Main Sponsor

Thursday, September 16, 2010

Yeay.. Raya..

hmm.. masuk hari ni je, umat islam dah masuk 7 hari beraya. aku ni pulak termanggu2 kat umah. abis tak g jalan raya. maklumlah, bila dah balik batu pahat ni, raya dah tak berapa nak raya. dah masuk keje nanti tunggu jemputan kawan2, baru nak beraya.. ehheheh..
tahun ni aku beraya di kl. tempat aku dibesarkan. seronoknya selepas beberapa bulan tak balik kl.. ada orang kata raya kat kl tak meriah? betul ke? mm.. sape kata raya kat kl tak meriah. meriah ape.. kiri kanan orang masak rendang, ketupat, lodeh dan sebagainya.. bila tiba hari raya pulak, lepas solat raya, siap2 terus g ray aumah jiran2. oo.. oleh kerana tahun ni raya jatuh pada hari jumaat, jadi tak banyak rumah boleh dikunjungi. jadi selepas solat jumaat, kami bersiap2 umtuk beraya di NS. bila dah raya kat n9, paham2 je la.. tentu2 lah smpai umah dah malam. jadi balik tu terus je Zzzzzzzzzzzzzzzz... meh sini aku upload gambar raya tahun ni.


gambar atas kiri tu : along dan abang taufiq, gambar atas kanan : of course la family aku, gambar bawah : gambar abah, emak dan adik2 aku yang single-mingle.. hheee.. ok la. update nant yek.. taaaa...

Wednesday, July 14, 2010

Pindah!!!

Ha.. PINDAH!!! owh, gosh.. penat tau nak pindah. ingat senang ke nak pindah2. Itu lah, dulu lagi mak aku soh pindah dari rumah tu, tapi aku degil.. iye lah.. mane nak cari kos pindah rumah la, nak kemas barang la, itu la, ini la.. dari dulu aku dah tau org tua tu memang mental, tapi aku degil jugak.. tengok dah la soh semua penghuni keluar, pastu notis hanya 3 minggu. betul2 gile.. time2 sekarang ni, student dah naik belajar.. dari hari selasa sampai hari isnin aku cari rumah sewa.. dari parit raja sampai ke air hitam, sebesar2 taman, takde.. but, akhirnya dapat juga aku rumah kat taman di sekitar parit raja.. itu pun dengan pertolongan pengasuh hariz.. thanks a lot to kak idah for helping me to find a house in taman .........
semalam, my husband call me, he said we got a good news.. en fikri accept us as a renter for his house. in a few days, we have to wait for him going back to parit raja.. but it's ok, i've got the house to rent.
yesterday, pakcik sewa aku tu call. "tadi man ade call, nape ye.. aku pun jawab la nak balik kitorang punya deposit rumah. then he start nak mengumpat budak2 yang duduk kat situ. geram aku, aku sound like this. pakcik, saya ni tak campur hal orang".. ala.. dia ingat aku tak tau ke.. dia ni memang spesis suka nak mengumpat.. karang dia citer kat org lain pasal kitorang le.. apa la.. giler betul la orang tua tu.. dia kata aku bayar sewa lambat.. hello, aku nak jelaskan kat sini.. bayaran sewa setiap bulan yang ditetapkan adalah pada 24hb sehingga 5hb. sebagai contoh, apabila kita memasuki bulan 7, maka bayaran sewa rumah perlu dijelaskan sekitar 24/6 sehingga 5/7.. kalau aku bayar 1/7 adakah di kira lewat..? aku buat macam tu sebab dia pernah lupa cara bayaran sewa yang ditetapkan.. lagipun aku takmo dikemudian hari, kalau aku bayar di dalam bulan 6, dikatakan aku tak bayar sewa lagi.. kan kita hidup ni perlu berhati2.. aku penah sound, pakcik sewa boleh bayar sampai 5hb, jadi saya nak masukkan setiap 1hb untuk memudahkan saya keep track pembayaran sewa. pastu dia jawab.. memudahkan orang lain lagi bagus.. ek eleh.. jawapan tak masuk akal.. banyak sebenarnya dia buat kat penghuni rumah kat situ.. bergaduh pun ada.. ngan penghuni lama, ingat aku tak tau.. dorang pun banyak mengadu.. budak atas tu pun pindah siap mengadu kat aku. semua yang pakcik tu cakap, semua la.. siap bergaduh pulak ngan budak atas. pastu takmo bagi deposit budak tu.. adil ke cam gitu? mane la budak tu tak hangin.. satu masa tu, ular masuk rumah, pastu dia boleh cakap, ade orang sihirkan dia.. alamak... MENTAL.. lama2 aku pun boleh sakit jiwa..
hmm.. hari2 terakhir kat umah tu, aku rasa dah semakin tenang. lepas ni aku nak delete terus nama tuan tanah kedaung tuh.. buat sakit hati aje.. wah.. pagi2 buat sesi luahan perasaan.. takpe la.. sape pun tak tau kan aku kata kat sape.. ok la tuh..
bye...

Monday, July 12, 2010

Bijak Berniaga

Hm.. entri kali ini aku selitkan mengenai bijak berniaga. ok, aku dibesarkan dengan hasil titik pelah abah aku, hasil perniagaan nasi lemak mak aku, hasil perniagaan kecil2an abah aku, jugak aku sebenarnya..

dari kecil, kami di ajar berniaga untuk menampung kehidupan yang serba tidak mewah.. aku tak kisah pun di besarkan dengan cara yang sederhana.. dan aku memang dari kecil mampu dan yakin aku boleh berjaya suatu masa..(waktu itu lah kan..)

aku pernah membantu emak menjual nasi lemak, tolong abah jual air di stadium, jual mercun, ha macam2 aku jual.. awal bulan 8 ni, aku nak meniaga secara online.. hopefully aku dapatlah laptop tu ngan cepat.. semoga usahaku ini akan membuahkan hasil.. hasilnya nant boleh la menampung aku untuk sambung belajar.. InsyaAllah dan Aminn..

Thursday, July 8, 2010

Konvokesyen UTHM ke-9 dan lain2 cerita


mm.. hari ni aku keje.. hari ni juga ada konvokesyen di UTHM ni.. konvokesyen pertama canselor sejak menjadi sultan.. betul la tu ayat ni.. gambar perarakan copy dari rusmaini.. aku excited nak tgk sultan tadi.. tapi takut pulak nak pegi tengok.. wah aku tgk kat ucitv, ada sedikit kerosakan teknikal.. aiseh.. macamana tuh bole jadi cam gini.. tak pe la, asal boleh tgk Sultan pun dah ok..

aku nak settlekan audit KI ni, apsal la masih tak berjaya.. markah tak terampil hanya 5 untuk satu subjek, tapi data yang keluar tak betul la.. macam mana ni.. aku dah kurangkan link table tapi masih tak berjaya.. nak kena siapkan jugak.. cepat serah, dapatlah aku rehat.. malas nak gi meeting untuk KI ni. asyik tukar syarat je.. by today mesti siapkan, aku nak tengok ekursus pulak.. sikit je lagi, then maybe minggu depan testing..

ni satu hal lagi. apa punya tuan rumah. ade ke bagi notis kat semua penghuni suruh kosongkan rumah by end of this month. gila notis 3 minggu. dah la student nak naik belajar. memang mental orang tua tu.. aku tak tau la apa lagi nak cakap pakcik ni.. setakat ni dah 5 orang juga aku jumpa gila sengal.. nak mampus agaknya.. kasarkan bahasa aku.. kalo korang geram tak, aku dah cari merata dah ni.. alahai.. Ya Allah, permudahkanlah urusan ku. Aminn..

Tuesday, June 29, 2010

got a headache.. arghhhhhhhh

sakit kepala.. sakit kepala.. aku ni tak cukup tdo ni.. si kecil itu.. tiba2 je demam yang melampau.. kesian betul dia.. agaknya dah lama dia sakit urat.. sekali kena bom, ha.. terus hampir 40 degrees.. tak ke kes naya tu.. dah la budak kecik.. asyik la merengek.. 2 malam tak tdo sebab menjaga si kecil itu. tapi takpe.. itu la rezeki aku yang Allah dah anugerahkan.. tak baik nak mengeluhkan..

ok la.. bab keje, semalam present sistem e-kursus.. aku present bab sistem, maini present bab online.. aiseh, nasib le aku punya part tak banyak nak kena usik. dah la deploy melalui upa, jadi skrin dia kecil tak dapat nak key in data, walaupun resolusi komputer telah dikecilkan saiznya. mengenai sistem ni, kami di unit upa baru sahaja mengambil alih tugas pembangunan sistem ini awal tahun yang lalu, mula dibangunkan pada bulan februari 2010 dan telah siap pada jun 2010. masih terdapat penambahbaikan. sistem akan diuji lari di dalam kampus dua minggu lagi mulai tarikh isnin yang lalu. insyaAllah, kalau taiada apa2 aral sistem ini boleh diguna pakai dalam tahun ini juga. penambaikan sistem akan dilakukan dari semasa ke semasa..

habis bab keje.. hari ni sambung apa2 yang patut dilakukan.. hmm.. fikirkan nak buat transkrip KI.. macam agak susah nak bua.. tapi tgk dulu.. rasanya kena ada panduan nih.. ok la.. bye..

Thursday, June 24, 2010

My Little Prince


yey.. siap akhirnya

Ikan-ikan di PTM


ui.. banyaknya ikan.. cantik2 pulak tu. dulu kecik je, sekarang dah besar.. itulah ayat yang berbisik dalam hati aku.. aku tengok akuarium tu, sekali ikan-ikan tu berkerumun depan aku.. semua sekali lak tu.. dulu cam takut-takut je.. sekali datang nisa.. la maziah, ikan2 tu nak makan le.. dia lapo.. hehheh.. buat malu aje.. aku ingat ikan2 tu nak make friends with me.. ngeh3x.. dengan terjengkit2 kaki aku, aku bagi la ikan2 tu makan.. wah, rupa2nya ikan tu memang lapar.. hmm.. patutlah..

habis bab ikan..

eh, nak tengok tak gambar Hariz. sekarang hariz dah 7 bulan, tapi mane ek gambar baru tuh.. ala.. kat hp ayah dia la.. jap ada gambar lain ni.. sekarang dah mula nak belajar merangkak.. tapi boleh la.. seorang yang lincah dan happy go lucky.. nak dengar dia nangis.. kadang2 aje.. time terlalu lapar, atau nak tdo atau bila bangun tdo.. nak masak pun dah ok la sebab rengek dia tak lama.. karang dia g dapur kacau aku masak.. alamak nak balik la jap.. bye..