Main Sponsor

Thursday, July 11, 2013

Terkena lagi..

seminggu sebelum 7/7/2013 (tak ingat harinya)

Jalan2 sebab nak cari barang.. kali ni adalah kali kedua aku terkena.. aku beli rak nak kemaskan barang2 dalam stor. minggu sebelum tu, harga dalam katalog adalah rm169. tetapi di rak telah terpapar harga promosi rm130. so aku ambil tanpa banyak soal. sampai di kaunter scan dan harga adalah rm169. refer staf dan staf berkenaan cakap rm169.. takkan mata aku nak tipu tuannya. sah2 promosi untuk rak 5 tier. takpe, sebab husband aku tak kasi masuk dalam. aku nak aje ambil gambar promosi tu.

Ahad 7/7/2013 (terkena kali ketiga)
Aku pergi lagi dengan harapan nak beli rak lagi. dah pergi giant tapi takde.. so last choice kat situ jugak. (survey tempat lain tak). harga di rak rm169 tapi tiada promosi.. ok aku ambil la jugak.. sampai di kaunter harga jadi rm209. giler vangang.. kaunter minta refer customer service. sementara husband aku nak beratur, aku lari masuk dalam dan ambil gambar harganya.. ni dia..
bukti aku beli dengan harga tu. gambar di ambil selepas bayar dan sebelum refer customer service
husband aku dah bagi tau customer service, dan dia minta dalam orang cek kan. GUEST WHAT?????. diorang tukar harga kat rak serta merta jadi rm209 dan siap tunjuk kat aku harga rm209. aku pun kata ni gambar aku baru je ambil tadi.. dan aku tak boleh minta harga rm169. sedangkan masa aku bayar harga di rak adalah seperti dalam gambar. taubat la aku. pasni aku aku banned pasaraya tu.. 

Hari terakhir sebelum puasa 2013

Belum terlambat nak ucap 'SELAMAT BERPUASA KEPADA PEMBACA BLOG INI' tentu sekali untuk aku juga..

huhu.. syahdu rasanya sebab aku sambut first day puasa sorang2.. i mean tanpa husband dan tanpa parents dan adik-beradik.. sambut ngan anak2 pulak jadi kecoh.. gler, betul kali ni.. aku memang dah agak.. arggghhh.. time tu la rasa nak menjerit.. ada ke time2 nak masak malam gas habis. dah la peniaga gas g solat terawih.. mana nak cari gas.. 

aku tepon husband aku, dia soh minta tolong kakak sebelah.. dengan malunya aku pun tepon..arrgggh.. tong gas kosong ada la.. last2 aku tepaksa minta kakak tu masak air.. masuk dalam termos.. sudahnya, dia ajak makan kat umah dia.. Alhamdulillah, kenyang aku malam tu. makan pun dah dekat pukul 10 malam.. hadoi la.. napa la gas ni buat hal time malam.. napa la tak siang.. untuk sahur terpaksalah aku beli, pesan ngan husband kakak sebelah. nasib la dia bukak kedai makan.. Sakai betul la puasa tahun ni..

hari ni layan pengguna2 sistem aku.. patut la ramai yang telefon. rupanya esok tarikh tutup.. ok la.. dah banya juga pengguna yang key in beban.. aku harap2 takde la major problem. just minta update staf yang tak dapat hantar, cam ne cara kira dan ok la.. rasanya dah ok kot sistem ni.. takde la aku takut bila setiap kali sistem beban ni di buka... cuma aku nak berterima kasih kepada programmer yang membantu.. en zainuddin, pn, saeimah dan kak pza sa yang membantu ketika aku bersalin..

ok la.. aku nak update table.. nak buat kira2 dalam eclaim.. dah macam opd pulak aku ni..