Main Sponsor

Tuesday, May 10, 2011

Apa ada dengan IPAD 2

IPAD 2 revolusi terbaru Apple inc. menyebabkan ramai orang tergila2 untuk memilikinya. Dengan rekabentuk terbaru dan ciri-ciri seperti :

1) Lebih nipis, ringan dan lebih padat pengisiannya
2) Chip Dual-core A5 yang lebih pantas
3) Dua kamera di hadapan, lebih seronok untuk berinteraksi melalui video call
4) Cover IPAD yang sangat smart, boleh dilipat2

IPAD 2 mula dilancarkan pada bulan April 2011 dan sehingga kini, masih lagi dijual secara terhad.  

Di Beijing misalnya, sebuah kedai telah menjual IPAD 2 dan ramai yang beratur untuk memilikinya. Kekecohan telah berlaku di mana terdapat seorang peminatnya telah memotong barisan untuk memilikinya. Beliau akhirnya telah di tumbuk oleh pekerja kedai tersebut dan orang ramai telah membuat kekecohan sehingga terdapat 4 orang yang cedera. Kedai tersebut terpaksa di tutup beberapa jam sehingga keadaan menjadi reda.

Di Johor Bahru pula, ramai yang mengeluh kerana telah beratur panjang, tetapi hanya terdapat hanya 20 unit sahaja yang dijual oleh kedai tersebut. Mereka yang dapat membelinya tentu tersenyum puas. Tetapi bagi mereka yang gagal memiliknya masih lagi memburu gajet tersebut.

Bagi saya pula, gajet ini memang menarik. Tapi nak beli macam sayang, sebab masih ada laptop yang masih boleh digunakan. Sekian

2 comments:

  1. teringin mau ada IPAD tapi xtau banyak pun function dia..kalo dia ada function seperti telefon, boleh call/sms org len, mau beli r..amacam? gv advice plez..

    ReplyDelete
  2. ida.. apa yang saya tau.. ipad2 ada banyak fungsi.. boleh jadi telefon juga..

    ReplyDelete