Hari ketiga pulak. hari ni main agak ganas.. aku la main ganas.. sebabnya dah berapa kali asyik berlanggar ngan org aje.. baik dari pasukan sendiri mahupun pihak lawan. yang tak bestnya, aku biasala, dari kecik lari memang susah nak brek. tambah2 guna kasut murah. Jadinya aku pun terlanggar la 'goal keeper' pasukan lawan. 'Gedebush' aku jatuh atas badan dia. Adat la permainan.. boleh siap marah lagi.. keluar padang pun marah lagi.. Wei, kalo nak main profesional la beb.. marah2 baik tak yah main. "macam org kampung". uwek.. blah lah.. aku main lagi. berapa kali percubaan tak jugak bolos 'goal' lawan. Akhirnya group aku kalah lagi.. kehkehkeh.. takpe.. kalah bergaya.. 0 - 1 kepada pasukan diterajui FTMM + Bendahari + Perpustakaan + bla..

takpe la, ni tahun pertama sukan futsal diwujudkan dikalangan staf wanita. lain kali korang tunggu group G. masa tuh kitorang dah bersedia untuk menang..

Ni aku nak tunggu sukan 100meter. aku nak tengok boleh tak aku challenge zaman kegemilangan aku macam masa kecik2 dulu.. ehheheh... ni pun puas aku pujuk suami aku supaya benarkan aku masuk sukan 100 meter ni.. ok la.. bertemu lagi ye.. bye..

Wednesday, February 25, 2009

Dataran Batu Pahat

What a happening night!! I love this moment and I like this place where people with their families hanging out at night and watching 'Raja Lawak'. Last Friday, me and my husband went out at 9o'clock and decided to spend our night at Dataran Batu Pahat. Yes, and its true. This is the crowded place that you can spend all the night with your families and friends watching the giant television. Children playing here and there without any afraid. You can also sit anywhere you want. Before we left this place, we are taking a picture as a memory.

me and my husband
with my cute car...
we are in red..
man u vs liverpool
in front of ambank batu pahat.. heheh ambank also in red..

Tuesday, February 24, 2009

Roundabout


Huu.. entri kali ini aku nak letak gambar yang aku rasa agak kelakar. Benda ni wujud kat malaysia. kat tempat lain aku tak tau.. Cuba perhatikan roundabout tu.. Dulu2 masa lalu kat sini lagi senang kalo takde traffic light tu. Di setiap penjuru di wujudkan traffic light. Padahal kecik je roundabout tuh. Keadaan akan bertambah sesak apabila lampu jalan menjadi merah.. Hmmm.. idea sape niH? Aku tak heran kalo ade banyak traffic light kat roundabout Kampung pandan sebab sesuai dengan keadaan yang berbelit2. tapi kalo hanya 4 penjuru, lu pk la sendiri Nabil??

Monday, February 2, 2009

Lepas Kawen

Alhamdulillah, lega rasanya majlis telah selesai. aku nak titip sekeping gambar sebelum jadi isteri kepada Azman bin Ramli.. jeng..jeng..jeng. Ini lah hasil make-up Saili Iskandar..(search je saili iskandar kat google, then akan appear lah website dia).
Untuk camera man, i like to introduce Encik Shahzan Rais as the owner of http://www.shahzanrais.com/ . Terdapat beberapa pakej fotografi yang telah disediakan oleh beliau. Agak gembira sekali, pada malam nikah, beliau telah menyediakan seorang professional photographer Encik Adli Yusof. Pada keesokan harinya pula disediakan ONE main dan ONE backup photographer named Zul. I choose to take the cheapest one at RM890 for 10hours photography session.
Untuk wedding ni, nak ucap terima kasih sangat2 kepada pihak-pihak yang sudi membantu. kawan2 abah ngan mak kat PPR Laksamana, Pakcik Leman yang yang sudi memasak nasi minyak dan lauk pauk, Kak Long Midah yang sudi membuatkan hantaran yang banyak(minta maaf ye menyusahkan), Along yang jahit manik kat baju nikah, kedai jahit Qasyrina yang siapkan baju pengantin dan baju nikah, saudara mara yanga sudi membantu dan yang paling penting My Mom and My Dad. Tanpa kalian belum tentu aku dapat kawen macam ni. heheheh.. adik2 aku dan abang ipar aku juga terima kasih ye.. kepada kawan2 yang sudi hadir samada pada majlis nikah dan sanding, terima kasih ye.. maaf sebab tak dapat nak layan..
Kepada My Husband, ingat pesan mak. Macammana baik sekali mak ngan abah serahkan Maziah Na'man kepada Azman bin Ramli, kalau tak suka, pulangkan juga dengan cara yang baik.. Jagalah rumahtangga. Bak kata pak cik My Husband, kalo bergaduh carilah jalan penyelesaian, kalo bergaduh jugak cabut dengan motor.. balik tu sejuk la hati isteri.. huhu..
Ouwh ye.. untuk majlis doa selamat yang diadakan di sebelah My Husband, make-up adalah daripada Galeri Andaman Hanie yang terletak di Taman Yayasan, Segamat. Ini dia satu lagi gambar aku ambil dari kamera emmy hawa..


Dari kiri : Kak fatah, Kawan Emmy, My Husband dan Aku, Anis, Emmy



Ok la, rasanya setakat ini dahulu coretan pada kali ini. Entri akan datang akan ku penuhi dengan gambar2 kawen yang lebih banyak..

Monday, January 12, 2009

Jemputan Kenduri Kawen

Rakan-rakan sekalian, jemputlah datang ke kenduri di alamat seperti yang tertera di kad tersebut. Sekian..


Friday, January 9, 2009

7 Days Left

Wah, tinggal seminggu je lagi aku nak kawen. tapi, ada beberapa soalan yang selalu bermain kat kotak fikiran ni. check it out..

1) adakah aku dah sedia nak kawen? -belum-
2) adakah aku sanggup nak tinggalkan family aku? -tak-
3) adakah aku masih kecil? -ya-
4) boleh ke? -mmm.. macam tak boleh-

ada lagi banyak soalan kat benak fikiran aku.. tapi aku tak tau nak luah camana. walau apapun persoalannya, aku kena jugak teruskan. aku kena fikir positif. aku sepatutnya dah matang dalam melalui setiap perkara di dalam hidupku. lepas ni, aku semakin jarang balik ke kl berjumpa ngan family aku. aku mesti rindu nak tdo ngan adik, walaupun aku bukan lah seorang kakak yang baik. (garang cam singa) hehehhe..

hee.. dulu, masa abah selalu outstation, aku selalu tdo ngan mak n adik. last aku tdo ngan mak n abah masa kawen along. lepas ni, tak dapat lah nak berkepit ngan mak and abah. kena la layan suami aku pulak.

to all my frenz..
rozita and salila.. sori sebab tak dapat nak hanging out sesama sebelum kawen ni. tak sempat la.. macam banyak benda je nak buat. dah la jarang jumpa. iye la, bler time kita balik cuti, ita mesti keje. salila je la kadang2 datang rumah. anyway, korang sempat jugak jengah batu pahat.

UTM fwens.. anje, ctah, sarah, hasni, nini..
last kita jumpa sesama masa kawen hasni la kan.. pastu kita tak penah jumpa kan. tunggu la, masa kita kawen korang datang tau.

ok la.. setakat ini sahaja dahulu... nant aku update perkembangan sebelum dan selepas kenduri..


Wednesday, January 7, 2009

New Life

Lagi sepuluh hari je lagi aku nak jadi bini org.. hahha.. takutnya.. Belum sedia.. banyak lagi plak tuh nak settle..