Main Sponsor

Thursday, July 8, 2010

Konvokesyen UTHM ke-9 dan lain2 cerita


mm.. hari ni aku keje.. hari ni juga ada konvokesyen di UTHM ni.. konvokesyen pertama canselor sejak menjadi sultan.. betul la tu ayat ni.. gambar perarakan copy dari rusmaini.. aku excited nak tgk sultan tadi.. tapi takut pulak nak pegi tengok.. wah aku tgk kat ucitv, ada sedikit kerosakan teknikal.. aiseh.. macamana tuh bole jadi cam gini.. tak pe la, asal boleh tgk Sultan pun dah ok..

aku nak settlekan audit KI ni, apsal la masih tak berjaya.. markah tak terampil hanya 5 untuk satu subjek, tapi data yang keluar tak betul la.. macam mana ni.. aku dah kurangkan link table tapi masih tak berjaya.. nak kena siapkan jugak.. cepat serah, dapatlah aku rehat.. malas nak gi meeting untuk KI ni. asyik tukar syarat je.. by today mesti siapkan, aku nak tengok ekursus pulak.. sikit je lagi, then maybe minggu depan testing..

ni satu hal lagi. apa punya tuan rumah. ade ke bagi notis kat semua penghuni suruh kosongkan rumah by end of this month. gila notis 3 minggu. dah la student nak naik belajar. memang mental orang tua tu.. aku tak tau la apa lagi nak cakap pakcik ni.. setakat ni dah 5 orang juga aku jumpa gila sengal.. nak mampus agaknya.. kasarkan bahasa aku.. kalo korang geram tak, aku dah cari merata dah ni.. alahai.. Ya Allah, permudahkanlah urusan ku. Aminn..

Tuesday, June 29, 2010

got a headache.. arghhhhhhhh

sakit kepala.. sakit kepala.. aku ni tak cukup tdo ni.. si kecil itu.. tiba2 je demam yang melampau.. kesian betul dia.. agaknya dah lama dia sakit urat.. sekali kena bom, ha.. terus hampir 40 degrees.. tak ke kes naya tu.. dah la budak kecik.. asyik la merengek.. 2 malam tak tdo sebab menjaga si kecil itu. tapi takpe.. itu la rezeki aku yang Allah dah anugerahkan.. tak baik nak mengeluhkan..

ok la.. bab keje, semalam present sistem e-kursus.. aku present bab sistem, maini present bab online.. aiseh, nasib le aku punya part tak banyak nak kena usik. dah la deploy melalui upa, jadi skrin dia kecil tak dapat nak key in data, walaupun resolusi komputer telah dikecilkan saiznya. mengenai sistem ni, kami di unit upa baru sahaja mengambil alih tugas pembangunan sistem ini awal tahun yang lalu, mula dibangunkan pada bulan februari 2010 dan telah siap pada jun 2010. masih terdapat penambahbaikan. sistem akan diuji lari di dalam kampus dua minggu lagi mulai tarikh isnin yang lalu. insyaAllah, kalau taiada apa2 aral sistem ini boleh diguna pakai dalam tahun ini juga. penambaikan sistem akan dilakukan dari semasa ke semasa..

habis bab keje.. hari ni sambung apa2 yang patut dilakukan.. hmm.. fikirkan nak buat transkrip KI.. macam agak susah nak bua.. tapi tgk dulu.. rasanya kena ada panduan nih.. ok la.. bye..

Thursday, June 24, 2010

My Little Prince


yey.. siap akhirnya

Ikan-ikan di PTM


ui.. banyaknya ikan.. cantik2 pulak tu. dulu kecik je, sekarang dah besar.. itulah ayat yang berbisik dalam hati aku.. aku tengok akuarium tu, sekali ikan-ikan tu berkerumun depan aku.. semua sekali lak tu.. dulu cam takut-takut je.. sekali datang nisa.. la maziah, ikan2 tu nak makan le.. dia lapo.. hehheh.. buat malu aje.. aku ingat ikan2 tu nak make friends with me.. ngeh3x.. dengan terjengkit2 kaki aku, aku bagi la ikan2 tu makan.. wah, rupa2nya ikan tu memang lapar.. hmm.. patutlah..

habis bab ikan..

eh, nak tengok tak gambar Hariz. sekarang hariz dah 7 bulan, tapi mane ek gambar baru tuh.. ala.. kat hp ayah dia la.. jap ada gambar lain ni.. sekarang dah mula nak belajar merangkak.. tapi boleh la.. seorang yang lincah dan happy go lucky.. nak dengar dia nangis.. kadang2 aje.. time terlalu lapar, atau nak tdo atau bila bangun tdo.. nak masak pun dah ok la sebab rengek dia tak lama.. karang dia g dapur kacau aku masak.. alamak nak balik la jap.. bye..

Wednesday, May 19, 2010

Cuti-Cuti Batu Pahat

Hmm.. semalam aku pergi ke HLBB.. due to my husband personal loan. ok la, lepas kitorang tanya baki, untuk settlekan kesemua loan tu, kena la g ke kaunter. Sedang suamiku berurusan dengan teller, ada seorang lelaki India berjalan terus ke kaunter. Tiba-tiba I heard he raised his voice.. He said, ' Kata 1Malaysia, mana salamnya..? tengok kat kaunter ni.. Ni bukan 1Malaysia, ada melayu, ada Cina, tapi takde India.. Macam ni ke kata 1Malaysia? Macam ni baik undi *** atau ***..'. Selepas urusan lelaki tersebut selesai, dia pun beredar. dalam hati aku mengata jugak lah.. 'kot takde India yang nak apply keje tu ke, atau ada yang apply mungkin tak setaraf ke.. atau maybe ada pekerja India tapi kat dalam le.. kita taktau kan..'. Macam-macam ada orang ni..
Aku bukan apa, salute jugak la kat HSBC ni. Bila nak settlekan loan senang aje.. walaupun loan anda di buat di JB, anda boleh menutup akaun di BP. Tapi biasalah, lepas settle tu, di promote lagi personal laon lain.. kata suami aku, tak nak la.. buat pening aje nak bayar loan..
Dah settle eh loan, nak cerita pulak. semalam nak le pegi tgk brg2 dari supplier, sekali kedai tutup da.. dah tu, pergi la makan kat sebelah proton servis kat Bukit Pasir.. Huh, makan tghari je untuk 2 org cecah RM15. Terkezut aku.. Tapi macam biasa, si Hariz ni memang senang nak jaga. Kitorang tak perlu untuk makan bergilir2, pegang je aku makan dengan senang hati. Selesai sahaja makan, terus la ke BP Mall(takde tempat lah nak berjalan kat BP ni. lgpun, BP Mall ni, otw aku nak balik umah singgah le..). Takde beli apa pun, saja cuci mata.
Owh, semalam otw balik rumah tu tengok kat depan rumah tu nak buat bunglow. kata jiran aku RM200,000.00. Iye2 je aku tepon, sekali amek engkau, RM700,00.00 dan ke atas le.. heee..
Ok la. dah habis cerita. Hari ni nak settle rekod pengisytiharan harta. ada sedikit SQL nak dibetulkan, then, hari ni aku terpaksa tolak kursus juru audit dalaman kat Melaka sebab Hariz masih breastfeed. Lagipun bilik berkongsi, kalau dapat bilik sorang satu boleh le aku angkut semua sekali.. cau cin cau..

Tuesday, May 11, 2010

Hubby Birthday..

Yesterday... 10/05/2010..MONDAY
once in my life, i had an enjoy moment where i and my husband include my son was celebrated the surprise birthday party together..
yesterday on 4++pm, my husband sent me a message told that he had an overtime work. after i took my son, i go to the bakery and buy the cake and put it into the freezer and i start cooking on 6.30pm until it reach 8.00pm +- watching adamaya. my husband reached home at 8.30pm, go to bath and had a dinner together without anything happen will cause. after we had a dinner, suddenly i sang a song .. "Happy birthday to you.. (until finish)" and brought the cake to the living hall. He was shocked and say thank you Sayang for having me a surprise party.
After that, we go out together, and buy the KFC as the present for him. (before that, i have given him the miracle Al-Quran. I wish i could give him on yesterday, but he already find out his present I put on the bed last friday.. heee, not surprise anymore)

Friday, May 7, 2010

Alhamdulillah..

Penantian selama dua tahun 3 bulan (tak sampai 3 tahun pun) di UTHM akhirnya membuahkan hasil.. Rezeki Hariz agaknya.. Minggu lepas aku dapat surat confirmation. Semalam husband aku balik je keje dia cakap.. 'eleh, ingat ayang aje ke?' eh, apsal lak.. sekali aku tengok dia pun dapat surat confirmation.. Alhamdulillah.. tu dah namanya rezeki..

hmm, lepas ni, mudahlah suami aku nak dapat cuti.. maklumlah, kerja swasta. aku senang aje nak cuti.. sehingga ke hari ni, cuti masih lagi berbaki senyak 27hari.. mmm... banyakkan.. ni aku nak kumpul gcr biar sampai 150hari.. rasa2 boleh ke aku kumpul..?

Lagi satu, perniagaan aku dan rakan kongsi pun bertambah maju. Kalau ada rezeki, kami nak buat perniagaan borong.. perniagaan ni dah bermula sejak 3 bulan yang lepas. sape2 yang mengikuti blog ni boleh la lawati laman web ini : http://yourbbzstuff.blogspot.com/

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.. Aaminn..