Main Sponsor

Monday, January 16, 2012

Impian..Impian..Impian.. dan tahun 2012

Biasa orang akan kata impian akan menjadi kenyataan.. sekarang aku nak kata 'Impian aku bakal jadi kenyataan'.. I hope so... 
Cerita mengenai impian.. siapa2 pun mempunyai impian.. cuma impian itu menjadi kenyataan atau sebaliknya.. Cerita mengenai cita2 pula.. siapa2 pun mempunyai cita2.. tapi kalau sekadar berangan, cita2 tidak menjadi kenyataan.. Cerita menganai wishlist pula.. dalam wishlist aku memang nak beli rumah.. cuma impian nak beli rumah di sekian- sekian tempat tidak menjadi kenyataan.. ha.. cam ne tu.. pelik dengarnya kan.. 
Sebenarnya, aku memang ada impian nak memiliki rumah, cuma tempat yang aku tak penah nak duduk tu lah tempat yang aku beli.. banyak juga perselisihan pendapat dan perbincangan serta bertanyakan pendapat orang lain..dan kata putusnya sabtu 24/12/2011 aku booking rumah, dan Sabtu 7/1/2012 tarikh tanda tangani perjanjian dengan lawyer.. next step, perlu isi borang dengan perbendaharaan.. leceh ke tak ye..??
hmm.. aku update kat sini bukan nak menunjuk.. cuma untuk diari aku nanti.. dah tua2 tengok balik blog.. owhh, begini rupanya sekian-sekian cerita.. hehehhe...
Tahun ni, banyak juga sistem baru yang nak kena develop. lagi2 penambahbaikan SMStaf.. camne ye.. pening juga nak settle.. mana satu nak jalan dulu ni.. arrrggghhhh....

  1. Sistem Permohonan Latihan Industri Online - ni, satu hape pun lom buat. maklumlah baru dapat task.. yang ni pun kena reconstruct balik totally guna Codeigniter..
  2. Sistem Permohonan MPP Online - aku kena belajar codeigniter.. so far, interface dah nampak ciri2 nya..
    sambungan dari tajuk 'Tahun 2012'
  3. E-Claim - ni buat dalam Powerbuilder je pun dah ok..
  4. Permohonan Peperiksaan Kompetensi - Ketuanya orang lain, jadi menunggu arahan. tapi bila dah ada SBPA, masih valid ke peperiksaan kompetensi.. rasanya tidak kan.. YEAYYYY!!!!!....
  5. International Office System - Eay.. apa benda ni..???
  6. Penambahbaikan SMStaf - banyak ni tau.. Modul pengiraan PCB dah la kata urgent.. dan modul apakebenda ntah lagi satu.. lupa seyh... haru aku..
Ok la, tu aje nak update.. 

Thursday, January 5, 2012

Cerita Pasal Semalam

Sejak Hariz baru baik dari demam, aku plak yang penat.. Semalam aku cancelkan kelas mengajar anak jiranku. Alasan yang aku bagi, ada hal sikit.. padahal, aku penat yang teramat.. agaknya sebab tak cukup tidur jaga si kenit tu. 

Malam semalam selepas makan malam, aku duduk sebelah ayah Hariz aka husbandku.. ala, biasala, suami isteri duduk dekat2 ada la peluk2 sikit.. sekali aku terdengar macam nilah bunyinyer 'pheeewittt'.. aku macam ye tak ye je bunyi tu. kami suami isteri berpandangan sesama sendiri.. cuba dengar lagi. bunyi lagi 'pheewwiiittt'. rupa2nyer hariz dah pandai nak cakap macam tu.. apa lagi.. tergelak la kitorang.. budak tu baru je umur 2 tahun.. adoiyai.. sengih2 Hariz pandang kitorang.. pastu husbandku tarik tangan dia dan peluk dia.. suruh sebut lagi, dah tak mahu.. malu la tuh..

Sejak dah baik dari demam ni.. ok la sikit.. first time Hariz demam dan merengek2.. penat balik dari PD tak habis lagi hari tu. Siap pergi berurut lagi.. aku ni pun, sejak lepas bersalin tak pernah berurut.. hari ni aku nak share gambar2 masa kat pd.. boleh tahan seronok, tapi tak dapat mandi manda je sebab hari last masa dah suntuk..

Hariz dan Kakak Ain.. sementara tunggu ayah habis solat..

Bersenam.. tapi Hariz tak ikut pun rentaknya..

Hariz dan 'peace'nyer yang tak jadi

Happy Family at Corus Paradise Resort, PD

Bersama kaum kerabat

Mumia yang di cipta khas untuk tatapan anda semua..

Sape la mumia berjanggut ni.. Ingat musang berjanggut aje ke yang ada...

Aksi yang palin disukai Hariz.. Mentang la dia kecik..

Ayah dan Hariz je sempat mandi kolam.. Mama sempat tengok aje..

Hari balik.. baru la dapat berposing berdua..

Saya memang suka berposing..
Takat ni je cerita hari ini. Sambungan buat coding semalam macam dah berjaya.. cuma malas nak print screen the layout of my design.. finally, tahu la sikit2 pasal css.. chaiyok.. chaiyok..

Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru 2012

Inilah hadiah untuk aku.. aku belajar membuat codeigniter menggunakan css untuk membuat antaramuka.. belum pun jadi sebenarnya. tak cantik pun lagi. sebab saya budak baru belajar. dalam tahun ni, aku memang nak sangat belajar codeigniter ni. dengan bantuan kawan2, terhasil lah antaramuka ini. takpe, orang kata belajar dari pengalaman.
Maaf kerana tidak menghasilkan entri yang baik. kesibukan belajar coding membuatkan keterbatasan waktu untuk menaip entri yang tidak seberapa.. Entri lain menyusul dengan gambar2 menarik..
Bye..