Main Sponsor

Monday, February 2, 2009

Lepas Kawen

Alhamdulillah, lega rasanya majlis telah selesai. aku nak titip sekeping gambar sebelum jadi isteri kepada Azman bin Ramli.. jeng..jeng..jeng. Ini lah hasil make-up Saili Iskandar..(search je saili iskandar kat google, then akan appear lah website dia).
Untuk camera man, i like to introduce Encik Shahzan Rais as the owner of http://www.shahzanrais.com/ . Terdapat beberapa pakej fotografi yang telah disediakan oleh beliau. Agak gembira sekali, pada malam nikah, beliau telah menyediakan seorang professional photographer Encik Adli Yusof. Pada keesokan harinya pula disediakan ONE main dan ONE backup photographer named Zul. I choose to take the cheapest one at RM890 for 10hours photography session.
Untuk wedding ni, nak ucap terima kasih sangat2 kepada pihak-pihak yang sudi membantu. kawan2 abah ngan mak kat PPR Laksamana, Pakcik Leman yang yang sudi memasak nasi minyak dan lauk pauk, Kak Long Midah yang sudi membuatkan hantaran yang banyak(minta maaf ye menyusahkan), Along yang jahit manik kat baju nikah, kedai jahit Qasyrina yang siapkan baju pengantin dan baju nikah, saudara mara yanga sudi membantu dan yang paling penting My Mom and My Dad. Tanpa kalian belum tentu aku dapat kawen macam ni. heheheh.. adik2 aku dan abang ipar aku juga terima kasih ye.. kepada kawan2 yang sudi hadir samada pada majlis nikah dan sanding, terima kasih ye.. maaf sebab tak dapat nak layan..
Kepada My Husband, ingat pesan mak. Macammana baik sekali mak ngan abah serahkan Maziah Na'man kepada Azman bin Ramli, kalau tak suka, pulangkan juga dengan cara yang baik.. Jagalah rumahtangga. Bak kata pak cik My Husband, kalo bergaduh carilah jalan penyelesaian, kalo bergaduh jugak cabut dengan motor.. balik tu sejuk la hati isteri.. huhu..
Ouwh ye.. untuk majlis doa selamat yang diadakan di sebelah My Husband, make-up adalah daripada Galeri Andaman Hanie yang terletak di Taman Yayasan, Segamat. Ini dia satu lagi gambar aku ambil dari kamera emmy hawa..


Dari kiri : Kak fatah, Kawan Emmy, My Husband dan Aku, Anis, Emmy



Ok la, rasanya setakat ini dahulu coretan pada kali ini. Entri akan datang akan ku penuhi dengan gambar2 kawen yang lebih banyak..

No comments:

Post a Comment