Main Sponsor

Monday, July 25, 2011

Nak Puasa Dah..

Tinggal 6 hari lagi nak masuk bulan puasa.. adeh.. mane nak sempat nih..

huhu.. nak cter, minggu depan ni patutnya nak lah balik KL. tapi macam tak boleh ajer. aku dah pun ditugaskan untuk menjahit langsir rumah. kenapa aku ditugaskan dengan projek tuh..?? sebab, suami aku dah pasangkan rail langsir. jadi, tak de alasan aku nak memonteng jahit langsir. lagipun dia dah janji nak jaga si kecik tuh. Kata suamiku, 'langsir buat lawa2 ye..' nampak lah macam rumah sikit.

hmm.. sepanjang 2 hari cuti yang lepas, aku dah kemas2 rumah. maklumlah, nak menyambut puasa. nant bulan puasa takde lah sibuk-sibuk nak kemas rumah.. ceh, alasan yang tak dapat di terima nih.. hehehheh... penat betul mengemas dari kain baju yang perlu digosok, dilipat, disusun, vacum rumah, kemas stor.. kemas stor tu yang tak tahan.. siap aje kemas stor, suami ku pun cek la.. tetiba keluar aje ayat : 'ha, cam ni lah baru cinta'.. kehkeh..

backdated ke hari sabtu :::: lepas bersarapan, kitorang pun keluar. nak cari rail lagsir.. dah pergi kat kedai tu, pilih type rail dan bayar deposit. then dia suruh balik dulu, dah siap baru telefon. pastu g la cari tape untuk buat langsir.. huh, terasa menyesal tak beli kat nagoya hari tu.. mahal betul kat parit raja (aku tak beli pun).. lepas makan tengahari kat kedai, kitorang pun balik la ke rumah. punggung tak panas lagi, kedai tu dah tepon soh amek rail langsir.. adoiyai.. keluar balik.. dah amek rail tuh, terus la ke air hitam g kedai langsir nak cari tape langsir.. last2 beli la juga sebab nant kena bebel.. petang tu, operasi menebuk dinding pun dilaksanakan. Siap keluarkan vacum lagi sebab takmo habuk dinding tu jatuh lantai. wah, hariz bukan main suka lagi tengok vacum.. operasi drill start aje, dia dah nangis.. la.. rupa2 nya si hariz ni takut dengan vacum.. terpaksa la aku bawak lari si kenit tu untuk hilangkan rasa takut dia.

malam tu aku masak simple aje.. masak sardin dan ayam goreng.. marvellous lah... ngam pukul 11.00 mata dah ngantuk dan ZZZZZZZZzzzzzzzzzz...

Ni aku nak bagi power tip :

1) sekiranya dak drill dinding, sediakan vacum. semasa drill, letakkan muncung vacum untuk menyedut habuk dinding. nescaya. anda takkan penat punya..
2) Aku makan sardin cap adabi.. Serius.. sedap dan tak hanyir
3) Lain kali, kalau dah nampak barang yang nak digunakan tu murah, beli... nant menyesal..

ok lah.. bye...

Thursday, July 21, 2011

RAM

RAM - RANDOM ACCESS MEMORY

Kali ni aku nak citer pasal RAM. Hmm.. dulu masa belajar, aku memang expert pasal perkakasan komputer. cter lah ape pun, aku mesti cari punya lah pasal bab2 komputer ni.

Semalam, aku tengah wat keje, sambil2 surf internet.. biasalah, cari bahan berita nak wat gosip.. hehehhe, takde lah.. dorang soh tutup komputer. aku ingat kenapalah.. rupa2 nya nak kena upgrade RAM dari 1 GB kepada 3 GB. Pergh.. besar tu, lepas ni aku fikir, laju lah sikit komputer ni. Bukan ape.. susah betul la bila nak 'run'kan sistem dengan komputer lembab tahap gaban..  (actually takde lah lembab sangat pun macam siput)

Dah la C drive tinggal 1.85G. Agak2 korang kan, ape la yang boleh ngan 1 Gb tu. Nasib la, Drive D masih banyak lagi.. Hai lah, kalo tau dulu, baik2 aku install mende2 lain kat D.. takde la susah sangat aku nak Defrag komputer ni..

Wednesday, July 6, 2011

Lapar la..

mm.. lapar la.. waktu rehat cam gini, biasanya aku balik umah.. ni malas lak rasnya nak balik.. perut ni cam kosong je.. padahal tadi aku dah makan nasi lemak.. mmm, ingat nak bedal mc d.. tapi aduiyai.. jauh lak kesana.. jap tadi baru je bedal biskut wheat krunch muchys.. boleh la.. 4 keping tu rasa la jugak kelegaannya..
mmm.. tadi kawan aku msg kat facebook.. kawan aku masa kat utm dulu.. kitorang lain blok, lain kelas.. tapi kitorang tetap kawan..ni aku nak promote perniagaan kawan aku tu.. korang boleh la bukak brochure tu, tengok2 la hamper tu ye.. kalau nak tempah senag aje.. call kat nombor yang dia kasi dalam pamplet tu ye..

best jugak meniaga ni kan.. aku ni pun masih dalam perncangan nak mulakan perniagaan kawan aku.. bisness nya akan dimulakan selepas bulan 8 tahun ni la.. InsyaAllah.. tak sabar rasnya nak berniaga ni.. dalam masa yang sama aku tak leh la abaikan kerja opis.. skarang ni masa terlalu pack.. banyak keja la katakan.. ok la.. nak  beli makanan.. bye...