Main Sponsor

Thursday, July 11, 2013

Hari terakhir sebelum puasa 2013

Belum terlambat nak ucap 'SELAMAT BERPUASA KEPADA PEMBACA BLOG INI' tentu sekali untuk aku juga..

huhu.. syahdu rasanya sebab aku sambut first day puasa sorang2.. i mean tanpa husband dan tanpa parents dan adik-beradik.. sambut ngan anak2 pulak jadi kecoh.. gler, betul kali ni.. aku memang dah agak.. arggghhh.. time tu la rasa nak menjerit.. ada ke time2 nak masak malam gas habis. dah la peniaga gas g solat terawih.. mana nak cari gas.. 

aku tepon husband aku, dia soh minta tolong kakak sebelah.. dengan malunya aku pun tepon..arrgggh.. tong gas kosong ada la.. last2 aku tepaksa minta kakak tu masak air.. masuk dalam termos.. sudahnya, dia ajak makan kat umah dia.. Alhamdulillah, kenyang aku malam tu. makan pun dah dekat pukul 10 malam.. hadoi la.. napa la gas ni buat hal time malam.. napa la tak siang.. untuk sahur terpaksalah aku beli, pesan ngan husband kakak sebelah. nasib la dia bukak kedai makan.. Sakai betul la puasa tahun ni..

hari ni layan pengguna2 sistem aku.. patut la ramai yang telefon. rupanya esok tarikh tutup.. ok la.. dah banya juga pengguna yang key in beban.. aku harap2 takde la major problem. just minta update staf yang tak dapat hantar, cam ne cara kira dan ok la.. rasanya dah ok kot sistem ni.. takde la aku takut bila setiap kali sistem beban ni di buka... cuma aku nak berterima kasih kepada programmer yang membantu.. en zainuddin, pn, saeimah dan kak pza sa yang membantu ketika aku bersalin..

ok la.. aku nak update table.. nak buat kira2 dalam eclaim.. dah macam opd pulak aku ni..


Thursday, June 20, 2013

MOST LOVELY PARTNER..

Introducing my most important person in my life.. 

Pantai Air Papan, Mersing.

I met him since 2003. Yes, from 1 piece of paper, I knew you.. I call you friend and later on we decided to know each other. U came to my house to introduce yourself, but yet you brought your family and make decision to get engaged.
Now, we have been married for 4 years and 5 months with 2 kids. I live with lots of love and happy with my family.
To Azman Ramli, thanks for being my lovely husband and lovely dad to your kids. 

Thursday, June 6, 2013

Hari ini hari Khamis

iye.. hari ni kan hari khamis.. apa la yang aku buat hari ni.. ntah la.. hari ni tetiba lak aku bangun awal.. dah la tu.. bangun2 terus mandi.. solat.. kemas rumah bagai.. siapkan anak2, dan tetiba lak aku gosokkan gigi si Hariz. sampai opis lak, aku yang bukak pintu.. tapi bukan orang pertama hokay..hari ni jugak aku rasa best buat keje.. suka2 aku je nak buat documentation yang selama ni aku tak la suka sangat. mmm... nape ek??? huh, bulan ni agak sengkek.. aku la punca segala2 nya.. ada ke aku g seret kete aku kat bontot lori tu.. ha, dah tau malah dah tengok tepi dah.. memang tak lepas.. tapi pergi jugak.. hmm.. melayang 200 siap ketuk dan cat.. dan tetiba lak dapat berita kete langgar tiang yang warna oren tu kot(pembahagi jalan).. pecah bumper.. takpe la.. redha aje la.. cuma kerugian belum lagi dapat di tafsirkan.. haaaaa.. y me?? y me??kenapa sejak akhir2 ni aku agak garang dengan yang sulong tu.. kesian dia.. kenapa.. kenapa.. ya Allah..ok la.. ini adalah sesi luah perasaan.. tapi bukan kat muka buku ye.. taaa...

Wednesday, March 6, 2013

Giler lah tahun ni

Ya.. tahun ni agak gila bagi aku. Dari awal tahun aku naik keje, selalu jugak balik lewat sebab jeng..jeng..jeng.. ganti yang ngulo, ganti ambil 4 jam, ot tak berbayar.. haa.. kelas gitu.. plus, banyak keje yang lom selesai.

hari ni buat testing ekursus, alih2 demo minggu depan. sebabnya, bos unit kursus takde. ok.. aku rasa masih di bebankan lagi dengan keje.. kalo esok dah lepas, maknanya, beban kerja tinggal sikt.. baru nak fokus kat SPBA, E-LI, E-CLAIM(ada plus E-Travel dan E- Advance) ahahahha.. punya kelakar.. sistemnya satu, divide 3 sebab ada 3 borang.. SPBA pun tak sudah2 sebab report banyak kena rombak.. adeh.. semalam pk punya pk, baru dapat buat satu sql. tu belum nak kena ubah report yang lain.. berbelas jugak la oi..

oh ya.. dah lama aku tak isi RMS.. link pun tak ingat. hape ke lah.. malas nak menggodeh email ngan tanya kawan2.. maklumlah.. sejak2 hdd dah jadi 500gb(paham2 je la, kalo tak paham pun buat paham2 jugak), bookmark ada yang dah hilang. naik je keje awal tahun tu, ada ke C drive tinggal 1 GB. mula la nak run PB sangkut2.. 

hmm.. beralih kepada kisah peribadi.. oooo.. peribadi lah sangat.. tup2, aku dah ada 2 anak.. sorang aku panggil susu, sorang aku panggil milo. ohoho.. complete set.. sorang ikut aku, sorang ikut asben aku.. ok la tu.. tak de la nant orang tertanya2, napa hariz tu muka cina, tapi yang dukung tu muka melayu.. ngeh3.. asalkan mereka sihat2 udah le..

post ni macam merangkumi banyak kisah. bermula lepas pantang, aku berjalan sakan. bulan 12 bercuti di gambang WP. aku tak main apa pun. just duduk kat gazebo jaga budak2.. pastu tahun baru cina bulan lepas, aku balik kl. plan nya banyak tapi tak jadi. so cancel, pergi bukit tinggi.. berkobar2 pergi.. konon2 nak la rasa cam pergi france.. hmm.. ramainya orang.. sudahnya nampak dalam gambar tu, serupa memang dalam malaysia.. panas bukan main atas tu.. turun bukit tinggi, masuk zoo... weh, apsal tiket zoo mahal ek. baru tahun lepas pegi, tak la semahal tu.. JB here I come.. tu pun 3 minggu lepas.. hmm.. JB takde apa dah.. balik2 pi Jusco.. ooppsss.. sekarang da AEON. otw balik BP, singgah Puteri Harbour. ok la.. best la jugak.. jalan je pun. tak keluar duit pun. 2 minggu lepas plak, g mersing.. teman asben buat keje.. sambil2 cuci mata kat pantai air papan.. balik hari je pun.. tapi ok la.. best.. hahahha.. gila kan.. berjalan sakan. pastu mengadu penat tiap2 hujung minggu. ni minggu ni, asben ajak balik labis pulak.. huwaaa... baru je nak lurus2 kan kaki..

ok la.. aku nak sambung keje.. mengulo ni bestkan.. tapi jangan sampai tak siap keje plak.. bye..

Tuesday, October 2, 2012

Aku dah ada kat KL

Hmmm..

Agak bosan bila berjauhan.. aku dah ada kat kl.. menunggu hari ibarat buah tak jatuh2.. Minggu ni aku disarankan buat checkup mingguan, tapi dah banyak page yang aku jumpa, semua bagi map aje.. aku bukan nak map, tapi aku nakkan hari untuk checkup minggu last ni..hai la DBKL. kenapa la tak bagi hari yang spesifik untuk klinik ibu dan anak. kan senang nak refer. tak pe.. esok aku aku nak main terjah aje..

Owh, sarung tilam baby dah siap. tinggal nak hantar jahit tepi aje. nant aku publish kat sini ye. Aku ni tinggal nak masuk hospital aje.. tawakkal je pada Allah. dalam hati takut bukan main. yang first dah operate. untuk yang second ni tak tau la.. ngeri bila dengar cerita member2.. nak operate sekali lagi, takut pulak..

dah ramai pulak yang aku jumpa asyik tanya.. kembar ke? kembar ke?? aku jawab tak.. scan nampak sorang aje.. hehheheh.. mak aku pun berangan nak kembar.. huhu.. mane mungkin sebab scannya satu aje.. husband pulak excited nak tengok rupa baby.. kai ni pun, aku bersalin baru dia sampai kl kot..

ok la.. dah tak larat nak taip.. tadi siapkan keje ofis.. walhal aku dah start cuti.. kalo ikutkan hati nak aje aku vpn ngan komputer opis.. cepat sikit siap keje2 tu.. tapi apakan daya. hari tu tak sempat nak buat, sebab notebook kat kl sudah..

caucincau..

Monday, August 27, 2012

Raya 2012

Ahad : Raya pertama,
selepas tetamu pulang, kami bersiap2 untuk beraya di Kampung Pandan iaitu rumah Mak Ngah. Dalam planning pula, singgah di Rembau melawat adik aku yang beraya di rumah mertua. So, dia dapatlah bekal ketupat and so on tuh.. Ingat nak balik, sekali mak aku buat planning beraya kat umah mak cik kami di Kampung Awat. Kabatulan pulak dah maghrib, ingat nak singgah rumah Pak Andak nak solat jamak, sekali mereka nak keluar beraya. Selepas beraya di rumah Pak Andak di Batu Anam, Segamat  kami menuju ke rumah Mak Cik Saodah di Batu Lapan untuk melawat sebab beliau menghidapi sakit gout. Jam hampir pukul 9 mlm, kami pun beredar pulang semula ke KL dan berhenti di Petronas R&R Seremban untuk solat jamak. Sampai di KL jam dah melebihi 12 tgh malam.
Isnin : Raya ke-2,
planningnya lain, sekali tak pi mana2 pun sebab mak dah demam kena cirit-birit. Jadi kami hanya beraya di Lot 10. ngeh3x..
Selasa : Raya ke-3,
aku bersiap2 pulang ke Labis.. mestilah.. kena la beraya kat umah family husband.. sampai2 pun tak g mana, just rehat dan mengenyangkan perut bak ular sawa..
Rabu : Raya ke-4,
beraya ke rumah pok su husband di Yong Peng. Oleh kerana abang dia kerja, so lepas ke Yong Peng kami beraya di rumah Pak Ngahnya dan rumah mertua abang Usop di Felda Redong, Labis.
Khamis : Raya ke-5,
Beraya kat JB pulak. On the way ke JB, singgah JPO. aku memang tak membeli belah pun.. just jadi tukang bawak je. Mereka dah puas shopping, singgah beraya di rumah Abang Sukor dan kemudiannya ke rumah mak cik mereka.
Jumaat : Raya ke-6..
pergh, hari ni bosan gler.. tak de menda nak buat. ingat nak balik BP, sekali abah tepon kata nak menghantar sepupu bersanding. ok la.. stay lagi kat labis. malam dah lapar giler, makan kat kedai aje.. belanja kak midah, abang arip dan nadia.
Sabtu : Raya ke-7,
hari ni aku betul2 balik ke BP. abis, tunggu no tepon cousin tak sampai2. terus balik ke bp mengemas apa2 yang patut. Adik dari KL bawak mak dan abah nak ke JB.. selesai solat zohor, terus bertolak ke JPO. JPO lagi.. kali ni aku terpedaya.. aku beli jugak sling bag Fossil.. harga asal RM499 jatuh pada paras bawah RM200. husband aku pulak menyambar T-Shirt Timberland.. dah penat jalan2.. aku bawak diorang ke Dataran JB, makan stimboat. pergh.. sedap.. dapat jugak aku makan sebelum bersalin. yang tinggal kira2 sebulan lagi.
Ahad : Raya ke-8,
pi kenduri kawen anak cik nora dan melawat abin di hospital kerana dijangkiti denggi berdarah. sampai rumah terus masak.. lepas solat maghrib nak makan, sekali kak su soh beraya rumah dia. so makan la sikit nasi..

Selesai untuk raya minggu pertama.. minggu kedua pulak akan di post kemudian.. hehehehe

Tuesday, July 17, 2012

Generate No Siri menggunakan PHP Codeigniter

Jom.. jom.. kali ni saya dapat ilmu dari orang yang bijak pandai.. saya nak ajar cara nak generate no siri yang bergabung dengan no yang lain.

ini contoh model saya. saya menggunakan database oracle :

function checking_nosiri($sesi)
{
        $sesi = $this->checking_sesi();

        $data = false;
       
        $sql = "    SELECT MAX(SUBSTR(A.MHN_NOSIRI,9,4)) AS NOSIRI
                        FROM MPP_MOHON A
                        WHERE A.MHN_SESI = '$sesi'
                        AND A.MHN_NOSIRI IS NOT NULL
                    ";
                   
        $q = $this->db->query($sql);   
               
        if ($q->num_rows() > 0)

        $row=$q->row();
        $result= $row->NOSIRI;
       
        return $result;
    }

ini adalah contoh output substr saya : 0001 yang asalnya adalah SUBSTR(201120120001,9,4)
sekiranya di dalam database tiada nosiri, maka result akan keluarkan : null

ini adalah contoh controller :

$nosiri = $this->MAdmin->checking_nosiri($sesi);
       
        if ($nosiri==FALSE):
            $nosiri = 0;
            $nosiri++;
            $nosiribaru = $sesi.str_pad($nosiri, 4, "0", STR_PAD_LEFT);
            $data['nosiribaru'] = $nosiribaru;
        else:
            $nosiri++;
            $nosiribaru = $sesi.str_pad($nosiri, 4, "0", STR_PAD_LEFT);
            $data['nosiribaru'] = $nosiribaru;
        endif; 

coding di atas adalah short cut dari coding saya yang panjang berjela2. instead of menggunakan if..else yang panjang, boleh gunakan STR_PAD_LEFT. boleh juga tengok contoh yang lain2.. sila klik kat link ini ya.. http://my.php.net/manual/en/function.str-pad.php

dan ini pula adalah contoh view :

$no_siri = $nosiribaru; //untuk panggil dari controller
//sila buat coding dalam bentuk php ye
//untuk panggil variable nosiri baru dalam controller.. saya highlight kaler yang sama k..

ok.. setakat ini dahulu.. ada ilmu baru saya paste kat sini ye.. bye..