Main Sponsor

Friday, November 12, 2010

Kenaikan Yuran Pengajian

Kenapa ek orang suka sangat belajar di luar negara? adakah sistem pembelajaran di Malaysia masih belum cukup baik untuk tujuan peningkatan ilmu? atau adakah kerana mereka ni nak sangat melawat negara orang sambil menuntut ilmu? saya tidaklah arif dalam Kenapa? dan Mengapa? mereka nak belajar di luar negara.
Saya cuba nak sentuh mengenai entri kali ni. Saya sendiri juga berminat nak belajar di luar negara pada suatu ketika. Tetapi di sebabkan tidak mampu dan tidak layak, maka saya pilih universiti awam malaysia. Pada saya yuran untuk belajar di universiti dalam Malaysia amatlah berpatutan. Walaupun, mereka tidak mampu menampung, tetapi masih boleh memohon pembaiayaan.  contohnya PTPTN!!!!! hampeh tol la.. aku la yang terkena.

Tapi, macammana pula yuran di universiti luar negara. Tadi terbaca juga di akhbar Kosmo, http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

dalam ruangan ni menyatakan yuran Universiti di London meningkat 3 kali ganda??? Setahun RM44,901.00. Mak oi.. banyaknya? Kalau aku, memang tak mampu la nak belajar di sana. UNLESS ada orang sponsor (tapi tak la kot walaupun orang sponsor, sebab duit RAKYAT).

Alamdulillah, walaupun aku belajar dalam negara, aku masih menjadi orang. bekerja bagi menigkatkan kerjaya dan menambahkan RM!!RM!!RM!! juga membayar hutang PTPTN. dan masih boleh berblogging sebab nak release tension.. hehhheee..

Aku tiada hasat PHD ye. Cuma nak bagi tau ada rusuhan di London kerana peningkatan jumlah Yuran Pengajian sahaja..

Chow cin cau..

Baca Paper Hari Jumaat

Tadi baca paper kosmo, macam-macam berita yang menarik. tapi berita yang paling mencuri tumpuan saya... 

Paris - Sumber dari Kosmo Online



Wow!!kalau tengok dari (GAMBAR yang dirakamkan dari ketinggian 460 kilometer  ) angkasa memang cantik. maklumlah, negara yang paling bercahaya pada waktu malam. Dalam catatan juga menunjukkan perbezaan antara negara mundur agak kurang di terangi cahaya lampu.

Dalam fikiran saya, berapa banyakkah gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh Paris untuk menerangi malam mereka? Bukankah telah diuar2kan bahawa pelepasan gas karbon dioksida adalah salah satu penyebab pemanasan global. Untuk mengurangkan kesan ini, jom kita sama2 menghijaukan bumi..

Friday, November 5, 2010

HATI

petang tadi takde menda nak buat. hari ni plak cuti.. jadi aku dok depan TV dok menekan TV3. Rancangan HALAQAH jam 5 petang. Tajuk hari ni penyakit hati kalau akau tak silap la. Penonton bertanya : apakah punca penyakit hati ni berlaku? so ustaz tu jawab la.. penyakit hati ni terlalu banyak puncanya. salah satu punca dan yang paling asas adalah ianya berlaku kerana kita terlalu jauh dengan Sang Pencipta Allah SWT. kalau kita nak ubat hati kita, kita kena kembali kepada Allah SWT.
Ada pertanyaan lagi : kali ni penonton bertanya macam mana cara kita untuk menjauhkan dari termakan benda2 yang haram like dadah, rokok and etc. so, ustaz pun jawab. Allah telah memberi pelbagai nikmat kepada kita dan salah satu nya adalah binatang yang mengeluarkan sejenis cecair benama MADU. carilah madu lebah yang benar2 asli. buat solat hajat dan bersama2 doa di madu tersebut minta pada Allah SWT yang kita tidak mahu menyentuh benda2 tersebut, baca Al-Fatihah dan selawat, kemudian makan la madu tu. InsyaAllah, ia akan menjadi penyembuh kepada kita.
ada lagi banyak soalan2 yang diajukan, tapi aku paling ingat soalan kat atas. satu lagi, kita ni selalu je makan kat kedai. jadi berhati2 lah. kalau makanan yang kita makan dan kita terjumpa rambut atau kuku di dalamnya, ia adalah santau. tetapi jika rambut itu terjatuh dalam makanan adalah terkecuali. ustaz tu cakap lagi, kuku adalah santau gred A+.

jazakallah.. sekian..

Thursday, November 4, 2010

esok dah cuti..

today updates.. pagi tadi meeting.. pergh.. nervous betul. tapi ok jek la meeting tu. bos, just nak tau sistem2 yang kena buat dah berada di tahap berapa %. mmm.. maklumlah, dah nak hujung tahun. minggu depan dah nak kena isi skt tahun 2010. malas betul nak update. tapi, kalau tak update, tak naik gaji. ko nak ke? uh, aku takmo.. aku nak naik gaji..
minggu depan pun minggu yang paling nervous. e-kursus dah nak lancar. hopefully, sistem tu berjalan dengan lancar la.. banyak lagi nih nak kena laksanakan. contohnya UAT dan user manual. tetapi apa yang paling penting sistem perlu di deploy dahulu. testing masuk data dan boleh digunakan. untuk hari tu nanti, dijangka bos dua2 ptj akan datang dan yang pasti pendaftar sendiri akan turun padang. best kan..
yey, esok dah cuti.. dapatlah aku berehat bersama suami tercinta dan anak tersayang selama 3 hari.. lepas tu tinggal la kami berdua menunggu minggu akan datang untuk bersama lagi.. begitu la hidup aku seterusnya. hopefully tiadaklah selama2nya.. harap2 dapatlah suamiku bekerja di batu pahat semula. 

Monday, November 1, 2010

Hari Isnin lagi???

mmm.. hari ni aku takmo cakap hari Isnin. huh, malang sungguh.. lain kali, untuk pengajaran bawak duit lebey sikit. adoi la.. hari ni aku kena pegi pos office. nak kirim barang ke KL. pagi2 dah bawak barang ke office, jadi rehat tengahari boleh la pos. nak jadi cerita, aku dah pegang dah handbag tapi entah macam mana aku letak balik handbang dengan harapan duit RM7.00 tadi cukup la nak tampung bayaran pos laju tuh. ok la.. aku pun tet..tet..(bunyi ape tu) heheee.. tekan punat lock kereta le.. hehehhe.. pastu start enjin, aku pun jalan.
sampai je kat P.O. aku pun terus je g kaunter.. sekali kena amek nombor. nasib orang tak ramai. ada la 3,4 ketul. so, aku pun tgu..... tiba giliran aku, aku pun kasi je la barang tu kat kaunter.. timbang2, sekali kena RM8.20.. loh.. haru sungguh.. dalam purse ade RM7.00 je tadi.. duit lebih2 semua dalam handbag.. pastu kakak tu kata.. takpe la dik.. hutang je.. hehehhe, boleh eh, kasi hutang2.. aku g la kat kereta. kepala dah tak leh pk sebab berhutang ni. buka je kereta, aku cari duit syiling. ngam2 ade duit RM1.20. so, aku masuk balik P.O bayar hutang. mmm... tertinggal lagi duit. nak bayar duit kete pun esok je la jawabnya. abis duit dah tinggal kat opis.

Hari ni, hariz dah genap 11 bulan 2 minggu 1 hari.. minggu lepas dia dah mula berjalan2.. merangkak pun sikit2 aje. tu pun bila dia terjatuh. minggu lepas juga, aku baru perasan yang dia dah tumbuh gigi sebatang.. mmmm... patut la minggu sebelum ni dia kurang sihat.. ok la.. ape lagi nak cerita.. nak sambung keje.. bye..

Wednesday, October 20, 2010

Hari ni aku cuti...

Hai lah.. dalam bulan ni dah 2 hari aku cuti. cuti plak tinggal 12 hari mungkin termasuk cuti ganti konvo. malam tadi aku tak dapat tidur dengan lena. agaknya Hariz tak sedap badan. pagi tadi pun aku dah bagi dia makan ubat demam dan selsema.
Hari ni aku buat sedikit blog walking untuk projek aku.. http://manzshop.blogspot.com/. Marilah singgah wahai kawan2 blogger ku. kot2 la berkenan di hati.
Sejak tinggal berdua ni pulak, aku dah buntu nak masak ape. paling2 malas aku buat ayam goreng kunyit. eheehheheh.. abis da tatau nak makan ape. makan yang simple pun sedap jugak kan. kadang2 aku ada juga layari blog dapur tanpa sempadan. tapi tak pernahnya nak buat. sekadar menjeguk, salin resepi lepas tu terperap aje.
Ni nak cerita sikit. minggu lepas aku pegi hospital batu pahat. nak buat appoinmet mengenai operation. mmm.. ni tengah dalam perjalanan, tetiba aku dengar bunyi bising.. kejap tu aku tukar gear 4.. wah tu la merempit sangat. pastu dah tak berbunyi.. jap lagi aku masukkan gear 5 balik, kejap lagi dia berbunyi. dah 3 kali jadi camtu, aku terus bawak gear 4 aje sampai la hospital. lepas aku dah buat appoinment tu, aku pun balik.. owh baru aku perasan yang gear 5 aku ada problem. sekarang ni, kalau aku nak bawak kereta either guna gear 5 sambil pegang gear atau masuk sampai gear 4 aje. KORANG, ada cadangan tak?
ok la. nak p berehat jap. penat la.. nant si hariz dah bagun aku tak dapat nak rest.. ada karang dia main kat tangga atau tarik tikar getah..

Monday, October 11, 2010

Hari ini hari Isnin

mmm.. memang la hari ni hari Isnin. kenapa lak ngan hari Isnin?

mulai hari ni, suami aku mula bekerja di JB.. sedih sangat.. nangis2 aku nak lepaskan dia. iye la.. dah selesa2 kami hidup di batu pahat, dia pulak ditawarkan bekerja kat sana. kalau la tak kerana gaji yang kecil, tak maunya dia kerja kat sana. jadi, mulai hari ni juga, aku akan membesarkan hariz dan seminggu sekali suami aku akan balik ke rumah.

oh ye.. hari ni aku bekerja.. tapi... aku bukan dok kat opis, sebaliknya aku di studio gambar PTM. masuk kali ni, dah 2 kali aku join studio gambar ni. seronok sangat walaupun hanya dapat sehelai baju. untuk studio gambar kali ini, aku masih di bahagian editing picture, sekali sekala buat marketing. owh.. rupa2nya macam ni keadaan studio gambar. sebelum ni memang tak dapat bayangkan keadaannya.

ok lah. semalam pulak aku tunggu2 jugak smallville, sekali majlis perkahwinan sheikh muzaffar pulak dihidangkan secara live. tengoklah jugak tv. aku bagi tau suami aku, ntah2 bang ngah fuad datang tak kat perkahwinan ni. kan diaorang tu kawan baik. sekali tuh suami aku kata, eh, tu bang ngah kan.. aku tgk, betul la kata aku. rupa2nya dia jadi pengapit..

heee.. ok la.. penat dah.. nak tgu graduan keluar dewan k.. daaa...