Main Sponsor

Thursday, April 21, 2011

Cantiknya Cincin Nih

Nak tengok ke?? Tara...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
Ini bukan cincin replika, tapi cincin original.. tapi dalam gambar la.. Kejap ye.. kredit to kosmo.com.my. saya ambil gambar ni dari akhbar kosmo..

Ni lah dia cincin kawen putera william dan bakal isterinya kate middleton. Harga?? tak usah cakap la, hmmm... RM1.23juta berbanding cincin replika yang harganya RM29.67.. Hai, tak mampu den nak tempah yang ori, melainkan den jadi toke balak.. Oh ya, buat masa ni pun, pihak Debenhams tak mampu nak hasilkan stok sebab permintaan untuk cincin replika ni terlalu tinggi.

Den pun ghasonyo tak mau terlepas nak mengikuti majlis perkhamwinan putera raja Britain ni.. bukanlah maksud den majlis yang real, tapi dalam TV jah.. Macam best je iklan2 kat Astro tentang perkahwinan dorang ni.. hai la, beruntung Kate ye.. harap2 jodohnya sampai ke akhir hayat..

Daaaaa........

Jom belajar SQL Statement

SQL dari dulu aku suka SQL statement ni. Masa belajar dulu, SQL ni implement dalam apa ntah.. dah lupa.. tapi masa aku buat SQL ni, tutor tu nama dia Shafry, dia selalu kata aku tiru.. ntah bila masa aku tiru pun tatau..

ok la, bila dah keje kat unit pembangunan aplikasi ni, aku memang kena apply SQL ni. Di antaranya belajar sendiri dan juga belajar dari sifu2 yang terer. ok, jom kita godeh2 dulu ye SQL yang baru aku implement tadi.

1)SUM

SELECT SUM(A.BHGN_A+A.BHGN_B+A.BHGN_C+A.BHGN_D) AS TOTAL
FROM BP_JUMKESELURUHAN A
GROUP BY A.NOSTAF

= Statement ni nak buat kiraan setiap baris yang di groupkan oleh no staf. Di mana jumlah A + jumlah B + jumlah C + jumlah D sebagai jumlah keseluruhan.

2) Kira DATE (statement yang dah buat beberapa bulan lalu)
SELECT  TOTAL,
(TO_DATE(SYSDATE)- TO_DATE("DENDASTAF01"."DS01MSKEMAS") + 1 )AS Kirahari 
FROM BP_JUMKESELURUHAN A

= Statement ni pulak, nak kira jumlah hari.( (hari ini - hari sebelumnya ) + 1). Kenapa perlu tambah 1? supaya untuk mendapat jumlah hari yang betul.


untuk hari ni, saya paparkan 2 sahaja. dapat yang lebih advance, saya kongsi lagi. try la buat select dalam select, pasti menarik..


cow cin cau...

Thursday, April 7, 2011

Kerja Gila..

Minggu yang sungguh membebankan.. Dengan Sistem Pengiraan Beban Pensyarah yang mengong sampai makan aku dah tak menentu..

Semalam aku dapat email, bunyinya macam ni : "Semoga maklum balas ini dapat perhatian dari pihak puan dalam menghasilkan sistem yang lebih baik dan telus"

Saya tak dapat la nak kata apa, sebab :

a) semua requirement dapat dari pihak client. 
b) data di ambil dari pangkalan data. macammana boleh kata tak telus?? confius :p

ok, kalau kata nak sistem tu diperbaiki, boleh di terima sebab first time run dengan testing data dummy sebelum ini. sistem pulak dapat dalam masa sebulan yang lalu di mana pengiraan dan formula yang terlalu banyak. mungkin lepas seminggu data dimasukkan, kami akan perbaiki lagi sistem tersebut.

Jadi, fahami lah wahai lecturer-lecturer sekalian. bukan mudah menjadikan sistem itu perfect sebelum kita mengetahui kelemahannya..

Sekian..