Main Sponsor

Monday, January 16, 2012

Impian..Impian..Impian.. dan tahun 2012

Biasa orang akan kata impian akan menjadi kenyataan.. sekarang aku nak kata 'Impian aku bakal jadi kenyataan'.. I hope so... 
Cerita mengenai impian.. siapa2 pun mempunyai impian.. cuma impian itu menjadi kenyataan atau sebaliknya.. Cerita mengenai cita2 pula.. siapa2 pun mempunyai cita2.. tapi kalau sekadar berangan, cita2 tidak menjadi kenyataan.. Cerita menganai wishlist pula.. dalam wishlist aku memang nak beli rumah.. cuma impian nak beli rumah di sekian- sekian tempat tidak menjadi kenyataan.. ha.. cam ne tu.. pelik dengarnya kan.. 
Sebenarnya, aku memang ada impian nak memiliki rumah, cuma tempat yang aku tak penah nak duduk tu lah tempat yang aku beli.. banyak juga perselisihan pendapat dan perbincangan serta bertanyakan pendapat orang lain..dan kata putusnya sabtu 24/12/2011 aku booking rumah, dan Sabtu 7/1/2012 tarikh tanda tangani perjanjian dengan lawyer.. next step, perlu isi borang dengan perbendaharaan.. leceh ke tak ye..??
hmm.. aku update kat sini bukan nak menunjuk.. cuma untuk diari aku nanti.. dah tua2 tengok balik blog.. owhh, begini rupanya sekian-sekian cerita.. hehehhe...
Tahun ni, banyak juga sistem baru yang nak kena develop. lagi2 penambahbaikan SMStaf.. camne ye.. pening juga nak settle.. mana satu nak jalan dulu ni.. arrrggghhhh....

  1. Sistem Permohonan Latihan Industri Online - ni, satu hape pun lom buat. maklumlah baru dapat task.. yang ni pun kena reconstruct balik totally guna Codeigniter..
  2. Sistem Permohonan MPP Online - aku kena belajar codeigniter.. so far, interface dah nampak ciri2 nya..
    sambungan dari tajuk 'Tahun 2012'
  3. E-Claim - ni buat dalam Powerbuilder je pun dah ok..
  4. Permohonan Peperiksaan Kompetensi - Ketuanya orang lain, jadi menunggu arahan. tapi bila dah ada SBPA, masih valid ke peperiksaan kompetensi.. rasanya tidak kan.. YEAYYYY!!!!!....
  5. International Office System - Eay.. apa benda ni..???
  6. Penambahbaikan SMStaf - banyak ni tau.. Modul pengiraan PCB dah la kata urgent.. dan modul apakebenda ntah lagi satu.. lupa seyh... haru aku..
Ok la, tu aje nak update.. 

Thursday, January 5, 2012

Cerita Pasal Semalam

Sejak Hariz baru baik dari demam, aku plak yang penat.. Semalam aku cancelkan kelas mengajar anak jiranku. Alasan yang aku bagi, ada hal sikit.. padahal, aku penat yang teramat.. agaknya sebab tak cukup tidur jaga si kenit tu. 

Malam semalam selepas makan malam, aku duduk sebelah ayah Hariz aka husbandku.. ala, biasala, suami isteri duduk dekat2 ada la peluk2 sikit.. sekali aku terdengar macam nilah bunyinyer 'pheeewittt'.. aku macam ye tak ye je bunyi tu. kami suami isteri berpandangan sesama sendiri.. cuba dengar lagi. bunyi lagi 'pheewwiiittt'. rupa2nyer hariz dah pandai nak cakap macam tu.. apa lagi.. tergelak la kitorang.. budak tu baru je umur 2 tahun.. adoiyai.. sengih2 Hariz pandang kitorang.. pastu husbandku tarik tangan dia dan peluk dia.. suruh sebut lagi, dah tak mahu.. malu la tuh..

Sejak dah baik dari demam ni.. ok la sikit.. first time Hariz demam dan merengek2.. penat balik dari PD tak habis lagi hari tu. Siap pergi berurut lagi.. aku ni pun, sejak lepas bersalin tak pernah berurut.. hari ni aku nak share gambar2 masa kat pd.. boleh tahan seronok, tapi tak dapat mandi manda je sebab hari last masa dah suntuk..

Hariz dan Kakak Ain.. sementara tunggu ayah habis solat..

Bersenam.. tapi Hariz tak ikut pun rentaknya..

Hariz dan 'peace'nyer yang tak jadi

Happy Family at Corus Paradise Resort, PD

Bersama kaum kerabat

Mumia yang di cipta khas untuk tatapan anda semua..

Sape la mumia berjanggut ni.. Ingat musang berjanggut aje ke yang ada...

Aksi yang palin disukai Hariz.. Mentang la dia kecik..

Ayah dan Hariz je sempat mandi kolam.. Mama sempat tengok aje..

Hari balik.. baru la dapat berposing berdua..

Saya memang suka berposing..
Takat ni je cerita hari ini. Sambungan buat coding semalam macam dah berjaya.. cuma malas nak print screen the layout of my design.. finally, tahu la sikit2 pasal css.. chaiyok.. chaiyok..

Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru 2012

Inilah hadiah untuk aku.. aku belajar membuat codeigniter menggunakan css untuk membuat antaramuka.. belum pun jadi sebenarnya. tak cantik pun lagi. sebab saya budak baru belajar. dalam tahun ni, aku memang nak sangat belajar codeigniter ni. dengan bantuan kawan2, terhasil lah antaramuka ini. takpe, orang kata belajar dari pengalaman.
Maaf kerana tidak menghasilkan entri yang baik. kesibukan belajar coding membuatkan keterbatasan waktu untuk menaip entri yang tidak seberapa.. Entri lain menyusul dengan gambar2 menarik..
Bye..

Monday, October 24, 2011

Between Me, Hariz and Azman as Proxy..

Semalam..24/10/2011 malam..

Ok, ceritanya.. aku sedang melipat kain.. Hariz pun datang.. ambil kain2 letak kat kerusi.. aku pulak dengan lantangnya :

Aku (mama) : Ayah... tengok Hariz!!!
Hariz : (dengan suara perlahan).. Ayah... Nok Mama!!!

Aku ngan Azman.... LOL...ooOOOO... terbahak2..

Monday, October 17, 2011

Dah sampai dan dah siap..

Jap.. ni belum lagi masuk tajuk kat atas.. ni takde tajuk sebab siap sebelum raya.. hahhah.. aku tak pandai jahit langsir ni.. tapi aku cuba juga sebab mak ada bagi kain untuk buat langsir.. hasilnya.. inilah.. Giant Box Pleat Pattern.. senang aje buat ni.. patutnya dalam buku 12inci.. tapi sebab terlupa, aku buat 6 inci aje..

Yang ni barulah termasuk dalam tajuk kat atas.. aku cuma nak tunjuk, rotary cutter dan juga cutting mat.. aku nak tunjuk juga mesin jahit yang memberi inspirasi aku untuk menjahit.. asalnya aku alter cadar husband aku. tapi sebab ada kain lebih, keluarkan set nak buat patchwork..

Nampak tak kain tu.. kain tu lebihan potongan cadar bilik aku.. aku nak 'combine' kan dengan lebihan potongan cadar suami aku.. jap eh, korang boleh tengok kat bawah apa hasilnya..

Tada.. dah jadi satu sarung bantal.. eh, ni lom expert lagi.. ni baru cuba jaya.. pasni baru nak cari kain2 untuk buat patchwork ni.. tak lah cantik.. tapi aku suka je..

Friday, October 7, 2011

Patchwork

Sape tahu pasal patchwork.. angkat tangan...hehehhe..

Minggu ni, minggu paling boring yang aku lalui.. keje pun malas, harap ada pembetulan pada rekod isytihar harta aje.. nak tengok internet pun tak tau nak tengok ape.. balik2 cari bahan rujukan untuk siapkan kertas cadangan sistem.. tak tau la nak buat ayat macammana lagi.. drawing carta alir ntah berapa kali tukar.. at last drawing siap juga.. tapi untuk perbandingan proses kerja hanya dapat dua aje.. dah kering idea nih.. hehehehh...

owh.. minggu lepas, aku g pc fair.. ingat nak angkat earphone satu.. last2 aku terjebak beli kamera.. siol la.. earphone pun tak terbeli.. mengong betul..

berbalik pada tajuk asal.. mmm... patchwork ni dah lama aku angan untuk laksanakan.. nak kata hobi baru tu tak la juga.. kalo hobi dah kena buatkan.. ni belum buat lagi.. jadi aku lom boleh kata hobi.. aku pernah juga buat.. tapi tak siap.. punya malas nak siapkan..

sebelum aku laksanakan cita2 aku ni.. aku kena cari dulu barang yang boleh memudahkan aku nak wat kerja. apa dia?? ::::::

1) rotary cutter : yang ni aku dah dapat.. Olfa ORTY-2/G Rotary Sewing Craft (45D mm)
2) cutting mat : yang pun sama.. Olfa ORM-SG - Rotary Cutting Mat (600 x 450 x 1.5mm)
3) ruler set : tengah mencari. tak jumpa2

Actually, dah lama aku survey dalam amazon.. tapi none of it shipping to Malaysia.. Heran kan..kalau boleh dihantar, mesti salah satu tak dapat.. sudahnya aku cari dalam Malaysia.. Barang2 ni masih belum ada digenggamanku.. sebab?? sebab dorang terus hantar kat umah mak aku kat kl.. so, aku akan tangguh dulu. pasni boleh survey2 cari kain yang sesuai..

ok lah.. daku nak menyambung buat kertas cadangan yang terganggu tu.. byee....

Friday, September 23, 2011

Takda apa2 tajuk.. tapi aku nak juga letak tajuk KAD KREDIT..

Tengok, dari takde tajuk dah ada tajuk.. hari ni aku nak cerita pasal kad kredit..

Sape setuju kad kredit boleh jadikan kita muflis??? Aku ni tak tau la nak setuju ke tidak..sebab suami aku pengguna kad kredit tegar.. huahuahua.. semalam aku ada terbaca suratkhabar, malah dalam berita pun ada bagi tahu, seramai 41 orang muflis setiap hari angkara penggunaan kad kredit.. 41 ORANG tau SETIAP HARI..

Macam ni lah.. pada aku, kad kredit ni memang la penting.. sebab, kadang2 kita tak bawak tunai yang lebihkan.. jadi terpaksalah pakai kad kredit.. tapi mestilah kena pada gayanya.. maksudnya, perlulah BERHEMAH.. jangan pulak kita ni pakai untuk menunjuk2 macam orang kaya.. kalau dah pakai kad tu, bayarlah. jangan pulak tangguh2.. tu yang interest naik..

Kalau aku pulak, aku tak berapa suka pakai kad kredit.. sebabnya, setiap penggunaan, mesti ada chargenya.. elok kau bayar 200 jadi 205 hengget.. macam tu la yang aku tak suka.. dah la nak pergi membayarnya nun di bandar sana.. kos minyak lagi.. heheheh.. aku ni bukan kedek, tapi berjimat.. kan ke berjimat tu amalan Islam..

Oleh itu, aku sarankan kepada pengguna kad kredit.. renung2kan dan selamat Beramal..

POWER TIP : Jangan sekali2 mendedahkan identiti kad kredit anda kepada orang lain.. sekiranya ada individu minta pengesahan kad kredit melalui telefon atau internet.. jangan bagi.. ini juga antara sebab anda menjadi muflis..