Main Sponsor

Monday, July 20, 2009

Sedih yang akhirnya selamat semuanya..

Assalamualaikum..

pergh.. selesai sudah segala kursus untuk pengesahan jawatan.. memang lega sungguh.. tambahan lagi program ICT@UTHM juga turut selesai. maka lepas sudah tanggunggungjawab bukan hakiki aku. Berbalik kepada cerita asal. semasa aku berkursus di Kem Bina Jati, Shah Alam, Selangor, mak aku terlantar kat hospital. Rupa-rupanya semasa mak aku datang ke Batu Pahat tempoh hari, mak aku dah pun demam. Sebaik sahaja pulang ke KL demamnya bertambah teruk. along pun meminta abah menghantar mak ke Hospital Kajang untuk memudahkan rawatan dijalankan. kebetulan pula makwe adik abang taufik bekerja di situ. memang mudah sangat lauannya. untuk memastikan lebih lanjut sakit yang di alami, doktor telah mengambil 4 botol darah sebagai sample. selepas 3 hari ujian dijalankan, masih tidak mendapat keputusan. demam yang dialami semakin teruk. menurut jiran-jiran, mak sidai kain pun dalam keadaan duduk. tak boleh berdiri langsung. pada hari jumaat 10/7/2009 mak dimasukkan ke wad kecemasan. selepas membuat beberapa ujian, akhirnya mak disahkan terkena denggi berdarah. alhamdulillah, mujur doktor-doktor dan jururawat mengambil tindakan yang pantas untuk merawat mak. aku jadi takut melihat keadaan mak. jarum di cucuk di sana-sini. itu belum lagi termasuk dawai panjang yang dimasukkan ke dalam lengan tangan sebelah kanan. huh, seksa sungguh. nasib jrurulatih di kem berkenaan memberikan kelonggaran untuk aku melawat mak walaupun masa yang diberikan amat suntuk. ramai jugak yang datang melawat, terutama kawan-kawan mak dan abah di PPR termasuk ipar aku, dan kawan-kawan along. oleh kerana rawatan terbaik telah diberikan, mak dibenarkan pulang pada 14/7/2009. memang kami tidak memberitahu saudara-mara kerana dikuatiri ada mulut-mulut sumbing yang ala-ala alim (S****) yang akan mengatakan kami ni suka membesar-besarkan cerita.
kuat jugak semangat mak. risau-risau aku dan adik beradik yang lain. mana taknya, platlet turun naik. takpe lah, akhirnya mak dah sembuh seperti sedia kala. minggu depan mak dan abah akan ke Sarawak. Along yang cadangkan. tidak menjadi kesalahan jika aku dan along mengumpul duit menghantar mak dan abah pergi bercuti. Akhir kata, selamat bercuti mak dan abah. jangan lupa beli udang galah...