Main Sponsor

Friday, April 20, 2012

Bercuti di KL (yang sebenarnya adek kawen)

last 2 weeks, aku amek holiday for 1 week. holiday bukan sebab nak enjoice.. tapi sebab adek aku kawen. sdari kakak aku kawen sampai aku kawen dan sampai lah turn adek yang ketiga aku memang ambil cuti seminggu sebelum untuk tolong apa2 yang patut.

kalo adik lelai yang kawen, tak la berat sangat kerjanya. tapi bila majlis kat umah aku tu, baru bermula keesibukannya.. aku jahit langsir pada hari sebelum berlangsungnya majlis kat umah aku.. means, hari sabtu aku jahit, malam tu siap terus gantung.. satu hari juga la.. rugi tak ambil gambar langsir tu.. tak la lawa sangat, but actually, bagus untuk aku insan yang tak pernah belajar menjahit langsir.. hanya menanam minat sahaja..

bukan itu sahaja kerja aku, tapi banyak lagi.. tak payah la nak taip kat sini, sebab pada hari berlangsungnya majlis kat umah aku, aku cuma turun sekejap sahaja sebab penat pembawakan budak.. hehehhehheh... mak aku siap sound, kalo dah tak larat, tak payah la buat.. dan nasib juga along menggajikan pekerja pembersihan di penjara..

Along pun banyak menolong, dari segi pembelian beras yang di ambil di kelantan, urusan khemah dari penjara dan sebagainya..

Adik pulak tolong la apa2 yang patut.. yang selebihnya abah dan mak.. aku memang salute kawan2 mak dan abah yang sanggup membantu dari awal sampai akhir.. kawan2 Uda jugak banyak membantu.. dorang la yang basuh periuk.. sampai habis.. asben aku banyak membantu sebelum majlis berlangsung dan sesudah majlis, manakala abang ipar aku pulak tolong semasa majlis dan sesudah majlis..

Memang best orang2 kat situ.. kalau kenduri semua bantu membantu. Tu pasal mak aku sanggu[ tak datang umah aku kalo kawan2 dia buat kenduri.. katanya, kawan2 dia dah banyak bantu, jadi apabila kawan2 buat kenduri, dia pun sama membantu..

Tak lupa tukang masak, pak cik Leman yang memasak untuk kenduri.. terima kasih..

Ni la, potret majlis di N9 dan Kuala Lumpur..

kami berempat plus adik ipar

Alaong, Abg Taufiq dan hakimi hakimot

Hariz dah giginya

Selepas akad

Abah, mak bersama besan

Ewah... macam perantin baru

Berarak di N9 bersama kawan2 mak dan abah juga family abah

huh, tak boleh lepas dari pak udanya..

pelamin cantik.. cuma agak tinggi sampai nampak bumbung khemah.. hehheh.. sebenarnya tak pandai amek gambar..
Sampai sini sahaja.. nant sambung lagi.. nak balik rumah..

No comments:

Post a Comment