Main Sponsor

Monday, October 11, 2010

Hari ini hari Isnin

mmm.. memang la hari ni hari Isnin. kenapa lak ngan hari Isnin?

mulai hari ni, suami aku mula bekerja di JB.. sedih sangat.. nangis2 aku nak lepaskan dia. iye la.. dah selesa2 kami hidup di batu pahat, dia pulak ditawarkan bekerja kat sana. kalau la tak kerana gaji yang kecil, tak maunya dia kerja kat sana. jadi, mulai hari ni juga, aku akan membesarkan hariz dan seminggu sekali suami aku akan balik ke rumah.

oh ye.. hari ni aku bekerja.. tapi... aku bukan dok kat opis, sebaliknya aku di studio gambar PTM. masuk kali ni, dah 2 kali aku join studio gambar ni. seronok sangat walaupun hanya dapat sehelai baju. untuk studio gambar kali ini, aku masih di bahagian editing picture, sekali sekala buat marketing. owh.. rupa2nya macam ni keadaan studio gambar. sebelum ni memang tak dapat bayangkan keadaannya.

ok lah. semalam pulak aku tunggu2 jugak smallville, sekali majlis perkahwinan sheikh muzaffar pulak dihidangkan secara live. tengoklah jugak tv. aku bagi tau suami aku, ntah2 bang ngah fuad datang tak kat perkahwinan ni. kan diaorang tu kawan baik. sekali tuh suami aku kata, eh, tu bang ngah kan.. aku tgk, betul la kata aku. rupa2nya dia jadi pengapit..

heee.. ok la.. penat dah.. nak tgu graduan keluar dewan k.. daaa...

No comments:

Post a Comment