Main Sponsor

Monday, April 30, 2012

Musang Pandan

Hari ni hari Isnin.. ramai ofiicemate aku bercuti dan ada yang MC.. cuti pun ada sebab, sebabnya esok adalah 1 Mei iaitu Hari Pekerja.. jadi, diorang boleh rehat di rumah sepanjang 4 hari.. pergh.. Aku?? kenapa aku tak ambil cuti?? Cuti aku dah tinggal 23 hari.. kan ke kenduri adik aku, aku dah ambil seminggu.. hehehhe.. jadi kalau setakat cuti satu hari, malas la nak ambil cuti.. baik aku simpan cuti, boleh carry forward dan juga buat menambah GCR..
Ok tentang Musang Pandan ni kan.. aku masuk aje office, tiba2 terbau pandan yang cukup semerbak.. then, aku terpandang kan beberapa calit di atas lantai.. aku sangka taik kucing.. rupanya taik Musang.. then aku masuk office, tengok lampu office dah tercabut. bilik bos berselerak, bilik yang lagi satu pulak screen monitor terbalik dan telefon dah jatuh ke lantai.. masuk bilik stor lagi la.. nasib partition2 kami tidak banyak yang terusik.. one of my officemate said, it was Musang Pandan punya angkara. that's why opis aku bau pandan yang sangat kuat. Ni musang tu sedang tidur di dalam bilik stor. Orang kata musang bangun pada waktu malam dan tidur di siang hari.. mmm, elok sanagt lah tu, tapi mana nya pak guard..??? kami dah telefon, but until now, belum nampak banyang.. please la datang awal.. karang dia keluar tak pasal2 bersepah lagi opis ni.
Sekarang aku nak cter pasal kakak kat opis aku.. kesian kakak tu.. kami berempat sama2 preggy, tapi baby dia tak kuat. selepas 3 bulan, baby dia stop proses dan jantung tak berdenyut. dah dua minggu baru dia tahu anak di dalam kandungan dah pun meninggal.. Innalillah.. risau aku.. kat sini dan dalam tahun ni, dah dua kes berlaku anak meninggal. aduhai.. sedihnya.. tak pe la.. apa pun Allah maha mengetahui segalanya.. semoga mereka tabah dalam mengharungi kehidupan..
aku ni tak de kamera nak ambil gambar musang tu.. nant dah ada gambarnya aku upload k.. skarang dia tengah sedap tdur.. kena ganggu sikit, di bagi bau pandan.. hadoiyai....

Friday, April 20, 2012

Bercuti di KL (yang sebenarnya adek kawen)

last 2 weeks, aku amek holiday for 1 week. holiday bukan sebab nak enjoice.. tapi sebab adek aku kawen. sdari kakak aku kawen sampai aku kawen dan sampai lah turn adek yang ketiga aku memang ambil cuti seminggu sebelum untuk tolong apa2 yang patut.

kalo adik lelai yang kawen, tak la berat sangat kerjanya. tapi bila majlis kat umah aku tu, baru bermula keesibukannya.. aku jahit langsir pada hari sebelum berlangsungnya majlis kat umah aku.. means, hari sabtu aku jahit, malam tu siap terus gantung.. satu hari juga la.. rugi tak ambil gambar langsir tu.. tak la lawa sangat, but actually, bagus untuk aku insan yang tak pernah belajar menjahit langsir.. hanya menanam minat sahaja..

bukan itu sahaja kerja aku, tapi banyak lagi.. tak payah la nak taip kat sini, sebab pada hari berlangsungnya majlis kat umah aku, aku cuma turun sekejap sahaja sebab penat pembawakan budak.. hehehhehheh... mak aku siap sound, kalo dah tak larat, tak payah la buat.. dan nasib juga along menggajikan pekerja pembersihan di penjara..

Along pun banyak menolong, dari segi pembelian beras yang di ambil di kelantan, urusan khemah dari penjara dan sebagainya..

Adik pulak tolong la apa2 yang patut.. yang selebihnya abah dan mak.. aku memang salute kawan2 mak dan abah yang sanggup membantu dari awal sampai akhir.. kawan2 Uda jugak banyak membantu.. dorang la yang basuh periuk.. sampai habis.. asben aku banyak membantu sebelum majlis berlangsung dan sesudah majlis, manakala abang ipar aku pulak tolong semasa majlis dan sesudah majlis..

Memang best orang2 kat situ.. kalau kenduri semua bantu membantu. Tu pasal mak aku sanggu[ tak datang umah aku kalo kawan2 dia buat kenduri.. katanya, kawan2 dia dah banyak bantu, jadi apabila kawan2 buat kenduri, dia pun sama membantu..

Tak lupa tukang masak, pak cik Leman yang memasak untuk kenduri.. terima kasih..

Ni la, potret majlis di N9 dan Kuala Lumpur..

kami berempat plus adik ipar

Alaong, Abg Taufiq dan hakimi hakimot

Hariz dah giginya

Selepas akad

Abah, mak bersama besan

Ewah... macam perantin baru

Berarak di N9 bersama kawan2 mak dan abah juga family abah

huh, tak boleh lepas dari pak udanya..

pelamin cantik.. cuma agak tinggi sampai nampak bumbung khemah.. hehheh.. sebenarnya tak pandai amek gambar..
Sampai sini sahaja.. nant sambung lagi.. nak balik rumah..